kalamullah

Sunday, April 24, 2011

kebahagiaan disebalik kegundahan

jari jemari ini terus menjalankan tugas yang seringkali terabai...menekan punat-punat huruf yang tidak bernyawa...bagaikan mata pedang yang mencucuk lawan dan terus menghamburkan darah..

Alhamdulillah...syukur Ya Ilahi..Engkau telah mengizinkan aku untuk bersama insan-insan yang kusayangi..memberikan aku nikmat-nikmat yang pelbagai rasa agar diriku dapat dibentuk..dan pada hari ini..sekali lagi Kau berikan secangkir kebahagiaan untuk ku rasai semula...

semakin meningkat usiaku...bermakna makin dekat usiaku dengan kematian...seharian ku cuba bermuhasabah...masih sempatkah aku untk hari yang seterusnya??masih mampukah aku untuk meneruskan umur yang masih berbaki..apakah yang telah aku lakukan pada baki umur yang telah aku habiskan??

hatiku tidak keruan...gelisah..cuba untuk bermunajat padanya..ku capai Kitab suci kesayanganku..bait-bait ayat kulagukan..hati kembali tenang..Alhamdulillah...sejadah hijau ku hamparkan...mula menagih cintaNya..mengadu pada Yang Setia..akhirnya terlena dalam dakapan kasihNya..

seawal pagi..tugas padaNya ku laksanakan...terasa hati begitu tenang dan nyaman...inbox hp mula penuh dengan ucapan-ucapan hari lahir...melahirkan senyuman diwajahku...terima kasih sahabat-sahabat =) terima kasih kerana sudi mendoakanku..moga kalian juga sentiasa di bawah lembayung rahmatNya..=) tika malam hari...panggilan telefon diterima..meminta untuk hadir ke surau dengan segera...lantas kaki ini melangkah...terasa seperti sesuatu yang penting sedang berlaku dan perlukan kehadianku dengan segera...sesampai disana..sunyi sepi...hanya bunyi unggas kedengaran..dan...rupanya..sahabat-sahabatku keluar dengan membawa sebuah kek yang indah...lagu hari lahir dimainkan...syahdu ku rasa...betapa indahnya ukhwah ini...syukran ya sahabat...meraikan kesyukuranku pada Ilahi...usik mengusik mula berlaku...menyebabkan suasana menjadi gamat dan meriah..sungguh bahagia...=)setelah semuanya kepenatan dan kekenyangan...masing-masing mula beransur pulang...dengan membawa kek yang berbaki ku ingin berkongsi dengan roomate tersayang...tanpa disangka...rupanya ada tetamu yang menanti...syukur Ya Ilahi..di sebali kegundahan yang kau berikan...kau tetap memberikanku kebahagiaan...sahabat baikku sedang menunggu...sahabat yang sama-sama dibentuk di bumi tarbiyah kajang sehinggalah sama-sama berpijak dibumi shah alam...sekali lagi diraikan...dengan kek dan hadiah yang dibawa...syukran Nur Hidayu bt Muaidi..=)

 kepada keluarga saya..terima kasih kerana telah mendidik dan membentuk anak dan adik bongsumu ini=) terima kasih dengan doa-doa daripada kalian...juga pada semua rakan-rakan serta sahabat-sahabat yang sudi mendoakan..sama ada yang dihantar melalui facebook...msg..dan juga secara bersemuka...=) moga kalian dilimpahi rahmat daripadaNya...




Thursday, April 21, 2011

..:: sesusuk tubuh yang luar biasa::..

disaat insan lain dibuai mimpi indah...
sesusuk tubuh sedang bersujud diatas hamparan sejadah...
hatinya tenang setelah segalanya diluahkan...
bibir manisnya mengucup perlahan..
dahi insan kesayangan yang sedang tidur..
diselimuti mereka dengan penuh kasih sayang..

sesusuk tubuh itu meneruskan langkah...
mengayuh basikal tua menuju ke tempat rezeki...
walaupun penat semalam masih terasa...
namun kudratnya perlu diperah...
peluh dan airmata menjadi teman akrab...
masih cuba berselindung tika hadirnya yang tersayang disisi...

kebahagiaan yang diharapkan punah ditengah jalan...
kesabaran yang dijaga hampir melepasi batasan...
namun bibir mulusnya tetap terus tersenyum...
walaupun ada suara-suara sumbang yang tidak mengerti...
walaupun ada manusia-manusia yang sering mengeji...
segalanya diendahkah...
demi membahagiakan insan yang disayangi...

lalu...
tempat baru diteroka..
dalam dan terpencil...
jauh dari suara-suara sumbang...
jauh dari manusia-manusia yang tidak mengerti...
memulakan hidup baru dengan perit jerih sendiri..
tanpa memerlukan bantuan sesiapa...
yang hanya tahu mengeji dan menghina..

sesusuk tubuh ini tidak punya harta dan nama...
hanya punya akhlak dan agama...
kekuatannya hanya pada doa...
kebahagiannya pada insan disisi yang riang ceria..

