kalamullah

Tuesday, July 13, 2010

.:.kembalilah LELAKIKU.:.

Dulu...
bila disebut LELAKI,
wanitanya mendongak megah,
LELAKI kami Asadullah, Saifullah,
tokoh ramai tak terkira,
kini..
bila disebut LELAKI,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi.

Dulu...
bila disebut LELAKI,
wanitanya tenang dihati,
LELAKI kami menjaga dan melindungi,
kini...
bila disebut LELAKI,
LELAKI khianat, perogol bersiri.

Dulu...
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
kini..
ribuan wanita suci terpenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
LELAKI tunduk tak bertenaga.

Dulu...
bila wanita dibawah jagaannya,
LELAKI memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,
kini...
bila wanita dibawah jagaannya,
LELAKI tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu...
LELAKI menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini...
LELAKI menggadai ketinggian agama,
dmi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu...
LELAKI bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad, tekun berdakwah,
kini...
LELAKI hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu...
LELAKI memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunnurain mati terbunuh,
kini...
LELAKI memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

Dulu..
LELAKI bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini...
LELAKI berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertelingkah.

KEMBALILAH LELAKIKU..
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
acuan madrasah Rasulullah.

serikandi,
malaysia


dipetik daripada novel 'SYABAB' karya Fatimah Syarha Noordin. Khas buat lelaki, juga lelaki yang dijanjikan Allah untukku, jika ada. =)



Monday, July 12, 2010

selamat datang pelajar baru uitm =)


Alhamdulillah....

usai solat dhuha...terasa ketenangan menelusuri tubuh..meresap jauh ke dasar hati..seperti satu tenaga baru hadir pada diri...benarlah kataNya..solat adalah kerehatan bagi org yg beriman..moga diri ini tergolong dalam kalangan orang yg beriman...tasbih hamdallah meniti bibir..tangan mencapai novel karya Fatimah Syarha, seorang novelis yg hebat penulisannya..amat menyentuh jiwa dan sedikit sebanyak telah membentuk diriku..ingin diisi masa yang singkat ini untuk membaca karyanya..namun terasa ada tanggungjawab yang belum diselesaikan...teringat akan tanggungjawabku pada halaman maya ini..Alhamdulillah..lham dariNya hadir..lantas novel ku letakkan semula bersama susunan buku yang lain..alat teknologi ku buka..Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Ilahi..=)sementara mengisi waktu yang ada sebelum menerima ilmu yang seterusnya di dewan sarjana.

sekian lama menyepi..bukan kerana tiada input untuk diisi..tetapi kekangan waktu dan mungkin juga kegagalan diri ini untuk menguruskan waktu dengan sempurna menyebabkan sering mengabaikan laman maya ini...maaf dipinta pada sahabat yg menunggu..syukran kerana mengingatkan diri ini pada tanggungjawab yang sering diabaikan...

bermula sem terakhir di uitm dengan menyambut pelajar2 baru pre law serta deggree/diploma dan pre commerce...ahlan wasahlan dan tahniah diucapkan pada semua yang berjaya menjejakkan kaki di menara gading ini...terukir senyum gembira di wajah mereka..xkurang juga yang masam mencuka..mungkin kerana terpaksa..dan dapat kulihat senyuman bahagia dan bangga di wajah ibu2 tua yang menghantar anak2nya..kegembiraan tatkala anak yang diasuh berjaya..

pelbagai ragam dan kerenah manusia ku pelajari..berbekalkan pengalaman yang sedikit dan bantuan daripada para pembantu mahasiswa yang lain serta kaunselor sendiri..Alhamdulillah..segala kerja dilakukan dengan mudah dengan izinNya..dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab..sorang lelaki tua menyapaku...memanggilku ke arahnya untuk bertanyakan sesuatu..tenang wajahnya dengan senyuman yang terukir dibibir..berkopiah putih dan berkemeja putih..bersih dan kemas...

