kalamullah

Showing posts with label nukilan hati. Show all posts
Showing posts with label nukilan hati. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

.:. Insan Tersayang.:.

Saat aku terjatuh,
Pantas aku didukung, dipujuk.
Diletak ubat pada tempat yang terluka.
Dibawa menaiki motosikal Honda 60
'Mengembara' ke rumah rakan dan saudara.
Tika musim buah, aku orang pertama yang akan diraikannya.
Ditunggu dirumah bersama buah durian yang siap dibelah.
Buah manggis yang siap dipetik,
Tika berjalan, tanganku digenggam erat. agar aku tidak terjatuh.
Aku bahagia menjadi penceria hidupmu tika itu.

Kini,
Aku tahu dirimu merindui saat-saat itu.
Aku tahu dirimu merindui kemeriahan itu.
Aku tahu dirimu kini kesepian.
Aku tahu dirimu kini meratapi sebuah penyesalan.

Pastinya,
Semua itu tidak akan berulang.
Semua itu hanya menjadi sebuah memori.
Walau berapa kali dirimu memohon agar semuanya kembali.
Ianya tetap tidak akan terjadi.

Kerana hati ini hanya satu.

Terima kasih kerana masih menyayangi diriku sehingga ke hari ini.
Terima kasih kerana pernah menjaga diriku.
Terima Kasih kerana sentiasa mendoakanku.
Terima Kasih kerana masih sudi melayani kerenahku sehingga ke hari ini.
Terima Kasih kerana menyediakan segalanya untukku.
Terima Kasih untuk kasih sayangmu kepadaku.
Terima kasih untuk segala nasihat dan tunjuk ajarmu.
Terima kasih atas segala jasa-jasamu
Terima kasih kerana pernah membahagiakan ibuku.

Maafkan diriku
Andai pernah menyakitimu.
Andai pernah mengasarimu.
Andai pernah membelakangi dirimu.
Maafkan diriku kerana tidak mampu berlaku adil padamu.
Maafkan diriku kerana tidak mampu melakukan apa yang dirimu harapkan.
Maafkan diriku kerana tidak mampu menghilangkan parut dihati.

Tetapi ketahuilah,
Diri ini juga merindui saat bahagia itu.
Diri ini amat menyayangi dirimu.

Moga dirimu sentiasa dirahmati Ilahi. Moga dirimu sentiasa diberi petunjuk dan hidayahNya. Moga dirimu sentiasa kuat dan tabah. Moga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik padamu.

SELAMAT HARI LAHIR . ~080413~

bagaimana sekalipun dirimu, aku tetap menyanjungimu sebagai insan kesayanganku dunia dan akhirat :)




Saturday, November 10, 2012

Mrs. Abah

(Post ini sekadar penghargaan si adik kepada abang kandungnya, mungkin tidak banyak manfaat yang diperoleh pembaca. Anda boleh abaikan post ini. :)


"Qistina, No..don't play with the mud..its dirty!"tegur si abah pada anak sulungnya..
"Abah, Qowim nak tisu lagi." rengek si anak yang berumur 3tahun pula.
 "No!enough dgn tisu yg abah dh bagi."

Masing-masing masam mencuka..abah mengambil nasi di pinggan..digaul bersama lauk yang enak..disuap anaknya seorang demi seorang.. Kasihan abang. Nasi di pinggannya masih belum terusik demi memastikan anak-anaknya kenyang terlebih dahulu. Aku melajukan suapan nasi dipingganku sendiri. Kemudian mengambil alih tugas menyuap anak-anaknya. Kelihatan dia begitu berselera makan. "Oh, abang aku lapar rupanya!" =D

Bermula alkisah satu sms tiba di inbox hp ku,

"Salam, Cu ada mana wekend ni?boleh tolong abang tak?Kak yan ada outstation this wekend. Boleh cu dtg tido sini?"

hurm..aku tidak terus membalas mesej. mengambil sedikit waktu berdiskusi dengan emak.(nk tlg abg sendiri pun kena berbincang dulu ke?? =,=)Bukan, niat asalnya pulang awal ke kampus untuk attend satu program menarik dan juga menyiapkan assignment yang menggunung.

