Bismillahirrahmanirrahim....
Terdetik di hati untuk berkongsi bersama sahabat pembaca tentang isi sebuah buku yang baru separuh bacaanku...buku ini dibeli bersama sahabatku pada 20/11/09..pada hari yang meninggalkan kenangan yg berlaku akibat daripada kejahilan diri sendiri...dan buku ini adalah pengubatnya..syukran Ya Ilahi kerana menggerakkan hatiku untuk membeli buku yang berjudul QURANIC LAW OF ATTRACTION tulisan Rusdin S. Rauf...mgkin juga disebabkan aku adalah pelajar perundangan menyebabkan aku mudah tertarik dengan perkataan LAW yg jelas kelihatan pada cover buku ini...
QURANIC LAW OF ATTRACTION (hukum tarikan berasaskan Al-Quran). Pelbagai persoalan bermain dlm fikiran kita. Betulkah Al-Quran ada membincangkan persoalan Hukum Tarikan??
Jika ada, apakah ayat-ayat yang menyokong hukum ini?? Bagaimana kita dapat menggunakan Quran dengan berkesan supaya kita dapat menemui kebahagiaan dan kejayaan??
Kadang2 kita merasakan Quran tidak mempunyai kesan luar biasa pada kehidupan orang. Buktinya, sebanyak mana pun kita membaca Quran, kehidupan kita tidak mengalami perubahan yang ketara. Inilah segala persoalan yang bermain didalam fikiran kita.
Segala persoalan terungkai apabila segala isi buku ini telah hampir semua ku hadam,peristiwa2 yang dialami dalam kehidupan ini sesuai dengan hukum-hukum Allah yang termaktub di dalam AlQuran. Contohnya, sekiranya saya memburuk-burukkan orang lain, saya tentu mendapat balasan daripada Allah dengan diburuk-burukkan oleh orang lain pula.
Berkaitan Hukum Tarikan, Quran membincangkan Hukum Tarikan dengan jelas. Berdasarkan Surah Az-Zalzalah ayat 7 hingga 8:
" Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya."
Ayat di atas menambah keyakinan kita yang Hukum Tarikan wujud sejak Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Mari kita renung, selami ayat dan hayati maksud ayat ini, kebaikan dibalas dengan kebaikan, kejahatan dibalas dengan kejahatan. Allah mengingatkan kita supaya sentiasa berfikiran positif(kebaikan) dan memancarkan kebaikan itu kepada orang di sekeliling kita. Akibatnya, orang disekeliling kita atau alam semesta akan membalas kebaikan kepada kita.
Allah menggalakkan kita supaya berlumba-lumba menabur kebaikan (fastabiqul-khairat) dan Allah melarang kita berbuat kekasaran (sayyiat) dan kerosakan (fasad). Malah, kita juga perlu bersikap baik pada orang yang berbuat jahat pada kita. Contohnya, kita dituntut melawan kejahatan 'dengan cara yang baik' (Surah Al- Mukminun ayat 97 dan Surah Fussilat ayat 34), berbincang 'dengan cara baik' (Surah An-Nahl ayat 125). Dalam setiap detik kehidupan, kita disuruh memancarkan cahaya kebaikan dan getaran kebajikan di alam semesta.
Dalam ayat lain, Allah menegaskan manusia mesti meyakini kewujudan Hukum Tarikan dalam kehidupan ini. Menarik bukan? subhanallah!! Mari kita perhatikan betul2 dalam AlQuran terdapat ayat yang bermaksud:
"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekinya. Dan hanya kepadanyalah kamu (kembali selepas) dibangkitkan." (Surah Al-Mulk ayat 15)
"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang danugerahkan oleh Tuhan kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Tuhan berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu brbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya, Tuhan tidak menyukai orang berbuat kerosakan." (Surah Al-Qashah ayat 77)
Di manakah Hukum Tarikan dalam kedua2 ayat di atas?? Mari kita selami dan fahami.
