kalamullah

Wednesday, November 11, 2009

Alhamdulillah...syukur Ya Ilahi..

Bismillahirahmanirrahim...

hati ini resah dan gundah memikirkan setiap yang berlaku...hanya kepadaNya kuserahkan selayaknya...Dialah maha pemberi..moga dgn dugaan ini menjadikan aku semakin akrab denganNya...hanya itu yang kupinta agar aku sentiasa sedar diriku hanyalah seorang hamba yang xpunya apa2...


Alhamdulillah..sungguh hebat Ya Ilahi..tatkala hati ini perlukan teman berbicara...Kau hadirkan madah2 halus membelai jiwaku..titisan2 jernih terungkai tatkala menyedari kealpaan dan kecacatan diri ini...mesej daripada seorang sahabat ku baca..seolah2 madah hikmah ini diukir khas buat diriku yang kehausan....


"Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa beratnya hingga kita terduduk dan menangis, peritnya terasa...tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan"...


Syukur Ya Ilahi...dalam keperitan dugaan yang diberi..Kau hadiahkan aku insan2 yang sentiasa mengingatkan aku agar tidak lupa kepadaMu....syukran sahabat2 kerana diri kalian amat berharga padaku...kalian seperti utusan istimewa daripadaNya memberi kekuatan kepadaku melalui hamparan berduri...panggilan daripada sahabat di mesir membuatkan hati ini kembali terusik...sungguh mudah butiran manik ini terungkai sambil bermujahadah kepadaMu...sungguh hebat ukhwah ini...hanya keranaMu kami saling mengasihi..walaupun jarak memisahkan tetapi naluri yang dianugerahi dapat merasai dikala diri diperlukan....SubhanAllah..Sungguh aku terlalu merindui ukhwah antara kita...moga kita kembali bersatu sepertimana hati2 kita bersatu memperjuangkan agama yang satu ini...Allahuakbar..


Alhamdulillah...baru2 ini 2 majlis yg sederhana telah berlangsung dengan lancar...hanya kalimah Hamdallah yang dapat kuucap tatkala kakak kesayanganku selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya..benarlah jodoh itu di tangan Ilahi...telah banyak dugaan yang dilalui ...aku sebagai adiknya..apalah sangat yang dapat kubantu...kerna diriku juga terlalu kurang ilmu dan pengalaman dalam melayari kehidupan...hanya doa yang xputus2 dapat ku hadiahkan buat dirimu...agar terus tabah dan cekal dalam menguruskan keluarga kita dan keluarga barumu...ketabahanmu telah banyak memberi dorongan padaku untuk terus melangkah gagah kehadapan...agar segala penderitaan keluarga terutama bonda tercinta dapat dibayar dengan kejayaan anak2nya...insyaAllah...dengan redha Allah..suatu hari nanti tiada lagi airmata penderitaan bonda..yang ada hanya airmata kebahagiaan...insyaAllah...tiada yang lebih membahagiakan melainkan melihat ibu bapa sendiri bahagia dengan anak2nya...kini dirimu punya insan disisi..yang menjadi penyokong utama dalam dirimu..InsyaAllah..dia insan mulia yang dianugerahkan Allah untuk bersama2 dirimu menelusuri dugaan yang mendatang..kuharap dirimu lebih tabah dan cekal...sudah tiba waktunya dirimu mengecap kebahagiaan setelah sekian lama diuji...segala yang ditentukan olehNya adalah yang terbaik untuk dirimu...hanya Dia yang maha mengetahui...


>>Selamat Pengantin Baru kekandaku...moga kalian dilimpahi dengan kasih sayang yang suci hanya kerana Ilahi...moga dimurahkan rezeki dan sentiasa di bawah lembayung rahmatNya..<<

amin ya rabbal alamin..


2 comments:

  1. wah..
    tak sgka kakk ummu da kawen..
    [smoga rumah tgga bahagia hingga ke syurga]

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..aminn...syukran rai...xsabo nk tggu y rai nye lak nt..hahaha

    ReplyDelete

comment yang dihargai