"Adik, boleh pak cik tumpang tanya?"soalan pertama dari bapa ini.
"Ya, silakan pak cik." Jawabku tenang.
"Boleh ke yuran pengajian dibayar secara ansuran?"
"Em maaf pak cik, jika hal berkaitan akademik , pak cik perlu ajukan di kaunter informasi. kerana kami disini hanya menguruskan bahagian penginapan pelajar."Jawabku berhati2 risau kata2ku mengguris hatinya.
aku turut menyelitkan pendapatku dengan mengatakan perkara ini boleh dirunding dengan bahagian akademik dan mereka pasti dapat tolak ansur dalam pembayaran yuran.

Pak cik itu mengangguk tanda faham serta mengucapkan terima kasih. Tetapi, langkahnya masih kaku disitu..seolah2 sedang memikirkan sesuatu. Aku segera bertanya jika ada perkara yang masih tersimpul difikirannya.

"Pak Cik risau anak pakcik xnak belajar. Sekarang ni pakcik xdapat nak jelaskan yuran lagi. Sebab itu pakcik harapkan dapat bayar secara ansuran. Pakcik xnak nasib anak pakcik yang ni sama dengan kakaknya yang terpaksa berhenti pengajian di tengah jalan kerana masalah kewangan."

kata2nya menyentuh hatiku. bibirnya masih tersenyum..masyaAllah..hebatnya dugaan pakcik ini..mampu tersenyum tatkala ujian melanda. tiba2 disampingnya hadir seorang ibu tua membawa bakul plastik yang ku fikir sudah usang..di dalamnya diisi botol2 yang berisi air..mungkin untuk bekalan si anak memandangkan cuaca yang semakin bertambah suhunya. Ibu tua itu tersenyum..tangan dijabat lantas dicium..baris2 kata kembali kususun sebaiknya..moga hati ibu bapa ini dapat kutenangkan dengan izinNya..

"xpa pakcik, jgn risau..insyaAllah nt Allah permudahkan urusan pak cik..yang penting sekarang..pak cik bagi semangat pada anak pakcik untuk terus belajar..ilmu itu lebih penting..moga dengan ilmu ini nt dpt meningkatkan taraf hidup pakcik sekeluarga..tentang yuran, saya yakin pihak pentadbiran akan bantu..segalanya akan dipermudahkan..insyaAllah..tambahan lagi orang yang menuntut ilmu ni sentiasa didoakan oelh malaikat dan hambaNya yang lain."

lancar tutur kataku..mungkin kerana kata2 ini juga menjadi kekuatan dalam hidupku. Pakcik itu nampak lebih tenang, ibu tua itu pula hanya tersenyum mengiakan apa yang kukatakan.

"em betul tu, moge segalanya dipermudahkan Allah, anak tlong doakan ank pak cik ea,"
  InsyaAllah...

Pakcik dan makcik meminta utk menjenguk anaknya di bilik. Aku memberi ruang pada mereka utk meniupkan kata2 semangat pada anak mereka. Sebelum mereka bertolak pulang, sekali lagi ucapan terima kasih diucapkan padaku..aku juga pohon agar mereka mendoakan diriku..moga urusan mereka dipermudahkan Ilahi..

Insiden yang memberikan aku hikmah yang meresap di hati..maha suci Allah..memberikan keupayaan utkku mengutip makna sebuah kehidupun biarpun sejauh mana diri ini pergi..kadangkala kita merasakan hidup ini terlalu susah..diuji dengan pelbagai dugaan...kita mengeluh dan merungut..tetapi kita lupa..masih ada insan2 lain yang punya ujian lebih berat daripada apa yang kita lalui...janji Allah itu benar..Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya..AlBaqarah, 286

tasbih hamdallah sentiasa bermain dibibir...sekali lagi diri ini dikejutkan dengan anugerah Allah yang menentukan hala tujuku sepenuhnya...Alhamdulillah..ketika diri ini melalui denai2 yang licin...merentasi sungai2 yang kotor..Allah menghulurkan titian padaku..syukur Ya Ilahi....tiada yang lebih penyayang melainkanMu Ya Ilahi...


Monday, June 21, 2010

.: utusan daripada ADAM :.

Wahai sahabat Muslimat Sekalian,


Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……


SURAT ADAM UNTUK HAWA


Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..

Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

Hawa....

Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....


Hawa....


Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....


Hawa....



Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..


Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?


Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...



Sedarkah kau Hawa.....?


Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?


Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!


Hawa....


Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....



Hawa....


Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...


Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?