namun...
kian hari...usia mula memamah dirinya...
kian perlahan gerak langkahnya...
kian kelihatan urat wajahnya...
kian susut tubuhnya...
tetapi bibirnya tetap manis menguntum...
kudratnya tetap ingin diperah...
walaupun kadangkala termengah-mengah...

sesusuk tubuh ini...
punya kuasa yang luar biasa...
membesarkan insan-insan kecil hingga dewasa...
memerah keringat selagi masih ada..
untuk melihat anak-anak bahagia...
demi memastikan anak-anak berjaya...

sesusuk tubuh ini...
mengenalkan aku dengan dunia...
membentuk aku dengan akhlak mulia...
membimbing aku dengan sabar dan ceria...
menjadikan aku kuat dengan doa...
membuat aku ceria dengan air mata bahagia...

hati kecil ini seringkali ingin meluahkan...
emak...berehatlah...
diri ini tidak mampu lagi melihat derita ditanggungmu...
diri ini tidak ingin lagi melihat keletihan diwajahmu..
anakmu ini akan mengantikan tempatmu...
memerah keringat untukmu...
memberi kebahagian kepadamu...
kerana tabahnya hatiku hanya keranamu...
riangnya hatiku dengan senyumanmu...
tenangnya hatiku dengan pelukanmu...
bahagianya hatiku dengan ciuman kasihmu..
semangatnya diriku dengan kata-kata penguat darimu...

Ya Allah...Kau rahmatilah hidup ibuku...ampunilah segala dosa-dosanya..bahagiakanlah hatinya sehingga ke syurga...kerana diriku amat menyayanginya sehingga kehujung nafasku...



SELAMAT HARI LAHIR IBUKU
KHAIRIYAH BT HJ HASSAN
21 APRIL 2011 

AKAN KU BAHAGIAKAN HIDUPMU SELAGI HAYATKU MASIH ADA...


nukilan hati daripada anakmu
UMMU NAQIBAH AHMAD

Monday, April 18, 2011

adakah anda "PELAJAR CEMERLANG"???

salam kasih puji-pujian buat junjungan besar nabi Muhammad S.A.W ....

pantasnya masa berlalu ibarat berlari mengikut angin kencang..setelah beberapa bulan bertarung fizikal dan mental dalam dewan kuliah...berperang mulut dan hujah didalam kelas tutorial..akhirnya masanya tiba pada hari untuk diuji..menguji sebanyak mana ilmu yang telah diperoleh...suasana sunyi sepi...lengang dari sebarang aktiviti..cuma pak cik2 rapid yang setia bersama bas rapid kl dan bas uitm...makcik2 yang setia menyediakan juadah yang tidak kurang enaknya di kedai2 makan dataran cendekia...

bilik2 di kolej sunyi sepi..tiada hilai tawa kedengaran..hanya sesekali bunyi nyanyian daripada radio dan suara2 sumbang yang menyumbang...mungkin untuk menghilangkan penat akibat bertarung mata dan fikiran di baris2 tulisan yang kaku tidak bergambar...

federal constitution kekal di hujung meja...contract act setia di atas rak...law of tort sedang dikaji....Ya Allah cukupkanlah masa ini...semakin banyak belajar semakin terasa bodohnya diri ini..terlalu banyak ilmuMu yang masih belum ku terokai... Ya Ilahi..yang  Maha Bijaksana....terlalu indah ilmuMu ini...moga aku dan sahabat2ku dapat menggunakannya dalam perjuangan agamaMu...

seorang rakan mengingatkan...."jangan lupa..FEDERAL CONSTITUTION dan CONTRACT ACT mesti ade...kalau xde nt sush nk jawab exam"...hatiku tersenyum sendirian..terfikir anologi-anologi yang dapat dikaitkan dengan kata2 tadi...alangkah indahnya jika umat pada hari ini terutamanya pelajar-pelajar sealiran denganku menganggap AlQuran dan Sunnah seperti kedua2 kitab manusia tadi...malah sepatutnya lebih penting daripada kedua-duanya... tanpa FC dan CA amat susah untuk menjawab soalan ketika peperiksaan berlangsung kerana kebanyakannya perlu merujuk kepada undang-undang yang telah ditetapkan. xboleh nk goreng2 menggunakan idea sendiri...kadang-kadang tika test juga terpaksa goreng sehingga hangit akibat xbawa kedua2 kitab manusia tadi....terima kasih kepada rakan yang mengingatkan...

