kalamullah

Monday, June 29, 2009

Kelebihan Bulan REJAB

Alhamdulillah ramai sahabat2 yg berpuasa pd hari ini... berpuasa di bulan Allah ni byk ganjarannya... ana yakin rmai y xtau tntg klbihan bulan Allah ini...(termasukla hamba yg kerdil ini huhu ).
setelah menyedari kurgnye ilmu dlm diri tntang bulan yg mulia ni..ana berusaha tuk cari bku yg berkaitan ilmu y ingin ku ketahui ni.. Disebabkan plan tuk trip ke tjung dawai ngan geng2 klas xjadi..akhirnya ana n sahabat2 mengubah laluan ke cs... Sahabat2ku punya agenda tersendiri di tgkat teratas cs..n ana y kurg berminat tuk menyertai agenda mereka trus menghayunkan kaki utk meneruskan misiku yg utama..yea...POPULAR satu2nye kdai bku di cs..haha
selama hampir sejam membiarkan diriku dkelilingi buku terase cam nk angkut sume buku bwk blik...sbb semakinku belek bku2 ilmiah kat situ..semakin byk ilmu y xku tau...MasyaAllah..ilmuMu xterbatas luasnya....byk lg bnde y kite xtau... tp apakan daya kedai buku tu bukan milikku..huhu.. terpaksa kumemilih buku2 y berkenan di hati.. n y plg pnting dpt capai misiku.. hehe... akhirnye ku berkorban duit tuk membeli 3 buah buku y punya ilmu lg berharga dpd nilai duit y dibelanjakan...
  1. Kelebihan & Amalan Di Bulan Rejab, Syaaban & Ramadhan. (terbitan AlHidayah)
  2. Jangan Bersedih..Jadilah Wanita Yg Paling Bahagia.(tulisan Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni)
  3. Grammar Practise..aeiou.

haha saje je wat karangan ringkas nk freshkan otak b4 smbung smule klas csc kul 4 nt...so di sini sdikit ilmu yg dpt kite kongsi bersame hasil pembacaan buku yg pertama...

***********************************************************************************

Sabda Rasulullah s.a.w:

" Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah yang agung. Kemuliaan dan kelebihannya tidak dapat disaingi oleh bulan lain. Pada bulan ini diharamkan berperang dengan org kafir. Adapun Syaaban, maka itu adalah bulanku, sedangkan Ramadhan adalah bulan umatku. Maka sesiapa berpuasa sehari sahaja pada bulan Rejab, dia akan mendapat keredhaan Allah yang sangat besar dan jauh daripada kemurkaan-Nya serta tertutup baginya salah satu pintu neraka."

Imam Musa bin Ja'far a.s. berkata,

" sesiapa berpuasa sehari sahaja pada bulan Rejab, dia akan dijauhkan dari neraka selama satu tahun. Sesiapa berpuasa tiga hari, dia berhak mendapat syurga."

"Rejab adalah sungai yang berada di syurga, warnanya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis daripada madu. Sesiapa berpuasa sehari sahaja pada bulan Rejab, Allah akan menuangkan air dari sungai tersebut kepadanya."

Berikut adalah beberapa riwayat yg brkenaan bulan Rejab:

Imam Shadiq a.s. berkata, " Rasulullah s.a.w bersabda, " Rejab adalah bulan keampunan bagi umatku, maka perbanyakkanlah beristighfar pada bulan ini kerana Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jolokan bulan Rejab adalah Al-Ashab (melimpah) kerana pada bulan ini rahmat dilimpahkan kepada umatku. Oleh itu, perbanyakkanlah mengucapkan," Aku memohon ampun kepada Allah dan aku bertaubat kepadaNya".