Perhatikan potongan ayat yang berbunyi, dialah yang menjadikan bumi bagi kamu yang mudah dijelajahi. Kenyataan Allah itu dimulakan dengan fikiran positif. Allah memberi keyakinan kepada kita yang hidup ini mudah. Kita tidak perlu berfikir mengenai kesusahan dalam hidup. Kita mesti yakin yang kehidupan ini mudah. Dengan pernyataan itu, getaran positif erpancar ke alam sekitar.
Kemudian, Allah menyambungkan ayat2 Quran, Jelajahilah! Maksudnya, kita diperintahkan berusaha dengan penuh semangat atau dengan penuh keceriaan iaitu kita yakin yang hidup ini adalah mudah. Apabila kita mengaktifkan hasrat atau rasa ceria ketika berusaha mencari rezeki, bermakna kita mengizinkan kelimpahan rezeki memasuki hidup kita. Ini sesuai dengan Hukum Tarikan.
Sesudah kita berusaha sedaya upaya, Allah menutup ayat itu dengan sikap pasrah atau berserah kepadaNya (tawakkal). Kita semakin yakin mendapat banyak rezeki dalam hidup. Mungkin hari ini kita masih belum mendapat rezeki seperi yang diharapkan. Namun, kita pasrah kepadaNya dan percaya Dia terus memberi kita rezeki dalam hidup. Kita hanya perlu yakin, berfikiran positif, berusaha dan berserah kepada Allah. Apabila tiba masanya, kita pasti mendapat kekayaan nikmat. Malah kita juga akan menjadi lebih berbahagia dengan kekayaan itu.
Perhatikan ayat berikut:
" berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi ini." jelas bukan?? Ada hubungan di antara sebab dan akibat, kebaikan dibalas kebaikan. Daripada petikan itu, jelas ayat ini menguatkan kewujudan Hukum Tarikan alam semesta ini.
Oleh sebab itu, tidak hairan apabila seluruh kehidupan kita tergambar di dalam AlQuran. Kita hanya perlu tahu cara menemukan kehidupan itu dalam AlQuran. Persoalannya sejauh mana kita telah mendalami kitab suci ini??adakah hanya membacanya pada setiap malam jumaat..semata-mata untuk membaca Surah Yasin tanpa memahami dan menghayati maksudnya?? atau sekadar disimpan di atas almari atau di tempat2 yg tinggi sebagai memuliakannya tetapi tidak diusik dan tidak membacanya??
Sesungguhnya, Quran memberi banyak maklumat mengenai bagaimana kita dapat meraih kebahagiaan dan kejayaan hidup. Quran bukan sekadar kata-kata kosong sahaja. Malah, ia adalah ayat2 suci daripada Yang Maha Esa sebagai panduan hidup. Jelas, segalanya terbukti tertulis didalam kitab suci ini.
Apabila kita suntik tenaga AlQuran ke dalam jiwa, InsyaAllah semua masalah dalam hidup ini pasti mempunyai jalan keluar. Kita dapat menhadapi hidup ini dengan lebih mudah. Ketika diri brhadapan dngan kesulitan, dekatkanlah diri dgn AlQuran, insyaAllah. kita pasti akan dapat jalan utk keluar dpdnya. Pesanan Allah jelas, iaitu bertakwalah nescaya kita mendapat penyelesaian hidup!
Namun, satu persoalan yang masih belum terungkai...SEJAUH MANAKAH KITA MENGENALI ALQURAN???tepuk dada tanyalah iman..
InsyaAllah, dalam post yg seterusnya sy akan merungkaikan persoaln ini satu persatu berdasarkan buku ini. Moga segala yang dikongsi ini bermanfaat untuk kalian. Maaf atas salah dan silap yg dilakukan akibat kejahilan dir ini. Selamat membaca :P
No comments:
Post a Comment
comment yang dihargai