Alhamdulillah, disinilah fiqh aulawiyat perlu dipraktiskan. Terbayang andai aku tidak membantu abang, pasti dia perlu minta bantuan pada orang lain yang mungkin bukan mahramnya (ipar duai atau biras keluarga isterinya). Agak susah pada malam hari nak memastikan anak-anaknya tidur dengan selesa dan si kecil yang berumur 5 bulan pula ada gaya tersendiri untuk ditidurkan. Ya! aku perlu tolong abang.

mesej di balas:
"Salam abang, Cu baru ja beli tiket balik shah alam few minutes before abang mesej. InsyaAllah this wekend cu dah ada kt s.alam. Tapi cu xblh terus pi umh abang, kena balik kolej dulu ambik buku utk wat assignment."

cepat abang membalas, mungkin menunjukkan kelegaan hatinya atas penerimaanku:
"ok, nanti nak mai mesej abang, abang pi ambik kt stesyen LRT"

Sepanjang perjalanan ke rumah abang, aku niatkan segalanya apa yang aku lakukan kerana Allah. Bukan nak menunjukkan diri ini baik. Kononnya sanggup berkorban untuk membantu abang sendiri. Tetapi apa yang aku lakukan ini hanya sekelumit balasan jasa diatas jasa-jasa yang telah dia taburkan padaku semenjak kecil hingga sekarang. aku teringatkan kebaikannya padaku, pada adik beradikku yang lain. Orang kata hargaila ketika dia masih ada, jangan bila dah tiada baru bertimbun penghargaan nak diberi. =)

"Dia" seorang yang pendiam. Aura "abang sulungnya" sahaja sudah cukup membuatkan kami terdiam walau ketika itu kami tengah rancak berjenaka dan berbual mesra bersama adik beradik yang lain. Hadirnya dia, membuatkan kami sepi seribu bicara. Mungkin menggalas bebanan seorang ketua keluarga membuatkan dia nampak tegas demi memastikan adik-adiknya taat mengikut perintah. Setiap keputusan yang akan dibuat, pasti emak akan merujuk padanya, dialah yang akan memberi pendapat dan menentukan keputusan yang perlu kami lakukan. No objection, sekadar patuh dan ikut. Tiada siapa yang protes mungkin kerana kami amat menghormatinya. Tetapi dalam ketegasannya, setiap tahun pasti dia akan membawa kami sekeluarga bercuti, tempat tidak jauh, tidak juga mahal tapi cukup sekadar memberi kami kenikmatan 'bersiar-siar' bersama keluarga seperti kanak-kanak lain. Cukup untuk aku mentunaskan idea menulis karangan 'aktiviti cuti sekolah' yang dipinta guru setiap kali selepas cuti sekolah. Inilah cara dia menunjukkan kasih sayangnya.

'Dia' tidak pernah meninggikan suara walaupun ketika marah. Pernah satu ketika, cuaca panas dan kami melakukan aktiviti di luar rumah, tiba-tiba terdengar suaranya,
"Ambik gunting, potong lengan tu."
erk..apa??kami tidak memahami. 
oh rupa-rupanya salah seorang daripada adik perempuannya ini telah menyingsing lengan hingga ke siku dihadapan khalayak ramai. Kan aurat tu. Huhu sungguh menusuk kalbu tegurannya.

Pada diriku pula, aku lebih belajar daripada setiap tegurannya kepada kakak-kakakku. (Sebelum aku kena marah baik aku elak daripada buat ^.^) Mungkin kerana masih kecil alasannya takut kena marahje. Setiap kali dia pulang daripada kampus pasti ada buah tangannya untukku. Pernah aku menyuarakan hasratku untuk memiliki komputer dan walkman. Dia tunaikan. Jika difikirkan berdasarkan aku sebagai seorang pelajar kampus tika ini, berbekalkan duit pinjaman sekalipun aku tidak mampu untuk sediakan sebegitu rupa pada seseorang. Tetapi dia mampu. Subhanallah hebatnya kuasa Allah atas kasih seorang abang. Setiapa kejayaan yang ku gapai disekolah, akan ada iringan hadiah daripadanya. Masih aku simpan sehingga sekarang walaupun dah rosak.=.=

