kalamullah

Tuesday, June 1, 2010

Kisah Pertunangan aku...kita


Assalamualaikum..

syukran pada kalian yang sudi menjenguk ke laman maya ini, yang kian hari kian sepi dan bersawang. Maaf pada sahabat yang menunggu. Alhamdulillah, hari ini punya kelapangan untuk mencoret sesuatu yang baru. Kekeringan idea ntuk menconteng setelah sekian lama menyepi atas sebab2 tertentu. Sebelum terlupa, Selamat Pengantin Baru kpd kekandaku, moge dpt membina keluarga yang bahagia dan sts dibawah lembayung rahmatNya. Alhamdulillah, 2 majlis besar dalam keluargaku berjaya dijalankan dgn izinNya. Iaitu walimah akk ke 3 ku pd bulan 11 dan walimah akk ke4 ku pd 29 mei 2010. Bonda tersenyum gembira melihat anak2 yang diasuh dari kecil mengecap kebahagiaan. Betapa hebatnya seorang ibu, mendidik anaknya sehingga tanggungjawabnya beralih kepada pasangan mereka walaupun bersendirian. Tahniah mak, kak cik dan kak ijie...=)

tiada idea utk dicoretkan..sekadar menziarah di blog shbt dan terbaca artikel yg menjawab persoalan..ada khabar mengatakan aku telah bertunang...dan ada juga yg slh faham or mgkn dikenakan kwn2 yg walimah kakak aku itu adlh walimahku...hurm..mgkn segalanya terjawab di bawah...

##########################################################################


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.


"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"


Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."


"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."


"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.


"Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.


"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"


Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.


"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."


Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.


"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"


Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila enti menikah?"


Aku tiada jawapan khusus."Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."


Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.


"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku.


Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...


"Usah berlebihan ya..."


Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"


Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.


"Tafaddal, ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.


"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja

............. ......... .....

........... .


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."


"Ya Allah, tenangnya..."


"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.


Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...


"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"


Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."


"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.


"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama...


"Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.


"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."


"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. .


"Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."


* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak)


*Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)


~ Kullu nafsin za'iqatul maut


~From,Insyirah Soleha,

19 Januari

baiti

Tuesday, May 4, 2010

..::..ziarah adib..::..


telah berminggu-minggu kami bercadang utk melawat adib..
tapi byk halangan yg membuatkan kami terpaksa membatalkan plan yg dah dibuat..
dan akhirnya pd 1 mei 2010 plan ini berjaya dilaksanakan..

aku bertolak dpd kedah jam 7.00 pagi utk sama2 berkumpul di butrwoth..huh 1st tym kua awl2 pg..smate sbb kwn yg tgh bjuang..kite pun mst bjuang..smgt2..

bila fadila n kwnnye da smpai d tmpt bkumpul..lovely driver..hehe maaf cik fikri..hanya anda yg boleh memandu..harapan kami pd anda amat tggi utk membawa kami dgn selamat sehingga ke ipoh...
patah balik amek hanis kat ipg bainun ngan kwnnye..means that blkg tpakse dok 4 org..dlm sebuah kete kancil yg mengambil mase 2 jam lebh tuk smpai ke Ipoh..agak sesak disitu..Alhamdulillah de gak kete yg disewa even xseberapa..memadai dpt membawa kami pegi dan balik..terpaksela yg blkg tu dok bhimpit2..xpe2 adib nye pasal..aku sggup..huh smgt2..

smpai Ipoh..fuh..kt mne lak hospital Ipoh ni..masing2 pakat kol kwn2..ish..mst de sgnboard kan..eh de roundbout..eh da btol dh ni..apasal xjmpe2 ag..co pilotnye diam je....hanis pnunjuk arah di atr pilot n co pilot...hahaha..ari da ujan..bnti2..kite tnye org..pilotnye cool je..tp penumpangnye plak kelam kabut..hehe..1st tym la ktekan...benti di traffic light..pilot tnye org yg bnti sblh tu..tbe2 de pak cik ketuk tgkap sblh aku lak..fuh cuak aku..rpenye pakcik tu nk tlong tjukkan arah..tme kasih pak cik..jasamu dikenang..hehe..

Alhamdulillah..da sampai hospital..hujan plak..lari hanis lari..dhla xbaik ag demam cmpak..kang jd parut..haa kurang seribu..hehe..waktu melawat smpai kul 2..em tggal lg 15 minit..kne cpat nih..blok 3b..cari pnye cari..Allhamdulillah jmpe..mse da tggal 5 minit ag..mak guard India tu da xbg masuk..em cmne ni..nk msuk icu dhla kne sket...
xpe2 kite terjah je..igt..katl 1st..tbe2 pntu tebukak..de org kua..aku, dila n fikri cpt2 masuk..eh xbley2..mase da abeh dik..kate mak guard tu..dgn selambernye..kitorg belah masuk gak..xkire2..kami nak gak tgk adib..

Allah..kami terkedu..menahan sebak di dada..ni sahabat kami..sahabat kami Ya Allah...hebatnya dugaanMu pdnya..tym tu..ayh n mak adib ade...tgh basahkn bibir adib dgn air...mgkin air zam2 atau air yg telah dbckan doa utk adib...di tgn ayhnya ada senaskhah yasin..mgkn ayhnya bru lpas membacanya tuk adib..mak adib nangis..sambil membacakan kalimah syahadah di telinga adib..Allah..xtertahan ag aku...berat dugaan ini Ya Ilahi..ayhnya tersenyum pd kami..pale adib berbalut..Allah..adib pasti kuat Ya Allah..mate mak cik bengkak..ku kucup tgn mok cik...ku peluk seeratnya..mak cik sbr ea..mak cik mesti kuat ea..tu je yg mampu ku ucapkan..mak cik berusaha tuk adiahkan senyuman pd kami..Allah..berikan ketabahan dan kekuatan pd family adib..hanya beberapa minit..kami segera keluar..utk memberi peluang pd hanis n kwn2nye ziarah adib..Alhamdulillah..mak guard tu mgkn faham yg kami dari jauh..dia memberi peluang tuk kami masuk tp dlm mse yg skejap..ckupla..

