kalamullah

Monday, January 21, 2013

pikir..pikir..dan terus berpikir

Fath, aku curik gambo adik ko..;) hehe maap



Si Cilik bertanya pada kakaknya

"Kak Chiah, macam mana orang tu boleh main keyboard (piano). Dia nampakke?" Sambil jarinya ditunding kepada sepasang pasangan orang kelainan upaya (buta) di pinggir jalan sebuah tapak bazar ramadhan.
"Dia tak nampak, dia buta. Tapi, dia penyabar. Dia rajin belajar walaupun dia tak nampak. Sebab tu dia boleh main macam tu." Terang si kakak dengan penuh kasih sayang.
"Oh, sebab dia rajin dan penyabar ea." gumam si kecil sambil matanya terus memerhatikan pasangan istimewa itu menyusun not-not lagu.

Setibanya dirumah, kami tiga bersahabat berehat di ruang kamar yang penuh nostalgia sambil memerhatikan keriangan kanak-kanak yang bermain bola di padang dari balik tabir balkoni kamar. Tiba-tiba si kecil itu merapatiku, mengikut gaya ku duduk. Aku tertawa sendiri melihat gelagatnya.

"Kamila tak penat ke?tadi kan kita dah jalan jauh."tanyaku sambil mengusap rambutnya yang berjuntai ditiup angin petang.
"Kamila tak penat pun. Tadi Kamila dah rehat di bawah. Mama cakap orang Islam kena kuat walaupun kita berpuasa. Sebab puasa buat kita sihat." Lembut suaranya menjawab soalanku.

Kata-katanya sahaja buat diri ini tersenyum sendiri. Begitu sifat keluarga ini, mendidik dan membimbing, bukan hanya mengajar. Pertama kali aku singgah ke teratak ini. Aku telah jatuh cinta dengan sikap keluarganya. Banyak mengajar dan membimbing. Mendidik anak dengan kefahaman bukan dengan leteran atau makian yang membuatkan anak-anak semakin liar. Si kecil ini juga mudah serasi dengan kami walaupun telah lama aku tidak singgah ke teratak ini setelah tamat persekolahan. 

Kamila memandang wajahku, riak wajahnya seperti ingin bertanya sesuatu.
"Ye, kenapa Kamila?" tanyaku mesra.
"Akak tengok tak tadi orang buta yang main keyboard piano dekat bazar ramadhan tadi.?"
"haah, tengok. Hebatkan die boleh  main walaupun tak nampak." 
Aku cuba menarik minatnya untuk terus bertanya. Aku tahu minatnya bermain kyboard piano. Sejak dari kecil, dia telah dihantar untuk belajar piano ketika itu aku dan kakaknya masih bersekolah. Keakraban kami membuatkan aku selalu mengikutnya pulang ke rumah pada hujung minggu.(maklumla umah aku jauh =,=) So, secara tak langsung aku juga selalu mengikut mamanya untuk mengambil kamila dari kelas muziknya. Muzik kan dapat membentuk otak kanak-kanak :)

Kamila meneruskan  bicara
"Akak rasa macam mana pak cik tu boleh main keyboard tapi mata dia tak nampak."
"Sebab hati dia bersih." aku menjawab sambil tersenyum.
"macam mana tu?" 
"Macam ni, pak cik tu mata dia tak nampak. Dia tak pernah tengok benda-benda tak elok kat dunia ni. Hati dia bersih. Ilmu kan suka pada hati yang bersih. Sebab tu pak cik tu hebat." jelasku mengharapkan si kecil ini  faham.
"Oh, ilmu itu kan nur, ilmu memang suka hati yang bersih kan." Dia mengangguk tanda faham akan penjelasanku. Bicaranya disambung.
"Kak Chiah cakap, pak cik tu rajin dan penyabar. Akak plak cakap hati die bersih. Maknanya, nak berjaya kita kena belajar rajin-rajin, kena sabar dan kena jaga hati kita. Baru ilmu yang belajar tu kita mudah faham dan dapat berkat Allah. Kan akak?" Kamila membuat kesimpulan atas kefahamannya.
"Yes, sangat betul. Brilliant girl." pujiku.
Kamila tersenyum bangga setelah mendapat jawapan yang memuaskan hatinya.