Masih teringat, di awal pekerjaannya. Mungkin permulaan gajinya, dia membawaku ke sebuah kedai buku POPULAR, hanya satu arahan diberi "pilih mana-mana buku yang Naqibah nak." satu jawapan dijawab,"OK" hati berbunga riang. Kecintaan pada buku yang membuak-buak membuatkan diri teruja untuk memilih. Pada mulanya aku hanya mengambil beberapa buah buku yang murah dan padat isinya. Sudah terbiasa dengan keluarga yang kurang berkemampuan, hanya membeli yang berpatutan. Abang memahami kondisiku, diajak aku ke bahagian KBSR(sekolah rendah) dicapai bakul yang disediakan, dipilih buku-buku yang sesuai untuk pembelajaranku. Aku hanya mengangguk bila ditanya, menggeleng jika rasa perlu. Apabila di bawa ke kaunter bayaran, haa terkejut RM200++ harga semua buku yang dibeli untukku sahaja. Diserahkan plastik buku itu padaku, "Nah, belajar rajin-rajin." aku hanya mengangguk. Masih terkejut dengan amount yang ku lihat di kaunter tadi. Tetapi dihati berbunga tidak terkata. Nak aku ungkapkan, Naqibah sayang abang. Tetapi melihat keseriusan mukanya, ungkapan itu hanya diucap dihati. :)

Segalanya menjadi memori, terpahat utuh dihatiku. Kasih sayang seorang abang yang kita hanya dapat rasai daripada tindakannya. Selepas dia berkahwin dengan pilihan hatinya, fokusnya lebih kepada keluarganya, adik-adiknya juga telah besar, dah mampu membantu emak menguruskan keluarga, hanya aku yang terkontang-kanting masih mencipta jalan hidupku sendiri. Segalanya berubah setelah dia berkahwin, hidupnya lebih ceria, lebih peramah dan sudah pandai berjenaka. hehe. Mungkin kerana isterinya yang peramah dan periang, serta memperoleh anak-anak yang sangat suka berceloteh, membuatkan dia perlu banyak bercakap. Alhamdulillah, terima kasih kak yan megubah diri abang :) (xdela kami takut sangat macam dulu hehe)

Sampai dirumahnya, segalanya masih teratur. Alhamdulillah, sememangnya abang seorang yang rajin buat kerja rumah. Kadang-kadang dialah yang membasuh baju, menyidai kain, membasuh pinggan emm tapi xpernah tengok lagi abang sapu sampah. hehe. Isterinya banyak difokuskan pada anak-anak. Tugas aku disini mudah, memastikan kelangkapan anak-anaknya terutamanya si kecil 5 bulan. Alhamdulillah, terbiasa membantu kakak-kakak menguruskan anak mereka membuatkan aku berpengalaman menguruskan si kecil. Menidurkan, menjaga kebersihannya. Usai si kecil, yang besar pula menuntut perhatian. Tiada masalah, semuanya aku sediakn perhatian semampu yang boleh. (prektis untuk jadi ibu mithali kata abang )

Keesokannya, janji untuk bertemu. Kakak keempat ku ingin datang menziarah kami diteratak abang. Aku menyiapkan anak-anaknya. Abang sibuk mengemas rumah. Segalanya ingin dibuat sendiri. Hehe kadangkala aku tergelak sendiri melihat gelagatnya membuat kerja rumah. Walaupun tidak hasilnya tidak sekemas tangan isterinya, tetapi dia tetap buat meringankan beban isterinya. Alhamdulillah, sepanjang aku dirumahnya tiada apa yang merumitkan, anak-anaknya hanya sibuk berceloteh bertanya tentang syaitan gemok dan kurus (dlm majalah asuh) dan si kecil Qaysara tergelak mengekek bila melihat abangnya melopat-lompat.

Alhamdulillah, keluarganya bahagia. Alhamdulillah aku punya abang yang sebegini rupa. Syukur Ya Ilahi kurniaan nikmat yang tiada timbang taranya.

Abang, anda HEBAT! menjadi ketua keluarga kita diusia muda. Mendidik adik-adik menjadi insan berguna. Terima kasih abang. Moga dirimu berjaya membimbing keluargamu ke syurga.

p/s:entry ini khas untuk abang sebagai tanda penghargaan daripada adik bongsumu mewakili adik-adikmu yang lain. Sementara masih belum berkahwin :) nanti mungkin entry sebegini difokuskan pula kepada "abang" yang akan mengambil alih tugasmu menjagaku dan membimbingku hingga ke Syurga..InsyaAllah.. doakan adikmu ini ea..