Hawa...


Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?


Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!


Hawa....


Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.


Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....


Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”


Hawa....


Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............


“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN
DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”

Ikhlas dariku,
adam


Tuesday, June 1, 2010

Kisah Pertunangan aku...kita


Assalamualaikum..

syukran pada kalian yang sudi menjenguk ke laman maya ini, yang kian hari kian sepi dan bersawang. Maaf pada sahabat yang menunggu. Alhamdulillah, hari ini punya kelapangan untuk mencoret sesuatu yang baru. Kekeringan idea ntuk menconteng setelah sekian lama menyepi atas sebab2 tertentu. Sebelum terlupa, Selamat Pengantin Baru kpd kekandaku, moge dpt membina keluarga yang bahagia dan sts dibawah lembayung rahmatNya. Alhamdulillah, 2 majlis besar dalam keluargaku berjaya dijalankan dgn izinNya. Iaitu walimah akk ke 3 ku pd bulan 11 dan walimah akk ke4 ku pd 29 mei 2010. Bonda tersenyum gembira melihat anak2 yang diasuh dari kecil mengecap kebahagiaan. Betapa hebatnya seorang ibu, mendidik anaknya sehingga tanggungjawabnya beralih kepada pasangan mereka walaupun bersendirian. Tahniah mak, kak cik dan kak ijie...=)

tiada idea utk dicoretkan..sekadar menziarah di blog shbt dan terbaca artikel yg menjawab persoalan..ada khabar mengatakan aku telah bertunang...dan ada juga yg slh faham or mgkn dikenakan kwn2 yg walimah kakak aku itu adlh walimahku...hurm..mgkn segalanya terjawab di bawah...

##########################################################################


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.


"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"


Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."


"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."


"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.


"Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.


"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"


Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.


"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."


Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.


"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"


Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila enti menikah?"


Aku tiada jawapan khusus."Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."


Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.


"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku.


Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...


"Usah berlebihan ya..."


Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"


Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.


"Tafaddal, ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.


"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja

............. ......... .....

........... .


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."


"Ya Allah, tenangnya..."


"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.


Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...


"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"


Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."


"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.


"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama...


"Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.


"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."


"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. .


"Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."


* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak)


*Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)


~ Kullu nafsin za'iqatul maut


~From,Insyirah Soleha,

19 Januari

baiti

Tuesday, May 4, 2010

..::..ziarah adib..::..


telah berminggu-minggu kami bercadang utk melawat adib..
tapi byk halangan yg membuatkan kami terpaksa membatalkan plan yg dah dibuat..
dan akhirnya pd 1 mei 2010 plan ini berjaya dilaksanakan..

aku bertolak dpd kedah jam 7.00 pagi utk sama2 berkumpul di butrwoth..huh 1st tym kua awl2 pg..smate sbb kwn yg tgh bjuang..kite pun mst bjuang..smgt2..

bila fadila n kwnnye da smpai d tmpt bkumpul..lovely driver..hehe maaf cik fikri..hanya anda yg boleh memandu..harapan kami pd anda amat tggi utk membawa kami dgn selamat sehingga ke ipoh...
patah balik amek hanis kat ipg bainun ngan kwnnye..means that blkg tpakse dok 4 org..dlm sebuah kete kancil yg mengambil mase 2 jam lebh tuk smpai ke Ipoh..agak sesak disitu..Alhamdulillah de gak kete yg disewa even xseberapa..memadai dpt membawa kami pegi dan balik..terpaksela yg blkg tu dok bhimpit2..xpe2 adib nye pasal..aku sggup..huh smgt2..

smpai Ipoh..fuh..kt mne lak hospital Ipoh ni..masing2 pakat kol kwn2..ish..mst de sgnboard kan..eh de roundbout..eh da btol dh ni..apasal xjmpe2 ag..co pilotnye diam je....hanis pnunjuk arah di atr pilot n co pilot...hahaha..ari da ujan..bnti2..kite tnye org..pilotnye cool je..tp penumpangnye plak kelam kabut..hehe..1st tym la ktekan...benti di traffic light..pilot tnye org yg bnti sblh tu..tbe2 de pak cik ketuk tgkap sblh aku lak..fuh cuak aku..rpenye pakcik tu nk tlong tjukkan arah..tme kasih pak cik..jasamu dikenang..hehe..