Diriwayatkan dpd Ibn Babawaih dgn sanad yg muktabar dpd Salim yg berkata:

" Aku pergi menemui Imam Shadiq a.s. pada bulan Rejab, yang telah berlalu beberapa hari. Ketika memandangku, dia berkata kepadaku, "Wahai Salim, adakah kau telah berpuasa pada bulan ini?" " Belum, wahai Imam Shadiq," jawabku. Dia pun berkata "Engkau telah kehilangan pahala yang tiada sesiapa pun tahu nilainya melainkan Allah s.w.t. Sesungguhnya bulan ini telah diutamakan dan diagungkan kemuliaannya oleh Allah dan telah dipastikan kemuliaan bagi yang berpuasa dalam bulan ini." Aku berkata, "Wahai Imam Shadiq, jika aku berpuasa pada hari yang seterusnya, adakah aku boleh mendapat sebahagian dpd ganjaran puasa seluruh bulan ini?" Dia menjawab, " Wahai Salim, sesiapa berpuasa sehari sahaja pada akhir bulan ini, dia diringankan dpd kepedihan sakaratul maut dan azab kubur. Sesiapa berpuasa dua hari pada akhir bulan ini, dia dibolehkan supaya tidak melalui sirath. Sesiapa berpuasa tiga hari pada akhir bulan ini, dia tehindar dpd kesusahan hari akhirat dan dijauhkan dpd api neraka."

MasyaAllah sungguh byk ganjarannya ats perkara yg mudah utk kita lakukan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ayuh sahabat2 kite sme2 merebut ganjaran di akhirat. lakukanlah segala ibadah hanya keranaNya...moge segala amalan kita diterima olehNya...amin Ya Rabb..

Wallahu'alam..

p/s:harap dpt tgur if ada salah n silap.

Friday, June 26, 2009

>>kalam mujahidah<<

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”



Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”


Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.


Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mak dan ayah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.




”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)


Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatankepada tuntutan agama yang kucintai.

Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,



" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)


Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”(An Nisaa’ : 1)


" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)


Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.




Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.



“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”




Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.




Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.



.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

Thursday, June 25, 2009

..::..nukilan buat "ADAM"..::.


Adam,mengertilah...

Hawa bukanlah insan yg kuat..

bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..

tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...

tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..


Adam,mengertilah...

sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..

agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...

telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..

Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..

perfume, make up, perhiasan...

telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..

namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa yg serba kekurangan ini..


Adam,mengertilah...

Hawa ini berjiwa lembut...

sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...

Hawa tau permintaan Adam tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...

namun, Hawa lemah...

Hawa takut zina hati...


Adam,mengertilah...

setiap kali 'sms' diterima..

Hawa keliru...

ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..

tapi Hawa akur tuntutan sahabat...

Hawa tewas...

Hawa reply juga...

mengenangkan Adam adalah sahabat....


Adam,mengertilah...

setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..

mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..

memudahkan perjalanan hidup Adam..

jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..


Adam,mengertilah...

Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..

namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...

tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..

cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..

jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..

kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...


Adam,mengertilah...

Hanya ini yang Hawa pinta...

Hawa bukan sehebat Ummul Mukminin...

Hawa hanya insan biasa yang punya banyak kekurangan...

hati Hawa hanya untuk Ilahi...

dan hanya Adam yang mencintai "Si Pencipta cinta"

yg dapat memiliki hati Hawa...


mengertilah...duhai Adam..

Monday, June 22, 2009

..::hikmah SUJUD::..


Subhanallah....byk hikmah2 sujud yg kita xtau...

Subhanallah...byknye hikmah yg tersirat disebalik SUJUD....




  • Membetulkan kedudukan buah pinggang yg terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

  • melegakan sakit hernia.(burut)

  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

  • Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

  • Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

  • Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

  • Meringankan bahagian pelvis.

  • Memberi dorongan supaya mudah tidur.

  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

  • Pergerakan otot menjadi lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

  • Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

  • Mengurangkan kegemukan.

  • Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.

  • Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

  • Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

sumber:Al Islam (Julai 09)

Sunday, June 21, 2009

cinta??

Mencintai = Melindungi




Saya tidak ingin berbicara akan definisi cinta. Anda semua boleh mentafsirkan dan mentakwilkannya mengikut kata hati masing-masing. Jika anda masih tidak tahu apakah ia, rujuklah kitabullah dan tafsirannya. Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan di dalam tulisannya, Al-Islam wal-Hubb (Islam and Love) sudah menerangkan dengan seberapa perinci tentang peri perkara ini. Menurut Syeikh Atiyyah Saqr, cinta itu suci. Cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat atau aksi yang kotor, dan ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syarak, serta diiringi dengan cinta yang diredhai-Nya.


Tapi adakah kita tahu apa yang tersirat di sebalik citra ini?