di luar blik icu..msing2 terdiam seribu bicara..menahan sebak di dada..tp msing2 juga tewas..air mata bergenangan dan tumpah di pipi..sape sggup thn bila lihat shbt yg menderita sebegitu rupa...ayah adib menerangkan keadaan adib pada kami..sekarang..adib dah mampu bernafas sendiri..dah xgune mesin mcm sebelum ni..Alhamdulillah..masing2 mengucapkan syukur..tempurung pale adib terpaksa dibuang bila kepala adib membengkak.Alhamdulillah..setakat ni dh beransur pulih...n ade beberape maklumat yg dikongsi..Allah..tabahnye pak cik ni..die masih mampu tersenyum tika menceritakan keadaan anknye pd kami...pak cik ucapkan tmer kasih pada sumer yg turut berdoa utk adib..n harapkan kite trus berdoa..Allah maha berkuasa..Allah tau yg terbaik tuk hambaNya..InsyaAllah..
bg aku adib kuat..ramalan doc. yg sebelum ni dapat disangkal..ternyata Adib memg kuat..baru2 ni ktenye adib dah dpt bg respond..Alhamdulillah..teruskan berdoa sahabat2..

dah pkul 4..kmi kne balik..xsempat nk jmpe mok cik..mgkn terlalu penat..mok cik berehat di masjid..kami xmahu menganggunya..salam terakhir dgn pokcik..kami doakn yg terbaik utk adib..pok cik hntr kami dgn senyuman...b4 blik..mengisi perut di kafetaria hospital..mkn pun ase cm org skit je..masing2 teringat keadaan adib... tibe2 jemang n hadi dtg...dorg xsempt masuk tgk adib coz waktu mlwt da tamat...saling bertukar cerita tentang perkembangan masing2...Alhamdulillah..masing2 makin matang..seronok tatkala lihat mereka ceria berborak..maklumla jumpe geng lame..akhirnye..kami berangkat pulang...

ujan lebat..pilot terpakse drive slow..sbb ujan terlalu lbat..Allah selamatkan perjalanan kami...Alhamdulillah..pkul 6.30 ptg..smpai di maktab dila..tcpai gak hajat aku msuk maktab..hehe sbb aku tumpg tdo situ..jdla..masuk mktab gak..

Alhamdulillah..hajat kami utk ziarah adib dah dimakbulkan..syukran pd shbt2 yg sggup meluangkan mase..membatalkan agenda yg lain demi sahabat kite...Alhamdulillah...pd cik pilot..maaf co pilot xbyk membantu..hehe..syukran sbb da bwk kami dgn selamat..

pd shbt2 yg xdpt melawat adib..yg di perantauan..teruskan berdoa..tu yg penting..sme2 kite ngadu pdNya..Allah maha mendengar..=)yg disini dan berpeluang utk menziarahi Adib..gunakanlah peluang yang ada..mgkn Adib xknal kite.. n mgkn kite xrapat ngan Adib..tp tu sumer bkn alsn..kerana sumer muslimin adalah bersaudara...ukhwah yg dibina mengajar kita erti persahabatn yg sebenar..sayangi sahabat anda sementara masih diberi peluang dariNya...=)

mohon maaf dari penulis atas segala salah dan silap.. =)







Saturday, April 24, 2010

syukur padaNya..

Alhamdulillah..syukur Ya ILahi..masih memberi aku peluang tuk trus menghirup udara di bumi ini..masih terus memberi aku kekuatan tuk berjuang di sini..

Syukran pada shbt2 yang wish on my bday...terharu sgt2..kata2 n doa antum wat ana kembali semangat..pd shbt di mesir..syukran sbb sggup kol n msg even kos yg mahal..sayang ntum semua..moga persahabatan kita diredhaiNya.. :)

Thursday, April 22, 2010

selamat ari lahir ..mak..

21 April 2010

mak..
rini genap usia mak 50 tahun..
cptnye masa berlalu..
xsangka kan mak..
dulu kita pnh berangan sama2..
mak kata..nt ble mak umo 50..qibah mesti dah msuk u..
Alhamdulillah mak..
doa mak termakbul..
anak mak dah berjaya smpai ke tahap ni..

rasa cam cpat sgt kan mak..
teringat ag dulu2..
bila ada org tempah nasi lemak..
kite tdo kat kdai..
tibe2 mlm tu ujan trun lbat..
atap blik kt kedai dh bocor..
tempat tido kte sume bsh..
tp kte gelak je kan..

qibah sian sgt kat mak..
tiap2 pg mak bgn awal..bukak kedai..
bila petang mak wt nsik lemak..
malam plak bwk n.lemak jual di asrama sekolah..
kdg2 pkul 1 or 2 pg bru mak balik...
bla naqibah dh sekolah..
qibah cuba tlg mak...
qibah xmen cam dak2 lain...
tp mak xbg.. mak soh qibah siapkn keje sekolah..
baca buku.. n main ngan kwn2..
qibah tetap lwn..
mintak maaf mak..qibah terlalu siankan mak...

ble kdai dh tutup...
mak keje kat a.star..
qibah sdey sgt sbb pisah ngan mak..
tp qibah xpenah nangis dpn mak...
tiap2 minggu qibah tgu mak balik...
bile mak balik, mak blikn adiah tuk ank2 sedara mk..
mak ckp kita kne utamakn dorg dlu...dorg ank yatim...
qibah sdey je tym tu...
tp qibah tau..mak xde duit nk bli byk2...
qibah mintak maaf mak..