Alhamdulillah..da sampai hospital..hujan plak..lari hanis lari..dhla xbaik ag demam cmpak..kang jd parut..haa kurang seribu..hehe..waktu melawat smpai kul 2..em tggal lg 15 minit..kne cpat nih..blok 3b..cari pnye cari..Allhamdulillah jmpe..mse da tggal 5 minit ag..mak guard India tu da xbg masuk..em cmne ni..nk msuk icu dhla kne sket...
xpe2 kite terjah je..igt..katl 1st..tbe2 pntu tebukak..de org kua..aku, dila n fikri cpt2 masuk..eh xbley2..mase da abeh dik..kate mak guard tu..dgn selambernye..kitorg belah masuk gak..xkire2..kami nak gak tgk adib..

Allah..kami terkedu..menahan sebak di dada..ni sahabat kami..sahabat kami Ya Allah...hebatnya dugaanMu pdnya..tym tu..ayh n mak adib ade...tgh basahkn bibir adib dgn air...mgkin air zam2 atau air yg telah dbckan doa utk adib...di tgn ayhnya ada senaskhah yasin..mgkn ayhnya bru lpas membacanya tuk adib..mak adib nangis..sambil membacakan kalimah syahadah di telinga adib..Allah..xtertahan ag aku...berat dugaan ini Ya Ilahi..ayhnya tersenyum pd kami..pale adib berbalut..Allah..adib pasti kuat Ya Allah..mate mak cik bengkak..ku kucup tgn mok cik...ku peluk seeratnya..mak cik sbr ea..mak cik mesti kuat ea..tu je yg mampu ku ucapkan..mak cik berusaha tuk adiahkan senyuman pd kami..Allah..berikan ketabahan dan kekuatan pd family adib..hanya beberapa minit..kami segera keluar..utk memberi peluang pd hanis n kwn2nye ziarah adib..Alhamdulillah..mak guard tu mgkn faham yg kami dari jauh..dia memberi peluang tuk kami masuk tp dlm mse yg skejap..ckupla..

di luar blik icu..msing2 terdiam seribu bicara..menahan sebak di dada..tp msing2 juga tewas..air mata bergenangan dan tumpah di pipi..sape sggup thn bila lihat shbt yg menderita sebegitu rupa...ayah adib menerangkan keadaan adib pada kami..sekarang..adib dah mampu bernafas sendiri..dah xgune mesin mcm sebelum ni..Alhamdulillah..masing2 mengucapkan syukur..tempurung pale adib terpaksa dibuang bila kepala adib membengkak.Alhamdulillah..setakat ni dh beransur pulih...n ade beberape maklumat yg dikongsi..Allah..tabahnye pak cik ni..die masih mampu tersenyum tika menceritakan keadaan anknye pd kami...pak cik ucapkan tmer kasih pada sumer yg turut berdoa utk adib..n harapkan kite trus berdoa..Allah maha berkuasa..Allah tau yg terbaik tuk hambaNya..InsyaAllah..
bg aku adib kuat..ramalan doc. yg sebelum ni dapat disangkal..ternyata Adib memg kuat..baru2 ni ktenye adib dah dpt bg respond..Alhamdulillah..teruskan berdoa sahabat2..

dah pkul 4..kmi kne balik..xsempat nk jmpe mok cik..mgkn terlalu penat..mok cik berehat di masjid..kami xmahu menganggunya..salam terakhir dgn pokcik..kami doakn yg terbaik utk adib..pok cik hntr kami dgn senyuman...b4 blik..mengisi perut di kafetaria hospital..mkn pun ase cm org skit je..masing2 teringat keadaan adib... tibe2 jemang n hadi dtg...dorg xsempt masuk tgk adib coz waktu mlwt da tamat...saling bertukar cerita tentang perkembangan masing2...Alhamdulillah..masing2 makin matang..seronok tatkala lihat mereka ceria berborak..maklumla jumpe geng lame..akhirnye..kami berangkat pulang...

ujan lebat..pilot terpakse drive slow..sbb ujan terlalu lbat..Allah selamatkan perjalanan kami...Alhamdulillah..pkul 6.30 ptg..smpai di maktab dila..tcpai gak hajat aku msuk maktab..hehe sbb aku tumpg tdo situ..jdla..masuk mktab gak..

