kalamullah

Tuesday, April 16, 2013

.:. Insan Tersayang.:.

Saat aku terjatuh,
Pantas aku didukung, dipujuk.
Diletak ubat pada tempat yang terluka.
Dibawa menaiki motosikal Honda 60
'Mengembara' ke rumah rakan dan saudara.
Tika musim buah, aku orang pertama yang akan diraikannya.
Ditunggu dirumah bersama buah durian yang siap dibelah.
Buah manggis yang siap dipetik,
Tika berjalan, tanganku digenggam erat. agar aku tidak terjatuh.
Aku bahagia menjadi penceria hidupmu tika itu.

Kini,
Aku tahu dirimu merindui saat-saat itu.
Aku tahu dirimu merindui kemeriahan itu.
Aku tahu dirimu kini kesepian.
Aku tahu dirimu kini meratapi sebuah penyesalan.

Pastinya,
Semua itu tidak akan berulang.
Semua itu hanya menjadi sebuah memori.
Walau berapa kali dirimu memohon agar semuanya kembali.
Ianya tetap tidak akan terjadi.

Kerana hati ini hanya satu.

Terima kasih kerana masih menyayangi diriku sehingga ke hari ini.
Terima kasih kerana pernah menjaga diriku.
Terima Kasih kerana sentiasa mendoakanku.
Terima Kasih kerana masih sudi melayani kerenahku sehingga ke hari ini.
Terima Kasih kerana menyediakan segalanya untukku.
Terima Kasih untuk kasih sayangmu kepadaku.
Terima kasih untuk segala nasihat dan tunjuk ajarmu.
Terima kasih atas segala jasa-jasamu
Terima kasih kerana pernah membahagiakan ibuku.

Maafkan diriku
Andai pernah menyakitimu.
Andai pernah mengasarimu.
Andai pernah membelakangi dirimu.
Maafkan diriku kerana tidak mampu berlaku adil padamu.
Maafkan diriku kerana tidak mampu melakukan apa yang dirimu harapkan.
Maafkan diriku kerana tidak mampu menghilangkan parut dihati.

Tetapi ketahuilah,
Diri ini juga merindui saat bahagia itu.
Diri ini amat menyayangi dirimu.

Moga dirimu sentiasa dirahmati Ilahi. Moga dirimu sentiasa diberi petunjuk dan hidayahNya. Moga dirimu sentiasa kuat dan tabah. Moga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik padamu.

SELAMAT HARI LAHIR . ~080413~

bagaimana sekalipun dirimu, aku tetap menyanjungimu sebagai insan kesayanganku dunia dan akhirat :)