Berfirman Allah di dalam kitab agung-Nya: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahriim: 6)


Di sebalik cinta itu terpalit suatu tanggungjawab yang amat besar. Cinta bukan sekadar suatu perasaan, bahkan, lebih besar, ia merupakan suatu bebanan yang hanya segelintir orang menyedarinya. Mereka yang tahu akan hakikat ini, cinta mereka adalah sangat kukuh dan ampuh. Mereka tidak memikul bebanan ini kerana keterpaksaan, bahkan merasakan ia adalah amanah daripada Yang Maha Tinggi.


Berbeza dengan mereka yang mencintai kerana nafsu, orang-orang yang menyedari bahawa 'mencintai adalah melindungi', punyai keberanian yang tinggi, semangat juang yang tidak mudah patah, azam yang kuat dan tidak terkalahkan, serta sanggup melakukan apa sahaja untuk apa yang mereka dambakan.


Ambil contoh paling mudah. Rasullah SAW mencintai umat baginda. Andailah tiada perasaan cinta di hati baginda, adakah anda mampu membayangkan bagaimana keadaan umat Islam hari ini? Kerana cinta kepada Islam dan cinta baginda kepada ummat, baginda sanggup berjuang redahi lautan keperitan dan kepayahan untuk mempertahankan Islam. Sedang di waktu tibanya baginda kembali ke sisi-Nya, baginda masih lagi terfikirkan akan umatnya, dan tika merasakan sakitnya akan nyawa ditarik dari badan, baginda berkata: Timpakan saja semua seksa ini kepadaku, jangan kepada umatku. Contoh agung yang kekal sepanjang zaman.


Adakah mungkin di zaman ini terdapat jiwa-jiwa yang mempunyai cinta seampuh nilai cinta Nabi kepada umatnya? Benarlah sabdanya yang mengatakan umat Islam sekarang hanya bagai buih di lautan. Percayalah. Mencintai adalah melindungi. Mencintai Allah dan rasul-Nya bermakna melindungi Islam juga Quran serta sunnah tinggalan baginda. Mencintai keluarga pula bermaksud melindungi mereka daripada dilontarkan ke Neraka. Bagaimana kita? Adakah kita sudah bersedia untuk cinta?

rindunyer.....

there are tree types of government...bla...bla...bla....
tatkala mdm. Sarirah sdg menyampaikan syarahannye dlm subjek mtc016 di ds2...
kelihatan ade sahabat2ku y telah syahid...
nila subjek y agk memboringkan...
sebab belajar sejarah dulu2...tmbh lg in English lak...
mmgla interesting...tapi dugaannya pun byk...
ditambah dgn dewan kuliah y aircond nye agk 'sejuk'..
kesian pd Mdm. Sarirah...y beusaha utk mbc slide nye utk para pelajar...
maaf mdm.. ini bukan kehendak kami...
xkurang jugak aku...(tapi aku xsyahid)hehe
mataku terfokus pada slide mdm Sarirah...
seolah-olah memahami apa y disyarahkan...
tapi...huhu..sdey...
fikiranku dah smpai ke mesir...
tempat yg amat aku impikan utk menuntut ilmu...
tmbh plak spjg cuti hjung minggu kat rumh
aku asyik tenung je surat tawaran y dah aku dpt utk melanjutkan pelajaran ke sana...
aku dah dpt peluang tu...
tp aku terpaksa menolak....
Ya Allah... hanya Dia yg mengetahui betapa sedih hati ini...
tatkala terpaksa membuat keputusan yg bertentangan dgn kehendak hati..
Alangkah indahnya jika aku dpt mengutip ilmuMu di sana...
bertalaqqi di masjid Azhar
mengutip ilmuMu di persekitaran Al-Azhar...
namun..segalanya dah ditentukan
n ada hikmah yg tersirat.....
akhirnye disinila aku blaja...
uitm kedah...
menyambung p'juangan kak kema...hehe (senior aku)
dalam bidang perundangan...
bidang kedua plihan aku slps syariah..
aku bersyukur di tempatkan disini..
menemui sahabat2 baru yg sentiasa menghiburkanku...
tp sahabat2 lama tetap dihati...
sentiasa dirindui...
kadang2 diri ini amat merindui iklim y aku rasai di SMAPK...
amat merindui suasana y aman n tenang...
rindu akan ayat2 suci yg dbc nyaring oleh ustaz Wan Noh n ank didiknya...
rindu akan kuliah2 agama dpd ustaz Syukri n ustaz Wan Akashah
rindu akan sesi tazkirah di musolla aspuri...
rindu akan solat jemaah bersama-sama...
rindu pada guru2 yg sentiasa memberi tunjuk ajar dan nasihat...
rindu akan adik2 yg sentiasa menghiburkan hati...
rindu pada rakan2 yg sentiasa bersama tika sng n susah...
Ya Allah...diri ini amat merindui sumer tu...
Engkau rahmatilah hidup mereka Ya Ilahi....
namun ku sedar...
sumer tu xkan berulang...
insyaAllah akn ku kekalkan bi'ah yg terdapat dlm jiwaku...
xkan ku hilangkan perasaan rindu itu...
kerna semakin ku rindu..semakin dekat hatiku dgnMu...
syukur Ya Allah..Kau telah tempatkan aku di bumi SMAPK...
bumi yg mendidikku menjadi seorang muslimah....
Alhamdulillah....
syukur atas segala nikmat yg telah Engkau berikan...
berkatilah hidupku dan keluargaku....
permudahkanlah segala urusanku dan keluargaku didunia n akhirat...
dan berikanlah aku peluang ke2 utk mengutip secangkir ilmuMu dibumi para anbiya'
aminn ya rabbal a'lamin....
p/s: asenye xde manfaat pun pd pembaca dlm mende2 y sy tulih nih...
cume nk berkongsi ape yg tersirat dikolbun y sts dahagakan nasihat....

