kalamullah

Wednesday, September 23, 2009

DaKwAh & sTadi bUkaN maCaM JOngkANg-joNGkeT



[dipetik dari http://pu3raudhah.blogspot.com ]


Lia jomlah pergi usrah


Lia, jomlah berdakwah


Lia, ummah semakin koyak




Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya


Aku tidak mahu


Aku kena study


Markah semester lepas dah cukup teruk


Gara-gara dakwah, tarbiah dan program


Aku menyesal megikuti semua itu


Bosan!!


Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya


Bukan ke islam tu syumul


Kalau nak berjaya, kena study


Waktu study, studylah


Esok kalau dah berjaya


Aku buatlah kerja dakwah tu


Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku


Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam




Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit


Jongkang jongkit?


Apa kau merepek ni?


Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macamjongkang jongkit


Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah


Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah


Tu bukan dakwah namanya


Dan tu bukan belajar namanya


Habis tu?


Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadarterus


Tak boleh inversely propotional


Apa maksud kau?


Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya


Aku tidak faham


Tak pe, aku terangkan


Macam gini, bila dah berdakwah tu


Rasa senang je nak study


Bila belajar tentang jantung misalnya


Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan jantung


Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri


Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta


Kenapa?


Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah


Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah


Rasa senang hati nak terima ilmu


Kalau orang lain study 1 jam


Dia hanya perlu study 10 minit sahaja


Sebab apa?


Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu


Aku tak pernah rasa semua itu


Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?


Tak, itu bukan maksud aku


Cuma kena checklah sikit hati tu


Waktu buat kerja dakwah tu, ada takberlaku tarik tali dengan Allah


Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?


Ok, aku berikan contohMisalnya waktu buat kerja dakwah tu,


Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar


Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi


Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah


Ada keraguan dalam hati


Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah


Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya


Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi


Kita berdoa, tapi takde kesungguhan dalam doa kita


Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah




Lia dah faham


Lia kena banyak muhasabah


Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk


Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah


Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut




Lia, sahabatku,


Seorang ibu pernah mengatakan


Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku


Setiap kali aku bergaul dengan jiranku,


aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam


Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku,


aku ingin merekamerasakan keindahan Islam


Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku


Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri


Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat,


segalanya adalah dakwah


Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya


Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,


Pertama,


mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna


kedua


kisah sahabatku di Indonesia


Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama


Menjadi motivasi buat kita untuk terusberada dalam mandala ini.


Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna.


Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu.


Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi.


Semua manusia mengenalinya.


Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu,


kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna,


pasti semua mengenalinya


kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .


Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran,


kita kena berusaha.


Itu Sunnatullah.


Tapi Lia,


kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata,


atau dengan mimpi sahaja.


Untuk memastikan kejayaan dakwah,


kita juga kena berusaha.


Itu juga adalah Sunnatullah.


Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.


Lia, aku kongsikan pembacaanku


dalam buku Detik-detik Hidupku


karanganAssyahid Imam Hassan Al Banna:Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.


Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya.


Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.


Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah.


Di sudut lainnya,


dia tidak suka mengejar dunia,


bersaing untuk berasa hebat.


Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.


Dahulu dia bukan begitu.


Dia pernah kecundang.


Dia pernah bertanya kepada Allah –




Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku?


Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya.


Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah.Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.




Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain.Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab




"Aku tak suka membanding-bandingk an apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang.Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun".




Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama.


Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum.


Dia sahabat nabi yang buta.Dia mahu membawa panji bendera Islam.


Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh.


Akhirnya dia syahid.


Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya


kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya.


Subhanallah.


Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin.


Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan?


HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.




Lia, kita sempurna.


Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam.


Ayuh berada dalam saf perjuangan.




"Kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. [surah ali imran : 110]

