kalamullah

Tuesday, July 13, 2010

.:.kembalilah LELAKIKU.:.

Dulu...
bila disebut LELAKI,
wanitanya mendongak megah,
LELAKI kami Asadullah, Saifullah,
tokoh ramai tak terkira,
kini..
bila disebut LELAKI,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi.

Dulu...
bila disebut LELAKI,
wanitanya tenang dihati,
LELAKI kami menjaga dan melindungi,
kini...
bila disebut LELAKI,
LELAKI khianat, perogol bersiri.

Dulu...
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
kini..
ribuan wanita suci terpenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
LELAKI tunduk tak bertenaga.

Dulu...
bila wanita dibawah jagaannya,
LELAKI memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,
kini...
bila wanita dibawah jagaannya,
LELAKI tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu...
LELAKI menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini...
LELAKI menggadai ketinggian agama,
dmi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu...
LELAKI bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad, tekun berdakwah,
kini...
LELAKI hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu...
LELAKI memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunnurain mati terbunuh,
kini...
LELAKI memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

Dulu..
LELAKI bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini...
LELAKI berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertelingkah.

KEMBALILAH LELAKIKU..
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
acuan madrasah Rasulullah.

serikandi,
malaysia


dipetik daripada novel 'SYABAB' karya Fatimah Syarha Noordin. Khas buat lelaki, juga lelaki yang dijanjikan Allah untukku, jika ada. =)



Monday, July 12, 2010

selamat datang pelajar baru uitm =)


Alhamdulillah....

usai solat dhuha...terasa ketenangan menelusuri tubuh..meresap jauh ke dasar hati..seperti satu tenaga baru hadir pada diri...benarlah kataNya..solat adalah kerehatan bagi org yg beriman..moga diri ini tergolong dalam kalangan orang yg beriman...tasbih hamdallah meniti bibir..tangan mencapai novel karya Fatimah Syarha, seorang novelis yg hebat penulisannya..amat menyentuh jiwa dan sedikit sebanyak telah membentuk diriku..ingin diisi masa yang singkat ini untuk membaca karyanya..namun terasa ada tanggungjawab yang belum diselesaikan...teringat akan tanggungjawabku pada halaman maya ini..Alhamdulillah..lham dariNya hadir..lantas novel ku letakkan semula bersama susunan buku yang lain..alat teknologi ku buka..Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Ilahi..=)sementara mengisi waktu yang ada sebelum menerima ilmu yang seterusnya di dewan sarjana.

sekian lama menyepi..bukan kerana tiada input untuk diisi..tetapi kekangan waktu dan mungkin juga kegagalan diri ini untuk menguruskan waktu dengan sempurna menyebabkan sering mengabaikan laman maya ini...maaf dipinta pada sahabat yg menunggu..syukran kerana mengingatkan diri ini pada tanggungjawab yang sering diabaikan...

bermula sem terakhir di uitm dengan menyambut pelajar2 baru pre law serta deggree/diploma dan pre commerce...ahlan wasahlan dan tahniah diucapkan pada semua yang berjaya menjejakkan kaki di menara gading ini...terukir senyum gembira di wajah mereka..xkurang juga yang masam mencuka..mungkin kerana terpaksa..dan dapat kulihat senyuman bahagia dan bangga di wajah ibu2 tua yang menghantar anak2nya..kegembiraan tatkala anak yang diasuh berjaya..

pelbagai ragam dan kerenah manusia ku pelajari..berbekalkan pengalaman yang sedikit dan bantuan daripada para pembantu mahasiswa yang lain serta kaunselor sendiri..Alhamdulillah..segala kerja dilakukan dengan mudah dengan izinNya..dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab..sorang lelaki tua menyapaku...memanggilku ke arahnya untuk bertanyakan sesuatu..tenang wajahnya dengan senyuman yang terukir dibibir..berkopiah putih dan berkemeja putih..bersih dan kemas...