Aku tersenyum sendiri, peristiwa itu membuatkan aku sering terfikir. Memuji kehebatan Allah menganugerahkan minda yang cerdas kepada Kamila. Pemikirannya kadangkala melangkaui pemikiran rakan seusianya malah mungkin juga diriku. Melihatkan si kecil ini membuat perhatian kemudian berfikir merungkai soalan mencari kepastian dan menghubungkan dengan kebesaran Allah membuatkan aku termalu sendiri.

Kita yang dewasa ini kadangkala melihat sesuatu yang berlaku itu hanya diatas permukaannya. Ibarat sebuah lakonan dihadapan mata. tanpa sedikitkan kita cuba memikirkan dan mengaitkan dengan kebesaran Allah. Contohnya, kita melihat sesuatu ujian yang menimpa kita sebagai satu bebanan. Sekaligus menyalahkan takdir itu  yang telah menyebabkan hidup kita susah. Tanpa sedikitpun memikirkan itu adalah nikmat daripada Allah untuk kita muhasabah diri. Contoh yang lebih dekat, anda sekadar memuji enaknya cokodok durian air tangan cik Leha dan mempromosikannya kepada kawan-kawan fesbuk anda sehingga perniagaan cokodok duriannya semakin maju. Perbuatan anda mulia tetapi lebih mulia sekiranya dalam pemikiran anda diselitkan dengan hubung kait dengan kebesaran Allah. Seperti, "Subhanallah, hebatnya kuasa Allah memberikan anugerah kepada kak Leha kepakaran untuk membuat cekodok durian. Walaupun Kak Leha hidupnya susah, tetapi dengan kepakaran anugerah Allah itu dia mampu untuk menyara anak-anaknya. Hebat Allah itu, tidak membiarkan hambanya tanpa ada sebarang keistimewaan."(err sesuai ke contoh ni..=,=)

Begitulah maksud yang ingin disampaikan. Jangan biarkan pemerhatian atau pemikiran itu sekadar pada 'surfacenya' sahaja. Lebih indah apabila kita dapat memuji kehebatan dan kekuasaan Allah itu. Sekaligus dapat meningkatkan keimanan dan keyakinan kita kepadaNya. Memetik petikan lagu daripada kumpulan nasyid Mirwana:

Berjalan bermusafirlah... 

Melihat kebesaran Tuhan yang 
diciptakan untuk Mereka yang berfikir 
dan bersyukur Di atas nikmat dan kurniaNya....

Didalam AlQuran sendiri terdapat banyak ayat yang menyuruh kita berfikir agar kita dapat melihat kebesaran Allah.
Salah satunya:

"kemudian makanlah dari segala macam buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan bagimu. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyumbahkan bagi manusia. Sungguh pada demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang berfikir."
 (An-Nahl:69)

Kesimpulannya, jika anda punya sifat yang suka termenung atau suka melepak sambil melihat gelagat orang lain, apa salahnya kita memerhatikan sambil berfikir mengaitkan dengan kebesaran Allah. :) sambil-sambil itu pun boleh jgak berzikir. Bolehla beli tasbih digital daripada saya (err terpromote, tapi ini bukan niat asal. Tapi kalau yang membaca sedang mencari, apa salahnya oder melalui fesbuk sy. =D ). 