Friday, June 19, 2009

love our parents..



Assalaamu‘alaykum and peace to all,


“A son’s sacrifice towards his parents is not complete until a situation arises whereby he buys and frees his parents from becoming slaves.” As we already know, we cannot deny the greatness of our beloved parent’s sacrifice, how they have spent most of the time lives to secure our future; their children’s future. From the time we were infants until we become useful people, they care for us. This is a story that relates to their sacrifice; a story about a boy and a tree in a countryside.


Once upon a time, when a boy was a small child, he used to play with a particular tree everyday as a hobby. Tree was very happy and wished that it could stop time from going on so that it could stay with the boy forever. But time goes on by and the boy gradually grows older day by day, year by year. Eventually, he doesn’t play with the tree anymore. So, the tree becomes very sad and lonely.


One gloomy morning, as the tree was standing alone, remembering the happy days they had together, it got a shock joy as the boy come back. He had come to ask for money and the tree didn’t hesitates even the least to give and sacrifice all it had with its capability, shedding all its leaves to give to the boy, leaving it bare and cold. The boy went away happily but didn’t return for along time.


A few years passed by and the boy has grown into a handsome man. Eventually, he came back to visit the tree, asking yet another favor for wood to build of his house. Once again, the tree sacrificed itself and was partly cut down. But again, the boy left the tree alone and never come back anymore.


In this story, the tree symbolizes our parents. The reality today is just as such. Children never appreciate their parents’ sacrifice but always asking for more. Parents, on the other hand, never abandon their children’s hope and sacrifice all they could. Some nowadays think that money could pay for what they have done, that is by giving their parents money. Actually, this concept is totally wrong.


Always remember, love has no substitute, be it billions of dollars or ringgit, no value can match the price of love. One thing need to remember is that, even if you service your parent for whole of your life, you still cannot pay for what they have done for you. The parent’s sacrifices are invaluable.
p/s: harap dpt btolkan if ada tsalah grammar. :)

Wednesday, June 17, 2009

orang jepun dan ikan jerung....



KISAH ORANG JEPUN DAN IKAN JERUNG


Masyarakat Jepun begitu menggemari ikan yang segar. Akan tetapi, bekalan ikan di lautan Jepun adalah terhad. Maka, para nelayan terpaksa menangkap ikan di kawasan laut dalam yang lebih jauh daripada daratan.Maka, semakin jauh ke laut dalam, semakin lama masa yang diambil untuk membawa balik ikan ke daratan. Syarikat perikanan ini mendapat satu jalan penyelesaian dengan menyediakan peti sejuk beku di dalam bot. Akan tetapi, masalah tetap muncul yang mana ikan menjadi tidak segar selepas beberapa hari di lautan.Orang jepun tidak menggemari ikan yang tidak segar!Maka, harga ikan sejuk beku ini dijual dengan harga yang lebih murah kerana permintaan yang rendah.