Post ini ditulis sekadar ingin menunjukkan penghargaan buat insan yang berjasa kepadaku sejak kecil. Seringkali aku mendengar luahan hati rakan-rakan, bergaduh dengan adik, dengan abang, kakak. Mungkin tika ini kalian masih sama-sama baru ingin membesar. Baru ingin menginjak dewasa. Pergaduhan itu indah bila dikenang ketika dewasa nanti. Seperti saya, semuanya telah dewasa, anak-anak mereka menjadi pengerat kasih sayang kami. Kadang-kadang susah nak mengerti kasih sayang mereka, tetapi melalui tindakan mereka kita akan merasai kasih sayang mereka terutamanya daripada seorang abang.

Hargailah mereka selagi mereka masih ada. Hormatilah mereka, jagalah maruah mereka. Elakkan mereka daripada bahang api neraka. Kenapa saya berkata begitu? Kerana kita (perempuan), kita mampu membuatkan suami, ayah, abang (saudara lelaki) kita dicampak ke neraka hanya kerana salah kita yang tidak taat perintah Allah.(cth: mendedahkan aurat, tidak solat, puasa wajib dll)
Sayangi keluarga anda, kasihi mereka, doakan kesejahteraan mereka, hargai kasih sayang mereka, bahagiakan hati mereka selagi mereka semuanya masih dipinjamkan Allah kepada kita. :)

Moga kalian bahagia hingga ke syurga

Si kecil Qaysara








Monday, January 2, 2012

PATAH HATI

Kau tidak seperti dulu
yang ku kenali dulu
rupa hilang seri
manakah manisnya..

kau tidak seperti dulu
yang ku kenali dulu
madah tak berlagu
manakah girangnya

patah hati
jangan terdampar sepi
jangan tersungkur mati

patah hati
jangan leburkan mimpi
jangan memakan diri

bukankah Tuhan ciptakan malam
untuk beradu menanti siang
bukankah Tuhan titiskan hujan
menanti limpah kemarau panjang...

alunannya kian sayu...sesayu hati ini..Allah..benar kata2 lagu ini..aku tidak seperti dulu..pabila dihimpit dengan ujian...hati aku patah..lemah..tersungkur..tatkala melihat yang lain berlari laju..aku masih cuba untuk merangkak..meniti semula jalan ketaqwaan..membina semula benteng keimanan..

bukankah Tuhan ciptakan malam untuk beradu menanti siang...bukankah Tuhan masih berikan nikmat walaupun pelbagai dosa telah aku lakukan...hinanya diri ini hanya mengharapkan nikmat Illahi tetapi masih tidak malu melakukan dosa..Allah..ampunilah dosa-dosaku..tingkatkanlah keimanaku..teguhkan ketaqwaanku..utuhkan kakiku untuk terus berdiri dijalan dakwahMu...

Bukankah Tuhan titiskan hujan menanti limpah kemarau panjang..hebat kuasaMu Ya Rabb..kau hadirkan insan2 di kala ku memerlukan..kau hadirkan insan2 yang mengharapkan bimbinganku..walaupun hakikatnya aku masih terkapai-kapai..mencari kekuatan..kau hadirkan penyejuk mataku..sungguh..menitis air mataku..tika melihat adik2ku mula berubah..seolah-olah mereka datang kepadaku membawa bekas kosong untuk diisi..menghirup lautan ilmu bersama-sama..moga Allah tetapkan hati kita bersama..

tahun mula menginjak angka..mulakan dengan semangat baru..seikhlas hati..diri ini ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali..especially, my family.. my lovely mak..yang xmungkin dilupakan setiap saat dlm hidupku..ayah y dikasihi..adk beradik yang sentiasa mendoakan adik bongsumu ni, sedara mara..p.cik utk semua sumbangan..aunty dengan hadiah2mu yang sarat dengan kasih sayang..guru2 SKS, SMAPK yang sentiasa mendoakan ..lect asasi law UITM MERBOK, n BLS UITM S.ALAM..sahabat-sahabat seperjuangan yang telah sama2 memerah keringat, merawat luka dan menghunus senjata di medan pertempuran(macam askar la plak =,=)..kawan2 SMAPK yang sentiasa dihati..kwn2 SKS yg sentiasa meriah di group fb..n semua follower blog ini or yg tersinggah n terbaca post ini..finally, pohon maaf juga kepada syabab yang ditentukan Allah untukku..diri ini masih perlu dibentuk sebelum menjadi sayap kirimu nanti..

serendah hati..terima kasih untuk semua jasa-jasa kalian yang mungkin xdapat ditulis satu persatu disini (terlalu banyak)..hanya Allah yang dapat membalasnya..doakan kejayaan sy dalam final exam untuk menjadi future lawyer bermula esok 4/01/2011 till 16/01/2011 dan exam utk menjadi future ahli Jannah bermula 1991 till masa yang telah ditetapkan...^_^ 


Friday, December 2, 2011

Ketika Muslimah TERLUKA


Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menghapus air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesadarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya


Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..