Friday, January 18, 2013

K.E.H.I.D.U.P.A.N




baru beberapa langkah menapak keluar daripada perkarangan kolej...rahmat Allah mula mencucuri (hujan)..tanpa persediaan rapi..aku dan sakinah merempuh segala rintangan dan halangan (longkang..batu..jalan raya) untuk sampai ke perhentian teksi. Alhamdulillah Allah gerakkan hati kinah untuk membawa payung dan aku pula mengenakan sweater ber'hood'(membuatkan orang memandang dengan agak pelik bila berjubah dan bersweater hood. xkesah..aku still ttup aurat :) ). sekurang-kurangnya tidakla sampai lencun pakaian kami. Cuma..beg yang digalas dan disandang tidak dapat diselamatkan. 

pada mulanya plan asal kami untuk menaiki bas U80 dan terus ke kl sentral dan kemudian mengambil ERL untuk ke destinasi yang dituju. Kami sangkakan cerah hingga ke petang..rupanya hujan ditengah hari..dan ianya amat lebat sekali. Jarang sekali kami memilih teksi sebagai pengangkutan..tapi kali ini..teksi terpaksa menjadi pilihan kerana masa yang semakin suntuk untuk kami tiba ke destinasi dan juga kedaan hujan yang tiada tanda untuk berhenti.

Kami menunggu di pondok teksi yang kecil. Tempias hujan membasahi pakaian. Terasa seronok pula. (dah lama tak main hujan). Masih terdapat beberapa org penumpang yang setia menunggu kehadiran teksi dalam pakaian yang basah lencun. Sebuah teksi hadir dan membawa pergi penumpang yang telah sampai lebih awal daripada kami. Tidak lama kemudian, sebuah teksi lagi muncul, ya, ini giliran kami. Segera aku dan kinah berlari masuk ke dalam teksi. 


"Pak Cik, tolong hantar kami ke Padang Jawa boleh?"
Seorang lelaki di tempat pemandu menoleh ke arah kami. Kelihatan umurnya baya ayahku.
"Padang Jawa banjir dik. Kereta tersekat di sana. Adik nak ke mana sebenarnya?"
"Kalau macam tu tolong hantar kami ke stesyen KTM Shah Alam boleh tak pakcik?"
"ok, boleh. Tapi pakcik blh bwk kete slow je dik. Ujan lebat sangat."
"Ok, Pak Cik." Aku menyetujui. Mujur sahabatku ini sudi menemani aku. Kalau tidak..harus..tidak mungkn aku berani naik teksi seorang diri dalam keadaan hujan lebat begini.

Teksi bergerak perlahan. Lagu-lagu jiwang 60an berkumandang di corong radio. Aku memerhatikan segenap ruang didalam teksi. Menarik, dipasang lampu LED di sekeliling dashboard..cantik. Di sekitar pintunya juga dilekatkan dengan plastik bergambar pohon kelapa dan pantai. Aku perhatikan pak cik driver, risau dia mengantuk, memandu dalam keadaan hujan begini memang mudah mengundang mengantuk. Sakinah pula asyik memandang ke luar tingkap. Mungkin fikirannya telah sampai ke negeri dibawah bayu (kampungnya) atau mungkin lebih jauh lagi. Seronok juga melayan perasaan dalam keadaan hujan begini.

Pak cik driver diam seribu bahasa. Jarang naik teksi pendiam macam ni. Biasanya banyak bercakap, sampai aku pula yang jawab acuh tak acuh apa yang ditanya pak cik teksi. Otak aku mula men'detect' sesuatu. Sesekali pak cik driver menguatkan 'volume' lagu. Aku memerhatikan gerak gerinya. Kemeja yang dipakainya berjenama. Tidak sama dengan pemandu teksi yang lain yang biasanya memakai kemeja putih. Jam di tangan kirinya juga boleh tahan harganya(kalau yang ori). Andaian aku mengatakan, dia adalah 'seseorang' bukan pemandu teksi biasa. 

Aku sengaja memulakan bicara.
"Cantik ya teksi pak cik ni."
"Eh xdela, ape yang cantiknye. Teksi burukje."
"Iye, cantik. Tengok ade lampu-lampu, gambar-gambar kat pintu ni. Mahal tak pakcik?" 
"Teksi sewa je dik." Pak cik driver menjawab dengan nada keluhan sambil meraup wajahnya.