"Adik, boleh pak cik tumpang tanya?"soalan pertama dari bapa ini.
"Ya, silakan pak cik." Jawabku tenang.
"Boleh ke yuran pengajian dibayar secara ansuran?"
"Em maaf pak cik, jika hal berkaitan akademik , pak cik perlu ajukan di kaunter informasi. kerana kami disini hanya menguruskan bahagian penginapan pelajar."Jawabku berhati2 risau kata2ku mengguris hatinya.
aku turut menyelitkan pendapatku dengan mengatakan perkara ini boleh dirunding dengan bahagian akademik dan mereka pasti dapat tolak ansur dalam pembayaran yuran.

Pak cik itu mengangguk tanda faham serta mengucapkan terima kasih. Tetapi, langkahnya masih kaku disitu..seolah2 sedang memikirkan sesuatu. Aku segera bertanya jika ada perkara yang masih tersimpul difikirannya.

"Pak Cik risau anak pakcik xnak belajar. Sekarang ni pakcik xdapat nak jelaskan yuran lagi. Sebab itu pakcik harapkan dapat bayar secara ansuran. Pakcik xnak nasib anak pakcik yang ni sama dengan kakaknya yang terpaksa berhenti pengajian di tengah jalan kerana masalah kewangan."

kata2nya menyentuh hatiku. bibirnya masih tersenyum..masyaAllah..hebatnya dugaan pakcik ini..mampu tersenyum tatkala ujian melanda. tiba2 disampingnya hadir seorang ibu tua membawa bakul plastik yang ku fikir sudah usang..di dalamnya diisi botol2 yang berisi air..mungkin untuk bekalan si anak memandangkan cuaca yang semakin bertambah suhunya. Ibu tua itu tersenyum..tangan dijabat lantas dicium..baris2 kata kembali kususun sebaiknya..moga hati ibu bapa ini dapat kutenangkan dengan izinNya..

"xpa pakcik, jgn risau..insyaAllah nt Allah permudahkan urusan pak cik..yang penting sekarang..pak cik bagi semangat pada anak pakcik untuk terus belajar..ilmu itu lebih penting..moga dengan ilmu ini nt dpt meningkatkan taraf hidup pakcik sekeluarga..tentang yuran, saya yakin pihak pentadbiran akan bantu..segalanya akan dipermudahkan..insyaAllah..tambahan lagi orang yang menuntut ilmu ni sentiasa didoakan oelh malaikat dan hambaNya yang lain."

lancar tutur kataku..mungkin kerana kata2 ini juga menjadi kekuatan dalam hidupku. Pakcik itu nampak lebih tenang, ibu tua itu pula hanya tersenyum mengiakan apa yang kukatakan.

"em betul tu, moge segalanya dipermudahkan Allah, anak tlong doakan ank pak cik ea,"
  InsyaAllah...

Pakcik dan makcik meminta utk menjenguk anaknya di bilik. Aku memberi ruang pada mereka utk meniupkan kata2 semangat pada anak mereka. Sebelum mereka bertolak pulang, sekali lagi ucapan terima kasih diucapkan padaku..aku juga pohon agar mereka mendoakan diriku..moga urusan mereka dipermudahkan Ilahi..

Insiden yang memberikan aku hikmah yang meresap di hati..maha suci Allah..memberikan keupayaan utkku mengutip makna sebuah kehidupun biarpun sejauh mana diri ini pergi..kadangkala kita merasakan hidup ini terlalu susah..diuji dengan pelbagai dugaan...kita mengeluh dan merungut..tetapi kita lupa..masih ada insan2 lain yang punya ujian lebih berat daripada apa yang kita lalui...janji Allah itu benar..Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya..AlBaqarah, 286

tasbih hamdallah sentiasa bermain dibibir...sekali lagi diri ini dikejutkan dengan anugerah Allah yang menentukan hala tujuku sepenuhnya...Alhamdulillah..ketika diri ini melalui denai2 yang licin...merentasi sungai2 yang kotor..Allah menghulurkan titian padaku..syukur Ya Ilahi....tiada yang lebih penyayang melainkanMu Ya Ilahi...