Ketika hati seorang muslimah terluka, dirinya tetap menjadi MUSLIMAH…

~TERATAK COKLAT MAWAR~


Monday, October 3, 2011

..::.Aku Ingin Menjadi Seperti Dia.::..

Kipas berputar laju...
mendinginkan suasana bilik yang sepi..
dalam kesamaran sesusuk tubuh berselubung....
kedinginan telah menggigit ruang tubuhnya...
bingkas aku bangun menurunkan kadar pusingannya..
aku juga dimamah kesejukan pagi..
sambil berteleku diatas hamparan hijau buatan turki
aku membiarkan tubuhku menyerap sisa-sisa wudhuk 
yang masih berbaki diwajah....
kata emak..wudhuk itulah penyeri wajah kita...
aku tersenyum sendiri...
banyak ilmu yang telah emak sampaikan padaku...
walaupun pada mulanya hanya dikatakan 
'petua orang tua'...
tetapi semakin menginjak umur..
aku mula memahami... 
setiap 'petua' itu pasti ada kaitan 
dengan apa yang Islam ajarkan...

Subhanallah...
rinduku pada insan yang melahirkanku 
hadir kembali...
khabarnya semalam...badannya kurang sihat...
demam dek memerah keringat...
membantu anaknya mencari rezeki..
suaranya juga berbeza...
Ya Allah, sembuhkanlah ibuku...
kurniakanlah kesihatan yang baik untuknya...
sepotong doa ini...
sering kupanjatkan padaNya...
dan pagi yang suram dan sepi ini..
hanya doa ini kupanjatkan...khas untuk dirinya...
insan yang benar-benar aku cintai...
moga Allah mendengar rintihan hati ini...

naskhah merah hati ku capai...
naskhah suci kesayanganku...
dengan warna kesukaanku
segera memulakan bacaan 
dengan kalimah suci menyebut namaNya...
menghindarkanku daripada gangguan 
syaitan yang direjam...
alunan suara kulontarkan..cukup perlahan...
risau menganggu teman sebilik
 yang masih berselubung...
aku terus dibuai ayat-ayat suci
 yang menjadi hidangan hati...
hanya tika bibirku meniti ayat-ayat doa 
dari sebuah surah...
alunanku terhenti...inilah 
doa pertama yang diajar emak...
ayatul kursi
bayangan insan tercinta kembali menjengah..
terbayang wajahnya disebelah pembaringan...
menyebut satu persatu kalimah suci 
dengan terang dan jelas...
agar si anak yang baru mengenal alif ba ta tika itu 
dapat mengikut sebutannya...
alhamdulillah..itulah doa yang diamalkan 
sehingga kini...
terima kasih emak...
moga bacaan ini memberi saham
 yang berlipat ganda padamu...

naskhah merah hati ini dipelok erat...
dicium dan diletakkan semula diatas susunan buku..
penawar hatiku tika suka dan duka..
pendengaranku masih menanti alunan bilal 
dari masjid Tuanku Mizan yang berdekatan..
hamparan hijau lumut ku renung...
mendamaikan walaupun hanya buatan manusia...
bayangan wajah insan yang ku cinta 
menjelma semula..
AKU INGIN MENJADI SEPERTI DIA...
seperti insan yang aku sayangi...
rindui dan cintai...
menjadi seorang ibu yang buah katanya penuh ilmu...
tingkah lakunya penuh makna 
yang mentarbiyah jiwa...
ketabahan hati yang membentuk iman dan taqwa...
sentuhannya...penuh cinta dan kasih sayang...
menjadi madrasah tarbiyah pertama 
dan sahabat sejati untuk anak-anaknya...
menjadi penawar duka, pendamping setia... 
pada seorang insan yang ditakdirkan untuknya...

mampukah aku???
persoalan berlegar difikiran...
lantas respon positif dihantar oleh memori data...
insyaAllah...dengan izinNya..
diri ini harus dibentuk daripada sekarang...
bermula dengan seorang anak...isteri...ibu...
masanya tidak lama...
tetapi masih ada ruang waktu 
untuk persiapkan diri...
pastinya SOLEHAH akan cuba digenggam..
darjat yang pasti ingin dicapai 
oleh setiap muslimah...
insyaAllah...