Syarikat ini tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian dan akhirnya telah mengemukan idea dengan menyediakan tangki ikan! Teorinya begini, ikan hidup yang ditangkap akan terus dimasukkan ke dalam tangki ikan hidup-hidup! Maka, ikan tersebut di bawa balik ke daratan dalam keadaan hidup-hidup. Akan tetapi, masalah tetap timbul kerana walaupun ikan tersebut masih hidup, tetapi masyarakat jepun tidak dapat merasai kemanisan ikan yang segar. Hal ini adalah kerana ikan tersebut menjadi pasif yang menyebabkan daging ikan tidak segar.Maka, syrikat perikanan ini terus bertungkus lumus memerah idea bagi menyelesaikan masalah ini.

Akhirnya timbul satu idea yang cukup bernas bagi mengatasi masalah yang timbul. Syarikat ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menyimpan ikan di dalam tangki air yang ditambah dengan ikan jerung kecil di dalamnya! Walaupun terdapat ikan yang menjadi mangsa kepada ikan jerung ini, akan tetapi kebanyakan ikan masih lagi hidup apabila sampai ke daratan.Ikan yang dibawa balik mendapat permintaan yang tinggi kerana ikan ini masih segar dan isinya manis. Hal ini adalah kerana, ikan-ikan ini terpaksa berenang dengan aktif untuk mengelakkan diri daripada di makan oleh jerung tadi.

Ironinya cerita ini dengan kehidupan kita seharian adalah kita menganggap cabaran dan dugaan sebagai ikan jerung kecil yang menjadikan kita sentiasa bersedia, bertenaga dan aktif.Ikan jerung ini juga menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara berterusan dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. Jadi jika kita malas dan tidak berusaha, pastilah kita akan menjadi mangsa kepada jerung kecil ini bukan? Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menganugerahkan kita ” seekor ikan jerung kecil” dalam kehidupan kita seharian yang menjadikan kita lebih berusaha, berdaya saing dan menjadi lebih baik daripada semalam.



وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

'Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.' (Al-Ankabut:3)

mulianya wanita itu....

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang di sekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair.
Al-Khansa binti Amru, demikianlah nama wanita itu.

Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr ;
"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia di setiap mega hilang di ufuk barat. Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."

Setelah Al-Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Al-Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnu Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Parsi. Semua orang Islam daripada pelbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Al-Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Al-Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam.

Dengarlah nasihat Al-Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang;

"Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."

Kemudian Al-Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud;

"Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung."

Putera-putera Al-Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayangi mereka.

Seterusnya Al-Khansa berkata;

"Jika kalian bangun esok pagi, insyaAllah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah kamu ke dalamnya, dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dan berlaku selama dua hari.



Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Parsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah . Putera-putera Al-Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair;

"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. InsyaAllah akan kita buktikan sedikit masa lagi."

Kemudian dia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusuli pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair;

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami. Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati. Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama. Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."

Anak Al-Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair;

"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang. Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang. Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri. Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri. Dapatkan kemenangan yang bakal membawa kegembiraan di dalam hati atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair;

"Bukanlah aku putera Al-Khansa, bukanlah aku anak jantan dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya dan musnah mangsa oleh senjataku."

Bergelutlah keempat-empat putera Al-Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garisan belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Parsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Parsi yang lainnya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Parsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Parsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahu bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan;

"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengharapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"

Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperangan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan " Ummu Syuhada' " yang bererti " Ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

* dipetik daripada Majalah Al-Islam.

" Ya Allah Yang Maha Kuasa, bisikan doa kami dalam ratapan ratib ,kami panjatkan pinta Yang Maha Cinta tempatkanlah hati-hati kami dalam semesta yang sama, ingin berjihad di jalan-Mu "

p/s: moga kita kekal dijalanNya.

Tuesday, June 16, 2009

..::..10 things we waste..::..

