kalamullah

Saturday, May 19, 2012

Mulianya dirimu

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..hanya padaMu teMpat aku bergantung..

Alhamdulillah..hari ini sungguh cerah..tenang dan mendamaikan..aku memulakan langkah..berjalan ketapak konvo untuk menguruskan gerai jualan persatuan kami..niat di hati mulanya nak naik bas je..tapi..dengan suasana yang tenang dan damai ini membuatkan aku mematikan niat tersebut..kan elok berjalan kaki sambil menikmati udara pagi =)..aku berjalan perlahan-lahan melalui tepian kompleks sukan..menaiki tangga batu yang tinggi..dan sampai ke padang kawad..fuhh..tercungap-cungap..dah lama tak exercise..haha..zaman taekwando dah lama ditinggalkan..stamina pun dah makin kurang..
padang kawad sesak dengan kereta keluarga yang ingin meraikan kejayaan anak mereka di majlis konvokesyen hari ini..gembiranya mereka :)aku terus berjalan..menaiki tangga ke stadium..di situ juga sesak dengan kereta-kereta tetamu dan keluarga graduan..masing-masing membawa jambangan bunga untuk dhadiahkan kepada ahli keluarga mereka yang berjaya..anak-anak kecil riang bermain belon..seronok aku melihat keriangan anak-anak kecil ini.
perjalanan diteruskan..aku perlu melalui stadium yang luas dan menaiki tangga yang tinggi sebelum sampai ke Dewan Konvokesyen. Suria pagi mula menyebarkan cahaya vitaminnya..terik terasa pabila berjalan di tengah stadium. Sampainya di anak tangga panas mentari terus membahang..ingin terus aku menapak naik dek bahang yang semakin terasa..tetapi aku segera mengundurkan diri..menapak mengundur ke bawah apabila aku melihat nun di tengah-tengah tangga seorang anak sedang memimpin seorang mak cik tua turun melalui tangga yang sempit dan tinggi itu. Aku terus menanti di kaki tangga sehinggalah mereka semakin hampir ke bawah..sebenarnya masih ada laluan lain yang boleh aku lalui tetapi entah kenapa aku terpaku disitu.mataku terus melihat mereka berdua. Fikiranku mungkin makcik ini seperti emak..sakit-sakit urat di sekitar badan membuatkan beliau terpaksa dipimpin..namun apabila mereka semakin menghampiri bawah..aku terdengar suara mereka..

"banyak lagi ke?".."xbanyak dah satu je lagi."kemudian kakinya dihulurkan perlahan-lahan untuk menapak di anak tangga seterusnya..lelaki itu terus memimpin ibunya turun..kemudian dia memandangku sambil berkata "mintak maaf ye dik..lama kena tunggu" "eh,xpe..saya bukan nak cepat." aku segera menjawab untuk menghilangkan serba salah yang dirasainya.
Tiba-tiba mak cik itu bersuara.."ramai ke orang belakang kita Din..kesian diorang lambat sebab mak..maaf ye..mak cik xnampak." Dia terus tersenyum turun meniti satu persatu anak tangga dengan lebih cepat sehingga hampir terjatuh kerana memikirkan ramai orang dibelakangnya tidak dapat turun. hakikatnya tiada siapa dibelakangnya..hanya aku yang menantinya di bawah. Wajah mak cik ini tenang dan  dihiasi dengan senyuman. kelihatan kegembiraan diwajahnya mungkin kerana dapat 'melihat' anaknya berjaya. 

Aku menanti sehingga mereka hilang daripada pandanganku. Sebak..sayu..segalanya terbuku  di hati. Subhanallah..hebatnya kekuasaanMu..matanya celik tetapi pandangannya tiada..dia memikirkan keadaan orang lain tanpa menghiraukan keadaannya yang hampir terjatuh..dia memikirkan keadaan anaknya lebih daripada dirinya..mulianya seorang ibu..dia hadir untuk 'melihat' anaknya menaiki pentas mengambil anugerah..memakai jubah graduasi..dengan menggunakan mata hatinya. dia terus tersenyum dengan kesusahan yang dilaluinya tetapi hatinya puas apabila mendengar anaknya telah berjaya.


Subhanallah..MULIANYA SEORANG IBU ...

No comments:

Post a Comment

comment yang dihargai