Allahuakbar...Allahuakbar...
alunan bilal bergema dipelusuk ruang kolej...
membuatkan aku bingkas berdiri..
menunaikan kewajipan pada Yang Esa...
di atas hamparan hijau ini...

dengan penuh tekad dihati...
rindu ini perlu diubati...
walau masa singkat sekali...
tiket akan dibeli...
untuk pulang menziarahi yang dicintai... :)













Thursday, April 21, 2011

..:: sesusuk tubuh yang luar biasa::..

disaat insan lain dibuai mimpi indah...
sesusuk tubuh sedang bersujud diatas hamparan sejadah...
hatinya tenang setelah segalanya diluahkan...
bibir manisnya mengucup perlahan..
dahi insan kesayangan yang sedang tidur..
diselimuti mereka dengan penuh kasih sayang..

sesusuk tubuh itu meneruskan langkah...
mengayuh basikal tua menuju ke tempat rezeki...
walaupun penat semalam masih terasa...
namun kudratnya perlu diperah...
peluh dan airmata menjadi teman akrab...
masih cuba berselindung tika hadirnya yang tersayang disisi...

kebahagiaan yang diharapkan punah ditengah jalan...
kesabaran yang dijaga hampir melepasi batasan...
namun bibir mulusnya tetap terus tersenyum...
walaupun ada suara-suara sumbang yang tidak mengerti...
walaupun ada manusia-manusia yang sering mengeji...
segalanya diendahkah...
demi membahagiakan insan yang disayangi...

lalu...
tempat baru diteroka..
dalam dan terpencil...
jauh dari suara-suara sumbang...
jauh dari manusia-manusia yang tidak mengerti...
memulakan hidup baru dengan perit jerih sendiri..
tanpa memerlukan bantuan sesiapa...
yang hanya tahu mengeji dan menghina..

sesusuk tubuh ini tidak punya harta dan nama...
hanya punya akhlak dan agama...
kekuatannya hanya pada doa...
kebahagiannya pada insan disisi yang riang ceria..

namun...
kian hari...usia mula memamah dirinya...
kian perlahan gerak langkahnya...
kian kelihatan urat wajahnya...
kian susut tubuhnya...
tetapi bibirnya tetap manis menguntum...
kudratnya tetap ingin diperah...
walaupun kadangkala termengah-mengah...

sesusuk tubuh ini...
punya kuasa yang luar biasa...
membesarkan insan-insan kecil hingga dewasa...
memerah keringat selagi masih ada..
untuk melihat anak-anak bahagia...
demi memastikan anak-anak berjaya...

sesusuk tubuh ini...
mengenalkan aku dengan dunia...
membentuk aku dengan akhlak mulia...
membimbing aku dengan sabar dan ceria...
menjadikan aku kuat dengan doa...
membuat aku ceria dengan air mata bahagia...

hati kecil ini seringkali ingin meluahkan...
emak...berehatlah...
diri ini tidak mampu lagi melihat derita ditanggungmu...
diri ini tidak ingin lagi melihat keletihan diwajahmu..
anakmu ini akan mengantikan tempatmu...
memerah keringat untukmu...
memberi kebahagian kepadamu...
kerana tabahnya hatiku hanya keranamu...
riangnya hatiku dengan senyumanmu...
tenangnya hatiku dengan pelukanmu...
bahagianya hatiku dengan ciuman kasihmu..
semangatnya diriku dengan kata-kata penguat darimu...

Ya Allah...Kau rahmatilah hidup ibuku...ampunilah segala dosa-dosanya..bahagiakanlah hatinya sehingga ke syurga...kerana diriku amat menyayanginya sehingga kehujung nafasku...



SELAMAT HARI LAHIR IBUKU
KHAIRIYAH BT HJ HASSAN
21 APRIL 2011 

AKAN KU BAHAGIAKAN HIDUPMU SELAGI HAYATKU MASIH ADA...


nukilan hati daripada anakmu
UMMU NAQIBAH AHMAD