pastu kte pindah kt umah ni kan mak..
1st tym qibah tgk..
umah ni senget je
tggu mase je nk roboh..
kite dok due je kn mak..
mcm2 org fitnah mak
tp mak sbr je kan
tiap2 pg mak solat hajat...
baca Quran..
tabahnya mak...

mak nk tau...
dulu qibah selalu nangis...
sbb terlalu sian kat mak...
mak berjuang sorg2 nk besarkan anak2 mak sume..
mak tido lmbat tiap2 mlm..
pg plak mak bgn awal sgt2..
masak nasi lemak..
mak mintak tlong qibah hantarkan n.lmak kt warung..
pkul 6 pg qibah dh kua g antar n.lmak...
waktu tu gelap ag mak..
qibah xberani nk kua sorg...
lalu tepi jln sorg2..
tp mak ckp..mk dh xde plhn..
klu qibah xtlg...nt n.lemak xbyk blh buat..duit kte xckup
lpas tu qibah kuatkn smgt sbb mak...
tiap2 pg qibah kua antar n.lemak..
kdg2 bile ari ujan, ada n.lemak mak yg basah..
mak xmrh qibah pun..qibah mintak maaf mak..
kdg2 qibah nangis lg...
smpai ble kte nk idup cmni mak??
qibah xnk mak sush ag..
qibah janji akn tlg mak...
tym tu mcm2 org fitnah mak kn..
qibah janji..satu ari nt org akn puji mak plak..
start tu qibah blaja btol2
qibah bgn awl sma mk..
Alhamdulillah...qibah dpt no1 tiap kali exam..
sume org dh knal mak...
mak bg smgt kat qibah...
byk sgt mak tolong..

tiap kali qibah masuk pertandingan..
mak yg jd jurulatih qibah kt umah..
mak teman qibah berlatih..
mak tempah baju utk qibah pakai tym pertandingan..
mak gubah sajak tuk qibah baca..
Alhamdulillah..qibah wawklik piala besar utk mak..
tym tu qibah nampak mak nangis bile qibah gtau dpt ke prgkt kebangsaan..
qibah ase puas sgt mak...ble nmpak air mate gembira mak.

bile djh 6..
qibah dpt 5A...
Alhamdulillah tu adiah tuk mak..
mak igt ag x??
tym hari anugerah..
qibah bc sajak..
sajak tu qibah wt sdr..khas utk mak..
dr ats pentas qibah nmpak mak nangis..
qibah usaha gak tuk abehkn sajak tu...
qibah xpndai nk tjukkn ksih syg pd mak..
melalui sjk tu qibah smpaikn..
qibah hrp mak paam...

ble qibah ngaji kt smapk..
mak g hntr...
waktu mak nk blik..mak nangis..
qibah tau..mak berat hati nk lepaskn qibah kn..
ank bongsu mak nk blaja jao..
tp mak tetap lpaskn..sbb mak tau ni impian qibah dari kecik..
qibah pun sdey..tp qibah xpnah nangis kt sne mak..
sbb qibah slalu igt ktabahn mak..
so qibah kne tabah gak..kn mak..

skang ni..
mak dh xpayah wt n.lmk cam dulu...
mak xpayah sush cm dlu..
insyaAllah ank2 mak akn tolong..
rumh kte pun dh besr sket..
berkat usaha mak kn..
sbb tu qibah berat sgt nk tglkn umah ni..
qibah mintak maaf mak..
skang qibah lom dpt ag nk balas jasa mak..
jasa mak terlalu byk..
yg qibah leh wt..
qibah nk adiahkn kejayaan kt mak..
qibah sts doakn kesihatan mak...
qibah syg mak sgt2...
even kami ade ayh...
tp mak adlh mak n ayah kami...

Terima kasih untuk segalanya mak..
qibah syg mak sgt..
Ya Allah.peliharalah ibuku..
kasihilah ibuku...
rahmatilah ibuku..

Selamat hari lahir mak..moge sts dibawah lembayung rahmatNya..







Thursday, April 15, 2010

bantulah nakhoda ini..Ya Ilahi

Sebuah bahtera di tengah lautan..
teroleng-oleng di buai ombak..
dibawa arus ke kiri dan ke kanan..
kemudian kembali semula ke tengah..
bagai kapal perang dikemudi tangkas perwira..

kadangkala...
bahtera itu dilambung ombak menggila..
hancur musnah dihempas badai..
semangat nakhoda luntur bagai dibawa arus lautan
lalu terdampar di tepi pantai..

si nakhoda tersedar..
tatkala pautan tangan
membantunya untuk berdiri..
terasa bagaikan diri hidup kembali..

Di hentian itulah..
semua bekalan dikumpul..
semangatnya bangkit semula..
meneruskan perjuangan di lautan penuh noda...
bersama bahtera taqwa...
demi mencari cinta yang Esa..

Ya Ilahi..
bantulah nakhoda ini..
untuk terus mengemudi bahtera..
merentas lautan dan benua..
hanya keranaMu..





Thursday, April 8, 2010

..::..ampuni dosaku Ya Ilahi..::..

1. Aqidah yang Sejahtera 2.Ibadah Yang Sahih 3. Akhlak yang Mantap 4. Luas Pengetahuan 5.Sihat Tubuh Badan 6.Mampu Berdikari 7.Melawan Nafsu 8.Sangat Menjaga Masa 9.Tersusun Urusannya 10.Bermanfaat Pada Orang Lain.




Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat,
sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang
senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh
tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat
atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia
dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan
orang lain.

-yang cepat mengalah,

-yang meletakkan qiamullail dan daurah dalam diari
hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara
`penting' yang lain.