Alhamdulillah..hajat kami utk ziarah adib dah dimakbulkan..syukran pd shbt2 yg sggup meluangkan mase..membatalkan agenda yg lain demi sahabat kite...Alhamdulillah...pd cik pilot..maaf co pilot xbyk membantu..hehe..syukran sbb da bwk kami dgn selamat..

pd shbt2 yg xdpt melawat adib..yg di perantauan..teruskan berdoa..tu yg penting..sme2 kite ngadu pdNya..Allah maha mendengar..=)yg disini dan berpeluang utk menziarahi Adib..gunakanlah peluang yang ada..mgkn Adib xknal kite.. n mgkn kite xrapat ngan Adib..tp tu sumer bkn alsn..kerana sumer muslimin adalah bersaudara...ukhwah yg dibina mengajar kita erti persahabatn yg sebenar..sayangi sahabat anda sementara masih diberi peluang dariNya...=)

mohon maaf dari penulis atas segala salah dan silap.. =)







Saturday, April 24, 2010

syukur padaNya..

Alhamdulillah..syukur Ya ILahi..masih memberi aku peluang tuk trus menghirup udara di bumi ini..masih terus memberi aku kekuatan tuk berjuang di sini..

Syukran pada shbt2 yang wish on my bday...terharu sgt2..kata2 n doa antum wat ana kembali semangat..pd shbt di mesir..syukran sbb sggup kol n msg even kos yg mahal..sayang ntum semua..moga persahabatan kita diredhaiNya.. :)

Thursday, April 22, 2010

selamat ari lahir ..mak..

21 April 2010

mak..
rini genap usia mak 50 tahun..
cptnye masa berlalu..
xsangka kan mak..
dulu kita pnh berangan sama2..
mak kata..nt ble mak umo 50..qibah mesti dah msuk u..
Alhamdulillah mak..
doa mak termakbul..
anak mak dah berjaya smpai ke tahap ni..

rasa cam cpat sgt kan mak..
teringat ag dulu2..
bila ada org tempah nasi lemak..
kite tdo kat kdai..
tibe2 mlm tu ujan trun lbat..
atap blik kt kedai dh bocor..
tempat tido kte sume bsh..
tp kte gelak je kan..

qibah sian sgt kat mak..
tiap2 pg mak bgn awal..bukak kedai..
bila petang mak wt nsik lemak..
malam plak bwk n.lemak jual di asrama sekolah..
kdg2 pkul 1 or 2 pg bru mak balik...
bla naqibah dh sekolah..
qibah cuba tlg mak...
qibah xmen cam dak2 lain...
tp mak xbg.. mak soh qibah siapkn keje sekolah..
baca buku.. n main ngan kwn2..
qibah tetap lwn..
mintak maaf mak..qibah terlalu siankan mak...

ble kdai dh tutup...
mak keje kat a.star..
qibah sdey sgt sbb pisah ngan mak..
tp qibah xpenah nangis dpn mak...
tiap2 minggu qibah tgu mak balik...
bile mak balik, mak blikn adiah tuk ank2 sedara mk..
mak ckp kita kne utamakn dorg dlu...dorg ank yatim...
qibah sdey je tym tu...
tp qibah tau..mak xde duit nk bli byk2...
qibah mintak maaf mak..

pastu kte pindah kt umah ni kan mak..
1st tym qibah tgk..
umah ni senget je
tggu mase je nk roboh..
kite dok due je kn mak..
mcm2 org fitnah mak
tp mak sbr je kan
tiap2 pg mak solat hajat...
baca Quran..
tabahnya mak...

