kalamullah

Sunday, March 14, 2010

..::..bila diri terlalu SIBUK..::..

dipetik dari blog ukhti...www.nurulfarhanahferdos.blogspot.com

aku benar-benar merinduiMu tuhan..

tatkala diri terlalu sibuk dengan urusan dunia,
terasa hatiku makin jauh denganMu...
aku merindui kesunyian itu..
aku merindui ketenangan itu..
aku merindui tangisan itu..

mahu lari jauh ke sudut dunia...
kalau itu yang aku mampu..
mahu hati ini hanya bersatu denganMu..
yang memahami tiap lintasan dalam jiwa dan rasa..
mahu airmata ini guur kerana rindu padaMu...

terkadang tidak mampu menanggung rasa...
hanya kerana rasa RINDU itu membuatkan jiwaku sesak ya tuhan...
apakah ada jalan, agar rindu ini beransur tenang...
apakah ada cara, agar cinta ini tidak lagi memeritkan...

keresahan ini hanya kerana rindu ini tidak aku luahkan...
aku rindu untuk berada dalam belaian kasihMu..
aku rindu untuk berdua-duaan denganMu..
aku rindu untuk mengalirkan airmata saat aku mendongak ke awan milikMu..

aku mahu berbaring, menatap langit biru, mendengar alunan sungai, melihat kehijauan bumi..
kemudian menutup mata setelah aku yakin, redha dan kasihMu hanya milikku seorang..

mampukah aku?

biar aku menanggung rasa.. di balik senyuman...
biar aku lelah.. di balik ketenangan..
biar aku tersinggung.. di balik redupan mata..
biar tiada yang mengerti jiwa ragaku..

cuma satu ya rabbi, yang aku gila-gilakan..cintaMu saat aku menutu mata nanti..
izinkan Ya Allah... untuk hamba yang kerdil lagi hina ini terus mendamba cinta agungMu..