-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh
mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut
sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di
jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa
berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat,
mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak
nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa
tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya
tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang
berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan
orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak
beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja,
keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan
tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus
berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan
anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

"Amanah ini bukan hak milik, tetapi anugerah daripadaNya"

dikongsi dari blog: http://www.everjihad.blogspot.com/

MasyaAllah...
pabila diri ini dihitung...

bibir ini sering menuturkan
"saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih.."
tiap kali amanah menuntut janji
Adakah ini petanda aku terlalu manja?

Ya Allah,
tabahkann hati hamba-Mu.

Ya Illahi..
tetapkan hatiku dijalanMu..
ampunkanlah dosa-dosaku..

Sunday, March 14, 2010

..::..bila diri terlalu SIBUK..::..

dipetik dari blog ukhti...www.nurulfarhanahferdos.blogspot.com

aku benar-benar merinduiMu tuhan..

tatkala diri terlalu sibuk dengan urusan dunia,
terasa hatiku makin jauh denganMu...
aku merindui kesunyian itu..
aku merindui ketenangan itu..
aku merindui tangisan itu..

mahu lari jauh ke sudut dunia...
kalau itu yang aku mampu..
mahu hati ini hanya bersatu denganMu..
yang memahami tiap lintasan dalam jiwa dan rasa..
mahu airmata ini guur kerana rindu padaMu...

terkadang tidak mampu menanggung rasa...
hanya kerana rasa RINDU itu membuatkan jiwaku sesak ya tuhan...
apakah ada jalan, agar rindu ini beransur tenang...
apakah ada cara, agar cinta ini tidak lagi memeritkan...

keresahan ini hanya kerana rindu ini tidak aku luahkan...
aku rindu untuk berada dalam belaian kasihMu..
aku rindu untuk berdua-duaan denganMu..
aku rindu untuk mengalirkan airmata saat aku mendongak ke awan milikMu..

aku mahu berbaring, menatap langit biru, mendengar alunan sungai, melihat kehijauan bumi..
kemudian menutup mata setelah aku yakin, redha dan kasihMu hanya milikku seorang..

mampukah aku?

biar aku menanggung rasa.. di balik senyuman...
biar aku lelah.. di balik ketenangan..
biar aku tersinggung.. di balik redupan mata..
biar tiada yang mengerti jiwa ragaku..

cuma satu ya rabbi, yang aku gila-gilakan..cintaMu saat aku menutu mata nanti..
izinkan Ya Allah... untuk hamba yang kerdil lagi hina ini terus mendamba cinta agungMu..




Friday, February 26, 2010

.::Salam Maulidur Rasul::.

Pernah suatu ketika, sedang Rasulullah berkumpul didalam sebuah majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba, BERGENANG AIR MATA Baginda s.a.w. Apabila ditanya oleh Saidina Abu Bakar, Baginda menjawab bahawa dirinya terlalu MERINDUI IKHWANnya.
Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah,
"bukankah kami ini ikhwanmu?"
Rasululah menjawab,
"Tidak, kamu semua adalah sahabatku. Ikhwanku adalah UMATKU YANG BELUM PERNAH MELIHATKU TETAPI MEREKA BERIMAN DAN SANGAT MENYINTAIKU. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."
Sahabatku...
KITAKAH IKHWAN ITU???
Muhasabahlah andai kita tidak pernah menitis walau setitik AIR MATA kerinduan dan kecintaan pada Baginda s.a.w....
SALAM MAULIDUR RASUL...
p/s: pada sume sahabat2 yg dkasihi..ana pohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang persahabatan ini. Syukran atas segala jasa baik antum yg sudi membaca dan memberi smgt utk trus berjuang. Harap antum dpt doakan ana n shbt2 prelaw yg lain dalam menempuhi minggu final exam pada mggu 8-14 Mac 2010. Moga antum sentiasa di bawah lembayung rahmat Ilahi. Syukran kathir :)

Tuesday, February 23, 2010

IZINKAN AKU MENCINTAIMU


Tuhanku,
Aku masih ingat,
Saat pertama dulu aku belajar mencintai-Mu
Tarbiyyah demi tarbiyyah kuterima,
untai demi untai kalimah para ustaz kuresapi,
Tentang cinta para nabi,
tentang kasih para sahabat,
tentang muhabbah para solehin,
tentang kerinduan para syuhada....
Lalu kutanam di dalam jiwa,
kutumbuhkan dalam mimpi idealisme yang mengawang di awan.


Tapi Tuhanku....
Berbilang hari demi hari
tahun demi tahun berlalu,
aku masih juga tidak menemukan
cinta tertinggi untuk-Mu,
aku makin merasakan
gelisahku memadai dalam cita yang mengawang,
sedang kakiku mengambang,
hingga aku terhempas dalam jurang dan kegelapan.

Allahu Rahiim...
Illahi Robbii...

perkenanlah aku
mencintai-Mu semampuku....
Dengan segala kelemahanku.

Ilaahi...
aku tak mampu mencintai-Mu
seperti para syuhada,
yang menjual dirinya demi jihad untuk-Mu....
maka pekenankanlah aku mencintai-Mu
dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan
untuk dakwah-Mu,
dengan sedikit pengajaran
bagi tumbuhnya generasi baru...

Allah Ya KAriim...
Aku tak mampu mencintai-Mu di atas segalanya,
atas segala kelemahanku,
ampunilah daku Tuhan...
Maka dengan itu...
izinkanlah aku mencintai-Mu
dengan mencintai keluargaku..
membawa mereka pada nikmatnya hidayah dalam naungan Islam,
manisnya iman dan ketabahan..
dengan mencintai sahabat-sahabatku,
mengajak mereka untuk lebih mengenal-Mu,
dengan mencintai manusia dan alam semesta...

Perkenankanlah aku mencintai-Mu
semampuku, Ya Allah...


Agar cinta itu sentiasa mengalun dalam jiwaku...
Agar cinta itu sentiasa mengalir di sepanjang urat nadiku...
Agar cinta itu sentiasa mekar dalam lubuk sanubariku....