Lessons from Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah


Ten things we waste :-

1. Our Knowledge: Wasted by not taking action with it.

2. Our Actions: Wasted by committing them without sincerity.

3. Our Wealth: Wasted by using on things that will not bring us ajr (reward from Allah). We waste our money, our status, our authority, on things which have no benefit in this life or in akhirah (hereafter).

4. Our Hearts: Wasted because they are empty from the love of Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts are filled with something or someone else.

5. Our Bodies: Wasted because we don't use them in ibadah (worship) and service of Allah.

6. Our Love: Our emotional love is misdirected, not towards Allah, but towards something/someone else.

7. Our Time: Wasted, not used properly, to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for past deeds.

8. Our Intellect: Wasted on things that are not beneficial, that are detrimental to society and the individual, not in contemplation or reflection.

9. Our Service: Wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah, or benefit in dunyaa(this world).

10. Our Dhikr (Remembrence of Allah): Wasted, because it does not effect us or our hearts.

muhasabah cintaku

Wahai pemilik nyawaku....
betapa lemah diriku ini...
berat ujian dariMu..
ku pasrahkan semua padaMu...
Tuhan... baruku sedar..
indah nikmat sihat itu..
tak pandai aku bersyukur...
kini ku harapkan cintaMu...
kata-kata cinta terucap indah...
mengalir berzikir dihujung doaku..
sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku..
Butir-butir cinta airmataku...
teringat semua yang Kau beri untukku..
ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Ilahi..
muhasabah cintaku...
Tuhan.. kuatkan aku...
Lindungi ku dari putus asa..
Jika ku harus mati..
pertemukan aku denganMu..
Kata-kata cinta terucap indah..
mengalir berzikir dihujung doaku..
sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku..
Butir-butir cinta airmataku..
teringat semua yang Kau beri untukku..
ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Ilahi..
muhasabah cintaku...
p/s: syukran ukhti mj ustad yg tlh memberi sy nasihat melalui lagu ini ketika sy merindui nikmat sihat baru2 ini.... juga lagu ini buat tatapan sahabat-sahabat ku xSMAPK..evo 04-08 dan yg sdg berjuang bersamaku sekarang..dian..hawa..zai...azreen..qausar..nad..yam..alia..rehan.. moge kita btmbh kuat dlm meneruskan perjuangan di sini.

Monday, June 15, 2009

::why do we read Al-Quran::


Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word?

This is beautiful story, please read till end and forward to all you knows...
An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.
One day the grandson asked,

"Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water."

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house.

The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," He sent him back to the river with the basket to try again.

This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said,"I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,"

He went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.

Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!"
"So you think it is useless?"

The old man said,"Look at the basket."

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and outside. That is the work of Allah in our lives."

Moral of the story : Read Al-Quran frequently as it will purify our heart. When we have pure heart, it is easy to do righteous and leave jahiliyah and badness in ourselves.



Sunday, June 14, 2009

>>tiga golongan awal ke neraka<<


Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba ABU HURAIRAH menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan. Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan.


Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T


ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.


Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''


Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''."Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~

Saturday, June 13, 2009

Ayuh muslimah...KITA BERJIHAD




Apabila disebut perkataan 'jihad', apakah yang terlintas di dalam fikiran kita? Serta-merta tergambar kesungguhan berkorban yang akan menimbulkan semangat berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir!