"Pak Cik pencen askar ke?" (biasanya pak cik teksi akan bercerita yang mereka merupakan pencen askar)
"eh xla, adik, pak cik ni muda lagi. Nampak je tua sebab hidup pak cik ni banyak ditimpa masalah. Pak cik baru 45tahun. Mungkin baya ayah adik la kot."
"oh, haah. mude lagi." (nak je cakap "ayah saya dh 60 tahun pak cik.")
"Maaf pak cik, saya tnye sbb majoriti pemandu teksi cakap diorang ni pencen askar. Tu yang saya ingat pakcik pun bekas askar."
"Oh yeke." pak cik itu menoleh ke arah aku dan kinah. Kelihatan air mukanya agak sugul walaupun cuba ditutup dengan senyuman tawarnya. Lagaknya seperti dia memikirkan masalah. Sesekali wajahnya diraup dan mengeluh.

Suasana senyap seketika sebelum pak cik driver menyambung bicara.
"Dulu pak cik bisnessman. Pak cik ada syarikat pak cik sendiri. Dah 15 tahun pak cik usahakan. Tapi pak cik kena tipu. Bisnes pak cik semua bankrup."
"Innalillah, pak cik buat bisnes ape?"
"recycle n bla..bla.." (guruh berdentum membuatkan aku tidak dengar apa yang disebut pak cik tu =,=)
"oh, tu bukan masalah pak cik, itu ujian." Spontan aku menjawab. err moge tak tersalah kata.
"em xtaula nak, pak cik dalam proses nak bina balik diri pak cik. Pak cik dah hilang semuanya."
"em maksud pak cik?"
"Pak cik ingat pak cik boleh kuat selepas bisnes pak cik hilang, tapi xlama lepas tu isteri pak cik pulak pergi. Sakit kanser. Dah lima tahun dia menderita, 3bulan dia kritikal. Pak cik dah ilang semuanya." wajahnya diraup. Air matanya bergenang.
"Pak cik, dia bukan pergi tinggal pak cik, tapi Allah ambik isteri pak cik sebab nak isteri pak cik berehat." jawabku selamber..dengan harapan apa yang aku cakapkan ni dapat tenangkan hati pak cik tu.
"anak pak cik bape orang?"
"yang sulung belajar di KUIS, umo 21.n bla..bla.."(guruh kuat lagi dan aku dengar separuhje =,=)
"oh, hebat ujian pak cik ni. Maknanya, anak-anak pak cik ada lagi. Allah xambik semua pun pak cik. Allah nak pak cik kuat untuk anak-anak pak cik.
"em mungkin jugak, pak cik masih lagi bersedih. pak cik xdapat lagi kekuatan pak cik. Sementara ni pak cik sewa teksi ini untuk cari rezeki bagi pada anak-anak."
"InsyaAllah pak cik, kekuatan itu akan datang, yang penting pak cik tak putus asa. Isteri pak cik dah banyak wat keje, Allah ambik dia untuk rehat (ayat ulang), skang ni Allah bagi pak cik ujian untuk pak cik jadi lagi kuat. Bawak teksi pun xpe pak cik, asalkan halal. Bila dah halal rezeki tu berkat pak cik. InsyaAllah cukup. Anak-anak pak cik perlukan kekuatan pak cik. Dorang ....bla...bla...bla.."
Pak cik itu sekadar diam, seolah-olah menadah telinga mendengar ceramah tak bertauliah dariku. 

"InsyaAllah dik, moga berkat doa anak-anak ni pak cik akan dapat balik kekuatan. Betul kata anak, pak cik kena kuat untuk anak-anak pak cik."

"InsyaAllah saya doakan untuk pak cik dan keluarga. Pak cik doakan untuk kami jugak."
"InsyaAllah pak cik doakan. Terima kasih ye nak." pak cik driver menoleh ke arah kami sambil tersenyum. Kali ini senyumannya lebih manis daripada tadi.
Alhamdulillah bisik hatiku.

Kebetulan berakhirnya perbualan kami, teksi hampir tiba di stesyen KTM, kereta bergerak amat perlahan menanti giliran untuk mengambil atau menurunkan penumpang dibawah kawasan berbumbung. Hujan pula semakin lebat.