Oleh: Azimah Rahayu
Buku: Hari Ini Aku Makin Cantik

Monday, February 1, 2010

uniknye idup ni kann...=p

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan kalimah suci ini ku memulakan kembali bait-bait kata dalam halaman elektronik ini. Hampir sebulan lmenye menyepikan diri daripada internet.hehe atas sebab2 tertentu seperti...laptop anto bengkel..program2 kampus yang perlukan penglibatanku..serta assignment yang bertimbun2..huhu nampak mcm bz sgt2 tp Alhamdulillah...ade org lain yg lbih bz dpd diri ini.. post kali ni mgkn xgunakan ayat skema...mengharapkan suasana 'santai' pada pembaca yang sudi membaca...fuiyo..hehe

Sepanjang aku menyepikan diri, pelbagai evaluation telah dilakukan dalam melalui kehidupan seharian. Fuh, dunia ini memang banyak mehnah dan tribulasinya. Hebatkan Allah, janjiNya pasti dikotakan...

" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupanNya " (AL Baqarah-286)

Daripada kampus hinggalah ke rumah...dan sepanjang perjalananku pelbagai observation dan penilaian telah ku lakukan.. mungkin secara spesifiknya aku telah menggunakan kaedah Naturalistic Observations iaitu melakukan observations tanpa disedari oleh pihak yg d'observe..

Melihat kepada environment kampus membuatkan aku rindu pada suasana bi'ah Islamiyah yang telah diterapkan di jiwaku. Aku pasti, rata-rata kita merindui suasana Islam yang damai dan tenang. Mata kita seringkali sakit pabila melihat maksiat yang dilakukan terang-terangan tanpa segan silu. Mungkin produk "Permata Hijrah" yang seringkali diiklankan di dada akhbar boleh digunakan untuk merawat mata yang sakit dan bermasalah, tetapi produk apakah yang perlu kita gunakan untuk mengubat mata yang sakit akibat daripada masalah2 yang ditimbulkan oleh insan2 yang kurang ilmu agamanya, yang buat2 lupa tentang ilmu yang ada, yang berpura-pura menjadi jahil, dan yang sememangnya jahil??? ayuh...gunakan akal kita untuk berfikir...gunakan hati kita untuk menilai..gunakan mata kita untuk membandingkan..gunakan anggota kita untuk mencegah dan menjaga... gunakan ilmu kita untuk menggerakkan segalanya...kerna...apabila kita ditempatkan di sesuatu kawasan..kita punya tanggungjawab yang sedia ada untuk dijalankan sementara masih diberi tempoh olehNya..

"KITA PERLU MENGUBAH PERSEKITARAN, BUKAN PERSEKITARAN YANG MENGUBAH DIRI KITA " kata-kata pujangga KU SMAPK 2006 yang ku jadikan sebagai penguat diri yang seringkali alpa dan leka dalam nikmat dunia.
"Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada yang mungkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung" -Ali Imran :104
Tatkala kaki melangkah di hentian bas, mataku terpana memandang gelagat manusia. Pelbagai kaum dan bangsa. 1 Malaysia tapi bukan satu Aqidah dan juga bukan sefikrah. Seorang wanita muda berbangsa India memimpin tangan ibunya yang sudah uzur ketika berjalan dengan penuh kesabaran. Bibirnya menguntum senyuman tatkala terpandang pada mata-mata yang sedang menyaksikan tingkah laku mereka. Hatiku terdetik, em lebih Indah senyuman itu jika hatinya diisi dengan Islam. Dalam masa yang sama, seorang nyonya sedang sibuk mengagihkan barang yang dibeli ke dalam plastik agar mudah dibawa. Mungkin preparation untuk menyambut Tahun Baru Cina. Bersama payung yang dikepit di bawah tangannya yang kadangkala hujung payung itu mencuit tubuh insan yang lalu ditepinya. Lucu rasanya pabila teringat arguement yg ditimbulkan oleh sahabatku.."nape ye warga emas India sentiasa bwk towel yang disangkut di bahu dan warga emas cina sntiasa bawak payung???" bila observations di buat...hurm..btoi gak pe yg kwn aku ckp tuh... hahaha...xpnh plak aku sedar...npknye obsrvation dia lbih power dpd aku..hehe