kembali kepada anologi yang dihadirkan oleh Allah...sedarkah kita..peperiksaan ibarat diri kita didunia ini...sentiasa diberi ujian oleh PEMBUAT SOALAN yang MAHA BIJAKSANA...apabila ujian diberi..kita menjawab sesuka hati..malas untuk merujuk kitab Allah yang perlembagaannya telah ditetapkan kononnya terlalu SKEMA. memberi jawapan dengan menggoreng idea-idea sendiri tanpa menghiraukan arahan-arahan yang diberi. sehinggakan ada yang menjawab melebihi silibus-silibis yang telah ditetapkan...mungkin TERLALU "CERDIK" sehinggakan membentuk perlembagaan sendiri...akta2 yang jauh terpesong daripada apa yang telah digubal oleh PENGGUBAL YANG MAHA ADIL. Bilamana carry mark kita rendah..PEMERIKSA YANG MAHA HEBAT masih memberi masa untuk markah itu dibaiki...setiap saat dan waktu DIA menanti mana-mana pelajar untuk berbincang denganNYA..sentiasa menjadi KAUNSELOR YANG MEMAHAMI menanti pelajar-pelajarnya mengadu masalah yang berlaku...pabila keikhlasan dan keinsafan terpancar jelas dihati si pelajar..dengan murah hati PEMERIKSA YANG MAHA PENGASIH akan meningkatkan carry mark yang sedia ada...sentiasa ADIL dalam memberikan layanan kepada pelajar-pelajarnya...semua diberikan nasihat yang sama...RUJUKLAH ALQURAN DAN SUNNAH..NESCAYA KAMU AKAN MENJADI PELAJAR CEMERLANG...namun masih ada yang tidak menghiraukan nasihatNYA...tetap cuba menjadi pelajar "CEMERLANG" dengan membelakangi PEMERIKSA YANG BERKUASA. Sehinggalah akhirnya kita sampai ke FINAL EXAM...detik itu baru kita sedar mengapa carry marks kita terlalu rendah ...tika itu baru kita tahu FC dan CA kita yang utama adalah ALQURAN dan SUNNAH...kala itu baru kita tercari-cari PEMERIKSA, PENGGUBAL,  serta KAUNSELOR YANG HEBAT DAN BIJAKSANA yang dah dilupakan tika berada didewan peperiksaan dunia...pasti ada yang baru tersedar rupanya DIA adalah SATU...dan saat itu segalanya sudah terlambat...FINAL EXAM perlu dilalui...tiada kitab yang boleh dirujuk lagi...tidak lagi boleh meniru atau berbincang...PENGAWAS PEPERIKSAAN YANG BENGIS sentiasa menanti...segalanya suram sunyi...ada yang resah gelisah menanti masa untuk menjawab SOALAN-SOALAN FINAL..ada yang tenang..tersenyum.. menjawab semua soalan dengan yakin..akhirnya masing-masing menanti saat MARKAH KESELURUHAN dikeluarkan...menanti dimanakah tempat yang akan dihantar seterusnya...adakah disambut oleh PENGAWAS YANG BENGIS atau PENGAWAS YANG TERSENYUM??

sama-sama kita bermuhasabah..HASIBU KOBLA ANTUHASIBU...hisablah diri sebelum diri kita dihisab olehNYA... =)

=) pohon kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini...doakan moga kita sama-sama terus thabat dan cemerlang didunia dan akhirat.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER =)







Thursday, April 7, 2011

..::di mana DIA dihatimu?::..

Tika diberi kelapangan untuk mencari bait-bait ilmu dengan menggunakan kepantasan teknologi yang diilhamkan Ilahi...hati terkesima tatkala terbaca sebuah karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi..kata-kata yang cukup mendalam maknanya..lantas dicopy untuk dikongsi disini..moga kita semua beroleh manfaat selepas membacanya =) 
 
Semasa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.
Ketika Saidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata, "Jangan takut, ALLAH bersama kita."
Itulah kehebatan Rasulullah, ALLAH sentiasa di hatinya.

Ketika di ambang maut?
Sewaktu Da'thur, seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah s.a.w. lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, "Siapakah akan menyelamatkan kamu daripadaku?"
Jawab Rasulullah penuh yakin, "ALLAH."
Mendengar jawapan itu, gementarlah Da'thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah... sentiasa ada DIA di hati baginda.

Ketika tiada siapa mengetahui?
Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. "Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?"
"Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja."
"Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya," desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji.
"Kalau begitu, di mana ALLAH?" ujar budak itu.
Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisiALLAH. Jelas ada DIA di hatinya.

Ketika kamu tiada jawatan?
Satu ketika yang lain, Saidina Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh Khalifah Umar. Keesokannya, Saidina Khalid tetap ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas sedikit pun perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat.
Ketika ditanya mengapa, Saidina Khalid menjawab, "Aku berjuang bukan kerana Umar." Ya, Saidina Khalid berjuang kerana ALLAH. Ada DIA di hatinya.

Lalu, di mana Dia dihati kita?
Melihat anekdot-anekdot itu, aku terkesima lalu bertanya kepada diri, di manakah DIA dalam hatiku?
Apakah ALLAH sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta membujuk hatiku yang rawan?
ALLAH ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selain-NYA yang ada di situ, maka cinta ALLAH akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di hatiku!
Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku, kata mereka (dan aku amat yakin dengan kata itu);
"Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."
Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku?
Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA?
Bila bertembung antara kehendak-NYA dengan kehendakku, kehendak siapa yang aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegakah aku membenci juga kerana-NYA?
Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam-MU?
Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?
Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, ya ALLAH.
Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri
Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, "Apakah engkau takutkan ALLAH?"
Dia menangis dan menjawab, "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak..."
Maksudnya, jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan ALLAH pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebih lagilah aku yang hina dan berdosa ini.
Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.
Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?"
Aku hanya mampu menjawab, "Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA."
Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.
Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua.

Dan kita akan terus mengemis kasih...