Semangat ini memang baik dan perlu dipupuk bertepatan dengan ketetapan Islam serta kehendak Allah SWT. Hakikat Jihad Definisi jihad menurut syara' ialah seorang muslim menyerahkan tenaganya untuk mempertahan dan menyebarkan Islam bagi mencapai keredaaan Allah. Dari sini nanti akan terbentuk sebuah masyarakat Islam dan seterusnya akan terbina negara Islam yang sihat. Jihad mesti berterusan hingga ke hari qiamat. Martabat jihad yang paling rendah ialah jihad di dalam hati dan yang paling tinggi ialah berperang di atas jalan Allah. Mengorbankan waktu, harta dan kepentingan diri sendiri demi kebaikan Islam serta ummatnya juga dikira sebagai jihad. Begitu juga dengan menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta memperjelaskan hakikat keEsaaan Allah juga merupakan sebahagian daripada jihad.
Bagimanakah kedudukan wanita dalam jihad?
Jawapan kepada persoalan ini mesti benar-benar difahami supaya sumbangan kita dalam jihad akan menguntungkan Islam. Oleh itu, kita perlu menyingkap kembali lembaran sejarah Rasulullah SAW untuk mengambil iktibar tentang persoalan jihad bagi kaum wanita. Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Ath-Thabrani, pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa' (wanita yang pintar berpidato) datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?" Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi adalah sangat sedikit sekali daripada golongan kamu yang dapat melakukan demikian."
Pada ketika yang lain, Rasulullah SAW pernah ditanya: "Wahai Rasulullah, perempuan manakah yang baik?" Baginda menjawab: "Perempuan yang menggembirakan suaminya apabila sisuami memandangnya, mentaati suami apabila diperintah dan tidak menyalahi suaminya baik mengenai diri peribadinya, harta kekayaannya atau dengan apa yang dibenci oleh suaminya."
Pada dasarnya, kaum wanita disamakan dengan kaum lelaki dalam tanggungjawab agama sama ada mengenai aqidah, ibadah dan muamalah, kecuali tanggungjawab yang khusus yang sesuai dengan fitrah (nature) kaum wanita. Begitu juga dengan tanggungjawab jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki tidak diwajibkan kepada kaum wanita. Seandainya kaum wanita berupaya pergi bersama-sama kaum lelaki ke medan pertempuran, tidaklah ditolak oleh Islam. Bagaimanapun tugas ini hanya dianggap sebagai sumbangan tambahan. Kita perlu jelas jihad yang paling utama dan dituntut kepada setiap wanita ialah taat kepada suami dan mengakui hak suami, manakala jihad di luar rumah adalah sumbangan tambahan bagi mereka yang berbuat demikian. Bagaimanakah pendirian kita? Kita mesti menyakini bahawa berjihad di barisan hadapan oleh kaum lelaki manakala jihad kaum wanita sebagai tulang belakang adalah ketetapan Allah SWT yang Maha Adil, semata-mata demi kemakmuran alam ini. Kita perlu memahami firman Allah yang bermaksud: "Dan orang lelaki dan perempuan (yang beriman) sebahagian mereka (adalah) penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar." (At-Taubah : 71) "Dan tidak sepatutnya bagi lelaki yang mukmin dan wanita yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menentukan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguh-nya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata." (Al-Ahzab : 36) Sekarang sudah tiba masanya untuk kaum wanita menanamkan azam dan mengumpulkan kekuatan bagi menumpukan diri melaksanakan sepenuhnya jihad sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Tingkat kekuatan yang utama ialah kekuatan iman. Iman yang kuat dapat mengekang hawa nafsu yang sentiasa mengganas serta melemahkan keazaman. Dengan ini, barulah jihad yang ingin kita laksanakan menjadi kenyataaan. Firman Allah: "Adapun yang rasa takut maqam Tuhannya, mencegah diri daripada menurut hawa nafsu syurgalah tempat kembalinya." (An-Nazi'at : 40-41) "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja) sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil wali (teman rapat) yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (At-Taubah : 16)


Sudut-sudut jihad wanita

1.. Menjadikan rumahtangga tempat yang bahagia untuk keluarga berkumpul.

2.. Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak.

3.. Menyempurnakan segala urusan rumah tangga menurut syara' dengan penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.

4.. Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.

5.. Memerangi perkara-perkara bid'ah, khurafat serta pemikiran yang salah dan adab-adab yang buruk yang mengusai wanita masa kini.

6.. Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaaedah untuk umat manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, kelab pemudi, sekolah-sekolah dan bantuan untuk keluarga miskin.

Sebagai kesimpulan, sekali lagi perlu dijelaskan dalam diri kita bahawa jihad yang utama bagi wanita adalah wajib bagi semua muslimah dalam batas kemampuan yang telah Allah kurniakan. Manakala jihad tambahan yang Allah anugerahkan bersama keistimewaan tertentu tidak boleh membatalkan jihad yang utama. Jihad utama mesti dilaksanakan dahulu.

tinta buat bakal suamiku.....


[diambil dr iLuvislam + pu3raudhah blog ]

Assalammualaikum wrt wbt.
Buatmu,Bakal suamiku.
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.
Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.
Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.
Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.