ketika di dalam bas..kelihatan seorang mak cik 40 an sedang mencari tempat kosong untuk melabuhkan punggungnya. Aku segera memberi ruang padanya untuk duduk disebelahku. Friendly sgguh m.cik ni.. mcm2 soalan diajukan kpdku..dpd keluarga, sekolah hinggalah hatiku...mgkin sikapku yang juga suka bergaul dgn makcik2 menyebabkan aku mudah mesra dgnnya. jwpn yang dijawab pun perlu ditapis...maklumlah org yg kite xknal kan...walaupun perempuan knela sts berjaga-jaga slebihnya serahkan pd Allah...hanya Dia yg mampu menjaga kita sebaiknya. Makcik tu pun turut menceritakan kisah hidupnya..anak-anaknya..kerjaya lamanya..haih..rindu lak kat mak..padahal baru je balik kg..hehehe..dalam ceritanya diselitkan sekali tentang perbuatan manusia yang bersifat dengki, makhluk2 Allah yang berbeza alam(hantu) dan xlupa gak minyak wangi yang dijualnya.huhu..kata-katanya ada kalanya membuatku kurang selesa..namun hatinya perlu dijaga...senyuman manis kuhadiahkan padanya.mengiakan setiap kata-katanya..dan akhirnya aku membalas kata-katanya.." xpela makcik...tu sume dugaan Allah..tande Allah syg pd kite...berusahalah untuk mendekatkan diri kite pdNya...sbb Die je yg blh tlg kite...InsyaAllah kite sme2 doa ea m.cik , moga depa akn dpt blsn dpd Allah".. mgkn hatinya terkesan dgn kata-kataku..membuatkan dia terdiam..dia bertanyakan semula siapa ibuku...jawabku...ibuku hanya insan biasa yg punya kekuatan yang luar biasa..dia tersenyum...sebelum berakhir penemuan kami butir2 bicara ini sentiasa ku ingat.."sampaikan salam pada mak ea..pasti cantik peribadi ibumu, kerna hasilnya ada pada dirimu " seulas senyuman dihadiahkan padaku..kata-katanya memberi kesan yang mendalam pada diriku.."insyaAllah mak cik..ibu saya adalah kekuatan saya..saya hanya insan biasa mak cik...tp sy sentiasa berusaha utk menjadi luar biasa...mak cik tlg doakn ea.."berakhirlah penemuan kami dengan salaman mesra seprti seorang anak dan ibunya..dalam dirinya ku melihat kecekalan hatinya untuk mencari wang demi menyara anak-anaknya...menjual minyak wangi ke merata tempat dengan status dirinya sebagai ibu tunggal. Situasinya sama dengan ibuku...Subhanallah..hebatnye Allah...menghadiahkan hati2 yang cekal dan tabah pada seorang wanita demi membesarkan anak2nya.
Setibanya aku di rumah..mak menyambut mesra dengan senyuman dan kata2 yang seringkali membuatkan aku tergelak sendiri. Itulah mak..sentiasa membuat anaknya ceria walupun tika berduka..Alhamdulillah, syukur padaNya yg mengurniakan aku ibu yang begitu hebat dan sentiasa bersamaku sehingga kini. ketika kami sedang menyibukkan diri untuk bertukar2 cerita, mk mengutarakan hasratnya untuk menjual pulut sambal pada esok hari. Aku dan akk tidak bersetuju. Alasannya kami kasihan melihat emak perlu bgn seawl 3 pg semata2 untuk menyediakan barang menjual seprti ketika mk membuat nasi lemak untuk diletakkan di warung2. Ketika itu hidup kami masih merangkak2...tp kini ckupla hanya kami yg berusaha untuk mencari rezeki..dah tiba waktu untuk mk berehat. tp mak tetap berkeras untuk menjual..mgkn kerna minatnya dlm bisness dan minat tu jg yg telah meresap dalam jiwa kami ank2nya...hebatkan Allah...mak tpaksa bhenti bersekolah ketika di tahun satu kerna perlu mnjg adik2nya yg msih kecil slps ayh dan ibunya pulang ke Rahmatullah. dpd buku sekolah adik2nya emak belajar membaca dan mengira di rumah. Subhanallah..matematik mak jauh lebih cekap dpd aku. Kadang2 aku malu pada mak...aku yg dh diberikan segala kemudahan masih lom mampu utk skor sebaiknya dlm exam..itula manusia kan..cpt leka bila diberi nikmat...
esoknya kami sume bgn awal...tlg mak siapkan pulut utk dijual..kebetulan pula hari ni tok guru mengajar di pondok...blh juga wat keja 2in1..smbil menjual smbil mendgr kuliah agame...tp mgkn kebanyakannya adalah warga emas yg datang untuk mendgr kuliah agame..hanya 8 bgkus yg mampu djual drpd 45 bgkus...tpncar kekecewaan dwajah emak..em sdeynye..xpela..skurang2nya kita dpt ilmu pg ni...kata mak..em..tbhnya emak..dlm mse yg sme sdey gak melihat situasi di pondok ni..rata2nya warga emas yg hadir untuk menuntut ilmu agama...mana pemuda pemudinya???termasuk diriku...hurm..same2la kte pkir dan lakukan sesuatu...

Bila direnung kembali, itulah kuasa Allah...mengatur hidup kita sebaiknya..punya hikmah yg tersendiri..segalanya telah dijanjikan olehNya..sama2lah kita muhasabah diri..berusaha untuk mendekatkan diri padaNya...disamping menjalankan amanah yg telah diberikan kepada kita selaku khalifah di muka bumi ini...moga Allah tetapkan hati kita dijalanNya..moga kita sentiasa d dalam 1saff demi menegakkan addinNya..insyaAllah..aminn


p/s: Maaf andai ade salah dan silap...post ni mgkin tiada menariknya...sekadar perkongsian pengalaman yg blh dijadikan peringatan...

Thursday, December 3, 2009

rindunye zaman sekolah...=p


Assalamualaikum....salam saiyyidul ayyam...

rindu lg....haha..saper2 yg bc blog ni msti kater.."borgnye...asyk rindu jer..."
hahaha...xpe..post yg ni antum xyah bc pun xpe..memang xpenting..saje je nk ilangkan tensen sket..santai2kan minda..hehe


sajeje td....ngah wat imbas muke..bukan tgk muke kat cermin..tapi igt balik kenangan2 yg lame...zaman sekolah dlu...hehe..padahal baru setaun kuar skolah...ase cam dh lme lak...kan kwn2??asenye..sume dak smapk pun akn ckp cm2...

asenye klu tnye sape pun yg pnah alami alam asrama di sekolah..msti akn ckp zman yg pling bez adlh zman skolah..kan3??nape ye???ntahla...myb sbb skolah adlh platform ptame kite tuk knal dunia luar kan....mgkinlaa...

klu tnye dak2 pp..ape yg pling bez dlm pp???mgkn de y jwb...bile wat jamuan..bile g bli brg2 tuk adiah cgu2...bile kne incharge sesuatu majlis...tp mgkin gak ade yg jwb...bile kite kne mrh ngan cgu reza..cgu dahlia..n cgu2 yg lain secara beramai2..hehe..memori2..sume tu yg mematangkan kite kn...