mak nk tau...
dulu qibah selalu nangis...
sbb terlalu sian kat mak...
mak berjuang sorg2 nk besarkan anak2 mak sume..
mak tido lmbat tiap2 mlm..
pg plak mak bgn awal sgt2..
masak nasi lemak..
mak mintak tlong qibah hantarkan n.lmak kt warung..
pkul 6 pg qibah dh kua g antar n.lmak...
waktu tu gelap ag mak..
qibah xberani nk kua sorg...
lalu tepi jln sorg2..
tp mak ckp..mk dh xde plhn..
klu qibah xtlg...nt n.lemak xbyk blh buat..duit kte xckup
lpas tu qibah kuatkn smgt sbb mak...
tiap2 pg qibah kua antar n.lemak..
kdg2 bile ari ujan, ada n.lemak mak yg basah..
mak xmrh qibah pun..qibah mintak maaf mak..
kdg2 qibah nangis lg...
smpai ble kte nk idup cmni mak??
qibah xnk mak sush ag..
qibah janji akn tlg mak...
tym tu mcm2 org fitnah mak kn..
qibah janji..satu ari nt org akn puji mak plak..
start tu qibah blaja btol2
qibah bgn awl sma mk..
Alhamdulillah...qibah dpt no1 tiap kali exam..
sume org dh knal mak...
mak bg smgt kat qibah...
byk sgt mak tolong..

tiap kali qibah masuk pertandingan..
mak yg jd jurulatih qibah kt umah..
mak teman qibah berlatih..
mak tempah baju utk qibah pakai tym pertandingan..
mak gubah sajak tuk qibah baca..
Alhamdulillah..qibah wawklik piala besar utk mak..
tym tu qibah nampak mak nangis bile qibah gtau dpt ke prgkt kebangsaan..
qibah ase puas sgt mak...ble nmpak air mate gembira mak.

bile djh 6..
qibah dpt 5A...
Alhamdulillah tu adiah tuk mak..
mak igt ag x??
tym hari anugerah..
qibah bc sajak..
sajak tu qibah wt sdr..khas utk mak..
dr ats pentas qibah nmpak mak nangis..
qibah usaha gak tuk abehkn sajak tu...
qibah xpndai nk tjukkn ksih syg pd mak..
melalui sjk tu qibah smpaikn..
qibah hrp mak paam...

ble qibah ngaji kt smapk..
mak g hntr...
waktu mak nk blik..mak nangis..
qibah tau..mak berat hati nk lepaskn qibah kn..
ank bongsu mak nk blaja jao..
tp mak tetap lpaskn..sbb mak tau ni impian qibah dari kecik..
qibah pun sdey..tp qibah xpnah nangis kt sne mak..
sbb qibah slalu igt ktabahn mak..
so qibah kne tabah gak..kn mak..

skang ni..
mak dh xpayah wt n.lmk cam dulu...
mak xpayah sush cm dlu..
insyaAllah ank2 mak akn tolong..
rumh kte pun dh besr sket..
berkat usaha mak kn..
sbb tu qibah berat sgt nk tglkn umah ni..
qibah mintak maaf mak..
skang qibah lom dpt ag nk balas jasa mak..
jasa mak terlalu byk..
yg qibah leh wt..
qibah nk adiahkn kejayaan kt mak..
qibah sts doakn kesihatan mak...
qibah syg mak sgt2...
even kami ade ayh...
tp mak adlh mak n ayah kami...

Terima kasih untuk segalanya mak..
qibah syg mak sgt..
Ya Allah.peliharalah ibuku..
kasihilah ibuku...
rahmatilah ibuku..

Selamat hari lahir mak..moge sts dibawah lembayung rahmatNya..







Thursday, April 15, 2010

bantulah nakhoda ini..Ya Ilahi

Sebuah bahtera di tengah lautan..
teroleng-oleng di buai ombak..
dibawa arus ke kiri dan ke kanan..
kemudian kembali semula ke tengah..
bagai kapal perang dikemudi tangkas perwira..

kadangkala...
bahtera itu dilambung ombak menggila..
hancur musnah dihempas badai..
semangat nakhoda luntur bagai dibawa arus lautan
lalu terdampar di tepi pantai..

si nakhoda tersedar..
tatkala pautan tangan
membantunya untuk berdiri..
terasa bagaikan diri hidup kembali..

Di hentian itulah..
semua bekalan dikumpul..
semangatnya bangkit semula..
meneruskan perjuangan di lautan penuh noda...
bersama bahtera taqwa...
demi mencari cinta yang Esa..

Ya Ilahi..
bantulah nakhoda ini..
untuk terus mengemudi bahtera..
merentas lautan dan benua..
hanya keranaMu..