Tuesday, September 22, 2009

hatiku di bawa pergi.. :(

Assalamualaikum...dah lama sy xupdate atas kekangan masa yang berlaku...tambah lagi perkara yang berlaku sebelum ini seolah-olah telah membawa hati ini bersama mereka..membuatkan diri ini kurang minat untuk menulis di blog yang menyimpul 1001 kenangan bersama insan tersayang...
test yang terakhir...csc134..beberapa hari sebelum test, msg dpd Akademi Al-Quran telah menganggu hatiku...beberapa panggilan telefon daripada agensi yg sme menuntutku untuk membuat keputusan terakhir...adakah anda menolak tawaran untuk melanjutkan ke mesir???...MasyaAllah..bagiku inilah pilihan y pling susah yg harus dilakukan...Akhirnya...satu keputusan dibuat...Maaf Cik...saya terpaksa menolaknya...xsemena-mena...butir mutiara menitis dari hujung mataku..seperti mengikut satu persatu kata2 yg kluar dari bibirku...
Allah..lemahnye diri ini...lantas ku bersujud kepadaNya...mengadu padaNya...moga ni keputusan yg terbaik utk diriku dan family...aku lebih rela mataku sts basah dgn mutiara jernih demi melihat senyuman di wajah setiap ahli keluargaku...daripada mereka bersusah payah memerah keringat demi menyara pengajianku di sana nanti...memikrkan keadaan ayah dan mak yg semakin uzur..dan kemelut keluarga yang ntah bila akan padam....semuanya membuatkan aku tekad memilih sesuatu yang menjadikan hati ini seperti dibawa pergi. Membuatkan diri ini lebih banyak bersendirian...diri ini lebih banyak diam daripada bercakap...menjadikan diri ini lesu dan tidak bermaya dalam mengharungi kehidupan di bumi UiTM. Allah...tabahkanlah hatiku...hanya ini yang mampu ku pinta. Test csc yang aku lalui seolah-olah tidak bermakna.Hanya jasadku berada di bilik peperiksaan.
Penerbangan pertama....sahabatku yang sentiasa bersamaku di bumi smapk akan menyambung perjuangan di bumi idamanku..mesir...aku hanya mampu menghantarnya melalui paggilan telefon yang aku lakukan tergesa-gesa selepas tamat sahaja kelas. Ucapan-ucapan semangat diikuti deraian air mata kegembiraan..Subhanallah..hebat dugaan ini..
Allah...hati ini diuji lagi dengan pemergian sahabat2 yang lain..semuanya dpt apa yang diimpikan...moga kalian semua berjaya dalam bidang masing-masing dan sentiasa tetap dijalanNya...
Bila hati ini gelisah...bumi smapk sentiasa kelihatan di mata...tempat pertama hatiku dicuri...
akhirnya..perjalanan ke sana di atur...walaupun jauh tetapi hatiku tekad ke sana..bertemu rakan2 yang juga akan meninggalkan Malysia..bertemu guru-guru yang xlekang dpd nasihat..seolah-olah merekalah ibu bapa kami di bumi smapk...namun keputusan yg telah ku lakukan dalam menentukan masa depanku telah membuatkan ada di antara 'ibu bapaku' kecewa...em..maafkan saya bonda dan ayahanda...
Law atau syariah....di mana bidangku? Mesir atau Malaysia...di mana tempatku??
Allah..bantulah hambaMu ini..
Janji seorang insan berhati mulia yang ingin pergi bersamaku mengutip ilmu2 disana membuatku kembali bersemangat..walaupun tempoh masanya masih lama...tp aku yakin ada hikmah di sebalik yg berlaku...janji itu mebuatkan hati ini kembali pulang ke malaysia menanti di bawa pergi bersama2..
Ila Os...Husnaa...Rai...Nabil...n lain2...(maaf y xde nama kat sni)
teruskan perjuangan di sana..kuatkan semangat...insyaAllah...Allah bersamamu...
Kalian insan bertuah yang dipilih oleh Allah untuk menuntut ilmu di perantauan.
Pada sahabat yang bakal melangkahkan kaki ke negara asing....mantapkan diri anda...penuhi dada dgn ilmu2 agama sebagai pembimbing diri...agar diri tidak mudah terpesong dan kekal dijalanNya...
Salam Lebaran...Maaf Zahir Batin

Monday, September 7, 2009

salam ramadhan





Ramadhan karim....agak bersawang blog sy ni...hehehe makumlah lme xupdate...agk bz dgn urusan sebagai seorang pelajar...biasalah..test..quiz...n bz dalam melaksanakan amanah yg telah Allah berikan kepada kita sebagai hambaNya..tambah2 lagi di bulan y mulia ini...amatlah rugi jika kita xberebut2 untuk mendapatkan ganjaran yg Allah janjikan...



malu rasanya jika pada bulan yg penuh keberkatan ini....masih terdapat rungutan2...."alah,penatla...aku pose arini...em...nk tidola...xde tenage rasanya bile xmkn ni"...tapi sedarkah kite sahabat2....kita hanya menjalankan urusan harian kita yang teramat ringan jika nak dibandingkan pada zaman Rasulullah dan para sahabat. Jika anda seperti saya seorang pelajar, aktiviti harian kita hanya berkisar di kampus atau kolej...menuntut ilmu...serta menyempurnakan segala kelengkapan harian...jika anda seorang pekerja mungkin aktiviti harian anda bekisar di tempat kerja dan di rumah...bersama keluarga....namun..kita masih ada peluang untuk berehat...kadangkala tanpa kita sedari waktu berehat kita lebih lama daripada waktu kita beribadah kepadaNya...betulkan sahabat-sahabat?



