HEAL THE SOUL SMAPK 2011
kalamullah
Sunday, October 9, 2011
BILA DIRI DISAYANGI....
Monday, October 3, 2011
..::.Aku Ingin Menjadi Seperti Dia.::..
Tuesday, September 20, 2011
K.A.K.I
Seperti mana yang semua orang tahu, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi:
Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)
Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)
Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)
Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)
Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab, 33:59)
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab, 33:59)
Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:
- Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.
- Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.
- Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.
- Darurat.
Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?
Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:
- Ku rela stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
- Ku rela BERPANAS MEMAKAI JUBAH menutup segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
- Ku rela RAMBUTKU DISIMPAN RAPI TERPELIHARA juga TUDUNGKU LABUH DIBAWAH DADA daripada DIGANTUNG RAMBUTKU HINGGA MENDIDIH OTAK derita.
p/s : dipetik daripada www.syahirul.com
Wednesday, September 14, 2011
hebatnya DIRIMU
sejadah dibentang...kewajipan padaNya dilaksanakan..peringkat demi peringkat...doa demi doa..diakhirnya terduduk...melutut menghadapNya..penuh kekhusyukan...menyebut kalimah-kalimah suci..memuji Maha Pencipta..
✔ Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)
✔ Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)
✔ Warhamnii (sayangi aku)
✔ Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
✔ Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
✔ Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
✔ Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
✔ Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
✔ Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
✔ Wa’fuannii (Maafkan aku)
Ya Allah...terimalah ibadah kami...aminnn
Ya Allah...terimalah ibadah kami...aminnn
Monday, August 8, 2011
manis & masin
Ramadhan kareem...Alhamdulillah..suasana yang tenang dan damai...mengembalikan mood untuk menulis pada laman maya yang makin terok sawangnya...telah ku buang hampir separuh sawangnya dengan penulisan baru ini..hehe...selesai bersembang dengan teman baik di mesir...katanya ramadhan di sana sungguh meriah...malaysia juga meriah..tetapi lebih kepada persediaan menyambut kemrdekaan...benarkah??fikirkanlah...
2 hari sebelum ramadhan...sempat aku bertapak ke pondok Ar-Rahman bagi mengutip ilmu-ilmu yang ditabur Tok Guru Haji Salleh..antara beberapa kitab yang diajar beliau ada menyelit tentang Malaysia yang hakikatnya masih belum merdeka...dengan pemikiran barat yang bermaharajalela di segenap ruang pemikiran anak remaja..pemimpin-pemimpin yang tidak mengamalkan pemerintahan yang adil serta corak pemerintahan Islam yang diabaikan...panjang lebar penerangannya yang kadang-kadang menggunakan bahasa Kedah 'klasik'...walaupun sememangnya aku anak jati kedah..tapi..adajugak beberapa perkataan yang aku xfaham..hurm..cetek lagi ilmu aku..kena tambah skill bahasa plak ni...usai 2 buah isi kitab yang dikupas...sedikit pameran dan perasmian majlis tahlil perdana untuk beberapa orang ulama' tersohor diadakan di luar kawasan pondok...usaha untuk menyelit di celah orang ramai gagal..musliminnye ramai sgt...xsanggup aku nak merempuh..akhirnya..kelibat Tok Guru dilihat dari jauh..kecewa!!=(..pengajian diteruskan oleh anak Tok Guru..Ustaz Muslim..bahasanya lebih mudah difahami..mungkin sebab beliau juga masih muda...menyentuh sepotong hadis mengenai ucapan amin selepas membaca Al-Fatihah..sejam kemudian..pembelajaran ditangguhkan...disambung pada bulan ramadhan yang bakal tiba...aku bersiap pulang..bersama ibu tercinta, seorang rakan serta sorang anak 'menakan' yang mulutnya xpernah diam huhu=p
tertarik untuk melihat pameran wajah-wajah ulama' tersohor..kami menyinggah di kawasan pameran...ramai yang belum aku kenal...ada juga yang punya hubung kait dengan keluargaku..segalanya diterangkan oleh ibuku yang punya banyak maklumat..time kasih mak..=)..sedang leka di tapak pameran..tokguru menyapa kami..menerangkan beberapa gambar ulama..Alhamdulillah..dapat juga bersua muka dan bercakap dengan Tok Guru...=)
keesokannya..
.bermulalah peristiwa masin yang xmungkin dilupa...operasi membuat kue raya bermula...semuanya untuk sampel diberikan pada custmor yang nak tempah..hari ini kue coklat ball diputuskan untuk dibuat..dua adunan tepung untuk membuat kue telah dibancuh..selama hampir 2 jam kami menggentel tepung bersalut kacang untuk dijadikan bentuk bulat...kemudian dibakar dan disejukkan sebelum dicelup ke dalam coklat...tika disejukkan..terdetik hatiku untuk merasa (sebenarnya lapo huhu)..
diambil sebiji..masuk ke mulut...emm nyumm....dan...wekkk...masinnyeeeee...berlarian ke bilik air..memuntahkan kembali kue...huh kecoh jadinye...ada yangmasihbelum percaya...
akhirnya...seorang lagi cuba mengunyah kue yang sama...wekkk...kejadian yang sama berulang...
setelah disiasat..huuhu..rupa-rupanya akkku telah termasukkan garam yang disangka gula icing ke dalam adunan..hampir 100g..fuh..maunye xmasin...
akhirnya hampir 200biji kueterpaksa dileburkan..dan diambil kacangnya...hampir 2 jam lebih masa telah dibuang...
inila akibatnya...bila masukkan bahan tanpa membaca label yang tertera...=p
Subscribe to:
Posts (Atom)