tnye dak2 klas musyie...ape yg bez spjang skolah dlu??sape nk jawab??msti de yg jwb..tym kite smbut bday cgu2...tym smbut bday ustzh hasnah n ...... hehe..memg bez...or yg pling bez...kite g rayer n msk2 kat umah ustaz bakru...





klu tnye dak aspuri..ape yg bez???ape ye???bile kne mrh ngan warden ke???ke kne mrh ngan pku??haha mrh2 pun syg tau...xpun..bile xde spotcheck kat asrama..haha.bile sume student bebs tuk kuar masuk n bwk pe je kat asrama...of course tym spm kan...sempat gak kite panjat bukit blakang skolah tu kan...


klu tnye naqib/naqibah..pe yg bez spjg kite wt keje???mgkn...bile stp program dpt sokongan dpt cgu2...n mgkn gakk...bile byk progrm kite dhalang oleh pentdbir n kite dberi ujian yg berat tuk kita lbih kuat....insyaAllah...usaha kita akan berhasil..sesungguhnya Allah xpandang pada hasil tetapi Allah pandang pd usaha yg dah kite wat....tahniah sahabat2..




tp...bila ditnya pda aspura...ape yg bez...mgkin dorg akan jwb...cgu reza...ustaz wan noh...ustaz wan akasyah...cgu muaidi...n mgkin....ustaz muhammad...yeker??mgkin....



dan akhirnya...bila ditanya pada graduation2 smapk0408....ape yg bez???ukhwah...ukhwah...ukhwah...hanya satu jawapan...

kenapa itu jawapan kite???


sbbnye...disana kite dihubungkan dgn satu ikatan..ukhwah itu ibarat benang putih yg halus dan tidak nampak dimata...namun kita dapat merasainya...pelbagai ujian kita lalui bersama...xkan dibiarkan berseorangan...di sana kita diesedarkan dgn erti persahabatan...erti kasih sayang antara sahabat...adik2...guru2...ibarat sebuah keluarga yg besar...dan semakin membesar...
Subhanallah..hebat kan Allah...diciptakan kita dengan pelbagai perbezaan..tetapi apabila dikumpulkan di dalam satu lingkaran ukhwah..semuanya saling melengkapi...saling memahami dan menyayangi...disana bumi tarbiyah kita...membimbing kita menjadi seorang insan...

tika didalam...kita meronta2 agar dibebaskan.tapi tika mana kaki ini telah melangkah keluar...kita pinta agar kaki ini diikat semula...kerna disini..kita keseorangan..walaupun punya teman yg ramai..tetap tidak akan sama seperti seorang sahabat disana...



ukhwah itu makin dirasa apabila kita semua berjauhan....kan3??bile terdetik je ase rindu..masing2 akan kol..msg2 menyerbu inbox...smpai xckup space...tym rayer memg bz..bz nk membalas msg..hehe..ish2...walaupun jauh di seberang laut..ym..skype menghubungkan kiter...klu nk save duitla...tp ade gak yg antar msg n kol walaupun kdtnye byk yg melayang...xpe..duit blh dicari..sahabat sejati mane nk cari??bukn setakat sahabat2je...msg2 dpd cgu2 pun menerpa inbox...banyak...sesi sakat menyakat makin menjadi..masing2 tersenyum sendiri...itulah cikgu2 kite...sts wt kite hepi...rindunyerrr....




tapi...skang ni...kita tetap perlu mengemudi bahtera ini dengan tangkas...bumi tarbiyah itu telah mengajar kita banyak teori...segalanya tersemat di jiwa...dan sekarang..adalah masa untuk kita memprektiskannya..ayuh..kita perlu mengemudi bahtera ini sebaiknya...gunakan ilmu2 yg telah diberi dan yg akn diberi... Moge Allah merahmati dan meredhai ukhwah ini...
Cikgu2 kirim salam pada semua sahabat2...soalannya..sameje....bile ag nk g jenguk cikgu di sane???rindu katernyerr....hehe

Tuesday, December 1, 2009

::QURANIC LAW OF ATTRACTION::


Bismillahirrahmanirrahim....

Terdetik di hati untuk berkongsi bersama sahabat pembaca tentang isi sebuah buku yang baru separuh bacaanku...buku ini dibeli bersama sahabatku pada 20/11/09..pada hari yang meninggalkan kenangan yg berlaku akibat daripada kejahilan diri sendiri...dan buku ini adalah pengubatnya..syukran Ya Ilahi kerana menggerakkan hatiku untuk membeli buku yang berjudul QURANIC LAW OF ATTRACTION tulisan Rusdin S. Rauf...mgkin juga disebabkan aku adalah pelajar perundangan menyebabkan aku mudah tertarik dengan perkataan LAW yg jelas kelihatan pada cover buku ini...

QURANIC LAW OF ATTRACTION (hukum tarikan berasaskan Al-Quran). Pelbagai persoalan bermain dlm fikiran kita. Betulkah Al-Quran ada membincangkan persoalan Hukum Tarikan??

Jika ada, apakah ayat-ayat yang menyokong hukum ini?? Bagaimana kita dapat menggunakan Quran dengan berkesan supaya kita dapat menemui kebahagiaan dan kejayaan??

Kadang2 kita merasakan Quran tidak mempunyai kesan luar biasa pada kehidupan orang. Buktinya, sebanyak mana pun kita membaca Quran, kehidupan kita tidak mengalami perubahan yang ketara. Inilah segala persoalan yang bermain didalam fikiran kita.

Segala persoalan terungkai Boldapabila segala isi buku ini telah hampir semua ku hadam,peristiwa2 yang dialami dalam kehidupan ini sesuai dengan hukum-hukum Allah yang termaktub di dalam AlQuran. Contohnya, sekiranya saya memburuk-burukkan orang lain, saya tentu mendapat balasan daripada Allah dengan diburuk-burukkan oleh orang lain pula.