Pernahkah kita terfikir atau mengingat kembali pada zaman Rasulullah...pada tahun ke2 Hijrah telah berlaku peperangan Badar dan betapa hebatnya tentera Islam walaupun sedang berpuasa, mereka berperang mempertahankan Islam dan akhirnya kekuatan kuffar musyrikin telah dapat dipatahkan. Adakah kita turut berperang menghunus pedang seperti Rasulullah dan para sahabat?renung2kanlah....bagaimana Rasulullah dan para sahabat tidak pernah merasa penat dalam memperjuangkan agama Allah walaupun pada bulan puasa. Tp kita pada hari ini seringkali mengungkapkan perkataan penat dan letih dengan hanya menjalankan aktivti seharian yang amat ringan jika dibandingkan dengan sebuah peperangan. Astaghfirullahalazim...



yok sahabat-sahabat kita kejar ganjaran pada bulan yang penuh barakah ini....kemungkinan ini adalah ramadhan yang terakhir utk kita....antara keistimewaan bulan seribu bulan ini yang dapat kita share:




  • Pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup serapat-rapatnya.


  • Semua syaitan dibelenggu dan pintu rahmat dibuka seluas-luasnya.


  • Syurga-syurga dihiasi untuk orang yang berpuasa.


  • Pahala bagi orang yang berpuasa dilipat gandakan sehingga 700 kali ganda.


  • Orang-orang yang berpuasa itu diamnya dianggap tasbih.


  • Orang yang tidur (sekadar rehat je tau :p)dianggap ibadah.


  • Orang-orang yang berpuasa itu doanya mudah dimakbulkan.


  • Bau mulut orang yang berpuasa itu adalah wangi disisi Allah seperti harumnya kasturi.


  • Orang yang berpuasa itu diberi 2 kegembiraan daripada Allah iaitu gembira ketika berbuka puasa dan ketika bertemu Allah kelak.


  • Perasaan kasih sayang akan lebih di bulan Ramadhan.


  • AlQuran diturunkan pada bulan ramadhan dan juga kitab2 samawi yang lain.


  • Adanya 1 malam yang lebih baik daripada 1000 bulan."lailatulQadr"

so, kite sumer dah tau kan keistimewaannye...ni baru sket..banyak ag y kite xtau....yok..kite kejar same..bukan pe..takut xsmpat..da ckupke bekalan kite kat ahirat nt??ni lah peluang kite tuk topup pahala and reduce dosa..:p...so tuk sume warga UiTM Merbok..yok kita Imarahkan Pusat Islam....bia melimpah2 jemaah kat sne...jgn asyik kejar ilmu dunia je...akhirat tlupe plak...


pada sahabat2 xsmapk...kompem korang mesti rindu tuk merasai suasana poser kat smapk kan...alunan bacaan AlQuran tiap2 pagi...nyaringan suare En.Rezazali mengejutkan kite tuk sahur..deruman moto wak re...hehe...solat terawih di masjid AlEhsan tiap2 malam....menjadi makmum kepada imam2 yg terdiri daripada ustaz Wan Akasyah, Ustaz Bakru, Ustaz Wan Noh, Ustaz Syukri. Ustaz Mohammad dan juga terdiri daripada sahabat2 kita sendiri naim, hasif, kamal, azman, nik dan lain2. ( maaf pada sahabat-sahabat yg xdsbutkan nama...ramai sgtla..hehe)yang punya tarikan dan bacaan yg tersendiri tetapi masih mengekalkan kemerduan dan kelunakan lenggok bacaan ayat2 suci AlQuran. Rindukan suasana berbuka puasa di dewan makan atau di rumah umi dan walid...serta rindukan sambutan Allahuakram ketika diucapkan ramadhan karim sewaktu bertemu sesama sahabat...rindukan waktu siang yang seolah-olah seperti cuti daripada belajar dan masing2 punya AlQuran ditangan..bersaing untuk mengkhatamkan AlQuran dengan bertadarus bersama-sama tidak kira tempat dan waktu...rindukan suasana musolla dan masjid yang seolah2 sentiasa berseri dengan alunan2 zikir ustaz wan noh dan xlupa lagu keramatnya "Ramadhan Bulan Yg Suci" yg xmgkn dlupakan oleh warga smapk...Indahnya saat2 itu...MasyaAllah...sungguh hebat penangan smapk yg membuatkan hati kita dcuri dan diabadikan bersama kenangan-kenangan kita di bumi para pencinta ilmu ini....xmgkin lagi kenangan tu akan berulang n sy dpt pastikan semua itu xmgkn kita akn dapat di tpt kta berada skarang???yela...ustaz wan Noh ade kat SMAPK je...


Oleh sebab itu....kepada para sahabat smapk...jomlah kiter turun ke smapk beramai-ramai pada 11 September 2009 (Jumaat) utk kite same2 bertemu dan mengukuhkan ukhwah antara para sahabat dan juga guru2...selain dapat merasai semula suasana smapk di bulan pose walaupun mngkin agak berbeza. semoga dengan kehadiran kita bi'ah solehah di smapk akan dpt terus diterapkan dan dapat memberi contoh yg terbaek pd adik2 bakal meneraju pimpinan SMAPK...