kalamullah

Saturday, September 25, 2010

shit..sial..celaka..bodoh vs astaghfirullahalazim..subhanAllah..Lailahaillallah

sedang kita bergurau senda, bergelak ketawa, berborak ntah ape2..bersembang isu semasa, berbincang subjek2 exam yang perlu di study, tapi pernah x kita pikir apa yang dikeluarkan dari buah bicara kita punya kesan pada diri kita sendiri...Astaghfirullahhal'azim...makin lama makin lalai diri kita...terkadang, tersentap rasa dihati, insan yang indah rupanya, tegap perkasa fizikalnya mengeluarkan perkataan2 yang 'indah' dari tubir mulutnya.  

contoh situasi:

abu: weh ko da tengok ke markah exam ko?
ali : lom ag..ko da tgok ke?
abu: dah aku da tgokkan utk ko skali.
ali: haa.. berapa marks aku weh?
abu: lbih kurang aku je..kite je yg paling rendah.
ali: shit, bodoh betul..cmne lak kite leh dpt marks cmtu..assignment kite sume dah cmplete.
abu: tula, memang celaka r...mentang2la kite bukan fvret student die..

situasi 2:

lina: ish, mane plak g buku law aku nih.. sekali ngan note2 nye pun xde ni. lisa, de nampak tak sumer   barang2 aku ni?
lisa: mane la aku tau..ko dah cari betul2 ke? ntah2 ade je lam beg ko ke tak pun dalam loker ke.
lina: xde..aku dah check byk kali dah.
lisa: eh, xkan xde. cube ko igt betul2..kot2 ade org pinjam.
lina: em,.. haa.. yela..alia tu pinjam mggu lepas. shit, wat penat aku cari je.
************************************************************************************************************
rasenye cukupla sekadar 2 situasi yang saya gambarkan di atas. Perkataan2 tu sering terkeluar daripada patah kata remaja kini. Makin jauh beza kita dengan remaja terdahulu. Yang tika di baya kita menunggang kuda yang gagah menuju ke medan perang, tangan yang perkasa memegang panah yang bisa membunuh musuh2 Islam. Bibir yang tidak pernah kering menyebut nama2 Allah, hati yang xpernah berhenti daripada berzikir padaNya serta akal yang sentiasa berfikir taktik untuk menjatuhkan musuh2 Islam dan jiwa yang penuh rasa cinta untuk syahid dijalanNya.

kini, remaja2nya juga hebat. punya fizikal yang gagah untuk menindas yang lemah. minda yang cerdas membentuk strategi untuk menjatuhkan pesaing2 yang lain. Jiwa yang penuh rasa cinta pada kekasih hati yang berkepit seperti belangkas setiap hari atau yang jauh nun di sana... hati yang 'suci' menyimpan dendam yang membara pada orang lain..bibir yang xpernah lekang daipada menfitnah, mengumpat, dan mengeluarkan patah kata yang tidak pernah di ajar oleh agama yang suci. terlalu banyak perbezaannya...

adakah dengan menyebut SHIT...BODOH..BAHLUL..CELAKA..n seumpama dengannya membuatkan hati kita tenang daripada masalah. dapat memberi manfaat pada diri kita dan diri orang sekelilingnya??
sememangnya kita sendiri mengetahui hakikatnya, tiada perkataan lain yang boleh setanding dengan kehebatan perkataan2 daripada Allah, zikir2 pada Allah. Tapi, bibir yang indah diciptakan oleh Allah tetap lancar menuturkan perkataan sebegitu daripada memuji penciptanya sendiri. Astaghfirullahal'azim..sama2lah kita renungkan kembali...bandingkanlah hikmah zikir2 Allah dengan perkataan2 'indah' itu... =)

##################################################################################




Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.




Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.


Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.



Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.


Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.



Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.



Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.



Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.



Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.



Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.


Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.



Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.



Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.



Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.



Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.



Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.


oleh iu, basahkanlah bibirmu dengan menyebut zikir2 Allah.. =)

http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/858-kesan-zikir-terhadap-otak.html




Wednesday, September 22, 2010

salam aidilfitri

salam aidilfitri n maaf zahir batin pada sume sahabat n sesiapa saje yg mengenali...
xblh nk coretkan lame2 kt sni...final exam akn bermula esok...so perlu beri keutamaan pada exam.hehe..
oleh itu, sementara masih diberi masa olehNya..saya pohon ribuan  kemaafan daripada kalian untuk segala salah n silap yg telah saya lakukan
sama ada sengaja atau tidak..sedar atau tidak..harap kalian dapat maafkan..kerana diri ini terlalu banyak kelemahan..sehinggakan sering membuat kesilapan.. =) all da bez utk shbt2 sume yg akan mnduduki final exam..especially prelawrian..em pd shbt doakan juga kejayaan sy ea...final exam yg menentukan either leh smbung dgree law or not..harapan family didukung..amanah Allah dijunjung..moge kite same2 beroleh kejayaan dunia n akhirat...n congrate tu my sis...yg telah diberi anugerah yang bermakna utk beliau n suami n of course pd kami sumer..hasya safiyyah yg ditakdirkan untuk mule melihat dunia pd jam 7 pg 2hari sebelum hari raya aidilfitri...moge permata yang dianugerahkan ini menjadi anak yg solehah n sts berbakti pada ibu bapa dan agamaNya..