Berkaitan Hukum Tarikan, Quran membincangkan Hukum Tarikan dengan jelas. Berdasarkan Surah Az-Zalzalah ayat 7 hingga 8:

" Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya."

Ayat di atas menambah keyakinan kita yang Hukum Tarikan wujud sejak Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Mari kita renung, selami ayat dan hayati maksud ayat ini, kebaikan dibalas dengan kebaikan, kejahatan dibalas dengan kejahatan. Allah mengingatkan kita supaya sentiasa berfikiran positif(kebaikan) dan memancarkan kebaikan itu kepada orang di sekeliling kita. Akibatnya, orang disekeliling kita atau alam semesta akan membalas kebaikan kepada kita.

Allah menggalakkan kita supaya berlumba-lumba menabur kebaikan (fastabiqul-khairat) dan Allah melarang kita berbuat kekasaran (sayyiat) dan kerosakan (fasad). Malah, kita juga perlu bersikap baik pada orang yang berbuat jahat pada kita. Contohnya, kita dituntut melawan kejahatan 'dengan cara yang baik' (Surah Al- Mukminun ayat 97 dan Surah Fussilat ayat 34), berbincang 'dengan cara baik' (Surah An-Nahl ayat 125). Dalam setiap detik kehidupan, kita disuruh memancarkan cahaya kebaikan dan getaran kebajikan di alam semesta.

Dalam ayat lain, Allah menegaskan manusia mesti meyakini kewujudan Hukum Tarikan dalam kehidupan ini. Menarik bukan? subhanallah!! Mari kita perhatikan betul2 dalam AlQuran terdapat ayat yang bermaksud:

"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekinya. Dan hanya kepadanyalah kamu (kembali selepas) dibangkitkan." (Surah Al-Mulk ayat 15)

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang danugerahkan oleh Tuhan kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Tuhan berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu brbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya, Tuhan tidak menyukai orang berbuat kerosakan." (Surah Al-Qashah ayat 77)

Di manakah Hukum Tarikan dalam kedua2 ayat di atas?? Mari kita selami dan fahami.

Perhatikan potongan ayat yang berbunyi, dialah yang menjadikan bumi bagi kamu yang mudah dijelajahi. Kenyataan Allah itu dimulakan dengan fikiran positif. Allah memberi keyakinan kepada kita yang hidup ini mudah. Kita tidak perlu berfikir mengenai kesusahan dalam hidup. Kita mesti yakin yang kehidupan ini mudah. Dengan pernyataan itu, getaran positif erpancar ke alam sekitar.

Kemudian, Allah menyambungkan ayat2 Quran, Jelajahilah! Maksudnya, kita diperintahkan berusaha dengan penuh semangat atau dengan penuh keceriaan iaitu kita yakin yang hidup ini adalah mudah. Apabila kita mengaktifkan hasrat atau rasa ceria ketika berusaha mencari rezeki, bermakna kita mengizinkan kelimpahan rezeki memasuki hidup kita. Ini sesuai dengan Hukum Tarikan.

Sesudah kita berusaha sedaya upaya, Allah menutup ayat itu dengan sikap pasrah atau berserah kepadaNya (tawakkal). Kita semakin yakin mendapat banyak rezeki dalam hidup. Mungkin hari ini kita masih belum mendapat rezeki seperi yang diharapkan. Namun, kita pasrah kepadaNya dan percaya Dia terus memberi kita rezeki dalam hidup. Kita hanya perlu yakin, berfikiran positif, berusaha dan berserah kepada Allah. Apabila tiba masanya, kita pasti mendapat kekayaan nikmat. Malah kita juga akan menjadi lebih berbahagia dengan kekayaan itu.

Perhatikan ayat berikut:

" berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi ini." jelas bukan?? Ada hubungan di antara sebab dan akibat, kebaikan dibalas kebaikan. Daripada petikan itu, jelas ayat ini menguatkan kewujudan Hukum Tarikan alam semesta ini.




Oleh sebab itu, tidak hairan apabila seluruh kehidupan kita tergambar di dalam AlQuran. Kita hanya perlu tahu cara menemukan kehidupan itu dalam AlQuran. Persoalannya sejauh mana kita telah mendalami kitab suci ini??adakah hanya membacanya pada setiap malam jumaat..semata-mata untuk membaca Surah Yasin tanpa memahami dan menghayati maksudnya?? atau sekadar disimpan di atas almari atau di tempat2 yg tinggi sebagai memuliakannya tetapi tidak diusik dan tidak membacanya??

Sesungguhnya, Quran memberi banyak maklumat mengenai bagaimana kita dapat meraih kebahagiaan dan kejayaan hidup. Quran bukan sekadar kata-kata kosong sahaja. Malah, ia adalah ayat2 suci daripada Yang Maha Esa sebagai panduan hidup. Jelas, segalanya terbukti tertulis didalam kitab suci ini.

Apabila kita suntik tenaga AlQuran ke dalam jiwa, InsyaAllah semua masalah dalam hidup ini pasti mempunyai jalan keluar. Kita dapat menhadapi hidup ini dengan lebih mudah. Ketika diri brhadapan dngan kesulitan, dekatkanlah diri dgn AlQuran, insyaAllah. kita pasti akan dapat jalan utk keluar dpdnya. Pesanan Allah jelas, iaitu bertakwalah nescaya kita mendapat penyelesaian hidup!

Namun, satu persoalan yang masih belum terungkai...SEJAUH MANAKAH KITA MENGENALI ALQURAN???tepuk dada tanyalah iman..

InsyaAllah, dalam post yg seterusnya sy akan merungkaikan persoaln ini satu persatu berdasarkan buku ini. Moga segala yang dikongsi ini bermanfaat untuk kalian. Maaf atas salah dan silap yg dilakukan akibat kejahilan dir ini. Selamat membaca :P