"Anak nak turun disinike? Ambik payung pak cik dulu. Nanti anak ltak je kat tepi dinding sana, bila pak cik dah sampai sana pak cik ambik payung tu." baik sungguh hati pak cik.
"Eh, xpe pak cik, kawan saya ada bawa payung, saya pun dah ada sweater ni. Kami turun disini je pak cik. Berapa ea tambangnya?" aku menjenguk2 lokasi harga meter teksi. eh xde plak.
"6 ringgit dahla anak. Sama-sama kita tolong."
"Allah, terima kasih banyak-banyak pak cik. moga Allah murahkan rezeki pak cik." pada mulanya terkejut dengan harga yang murah (biasanya rm10-13 untuk ke ktm s.alam), tetapi aku terus membayar memandangkan poket kami juga tengah kering (hujung sem kan besela...)

Kemudian kami melangkah keluar dari perut teksi. Terdengar sayup suara pak cik "Hati-hati nak." tenggelam dek suara guruh yang berdentum kuat. Sekali lagi kami meredah hujan yang lebat. Kuyup apabila sampai sahaja di stesyen.

Sementara menunggu ketibaan train. Aku dan kinah duduk di kerusi yang disediakan. Masing-masing terdiam teringatkan kisah pak cik tadi. 

"Kinah, macam kisah dalam novel kan."
"Haah, tapi inila reliti kehidupan. Sekarang kita tahu, perkara macamni memang terjadi."
"em hebat ujian pak cik tu."

Walaupun dah sebulan lebih pristiwa naik teksi pak cik ni. Tetapi ceritanya tetap aku ingat. Untuk ingatkan diri, kehidupan ni ada turun naiknya. Ada nikmat dan ujiannya. Kadangkala kita rasakan ujian yang menimpa diri kita ini terlalu berat. Tidak mampu untuk kita menanggungnya. Tetapi adakah kita lupa akan firmanNya:

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah-286)

Dengan ujian sebeginilah membuatkan kebergantungan kita kepada Allah semakin kuat. Dan sebenarnya ujian itu adalah sebuah nikmat untuk kita sebagai hambaNya. Tak percaya? Cuba fahamkan di bawah ini :)

Sebagaimana kata Saidina Ali r.a:
Ujian itu adalah apabila kita rasakan diri kita semakin jauh dengan Allah dan nikmat itu adalah apabila kita merasakan diri kita semakin dekat dengan Allah. :)


Benar..kadang-kadang kita rasa berputus asa.. penat..dan segala macam perasaan. Tapi cuba baca Surah Al-Insyirah..ape yang Allah kate?

"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." (Al-Insyirah :6)

Maksudnya, Allah bagi ujian@nikmat tu untuk kita berfikir. Pasti ada hikmah disebaliknya (ayat common). Ibaratnye, kalau lectrer bagi esaimen menggunung tu..xkan saje2 kan..mestila untuk kita mahir sebelum exam..untuk cover markah-markah kita. yedak? 

Same-samelah kite kuatkan diri. Positifkan minda katakan setiap ujian yang datang tu adalah nikmat daripada Allah sebab Allah rindukan rintihan dari kita. :)

Dah penat dengan ujian??haruslah..dunia ni kan memang tempat kita belajar, tempat yang penuh dengan ujian, kita datang ni sebagai musafir je. Cuba tengok orang yang mengembara, bila balik siap boleh buat buku ceritakan pengalaman diorang. Suka duka, susah payah. Betapa banyaknya ujian yang diorang kena redah sepanjang pengembaraan tu. Begitu juga analoginya kita didunia ni. Kita bermusafir disini, mengembara keserata pelosok bumi Allah. Pelbagai dugaan kita kena tempoh sebagai proses pembelajaran. Dengan 'exam' sebeginilah kita dapat check kat mana 'ranking' diri kita sebagai hamba Allah. Dan bila dah lulus semua 'exam'. Dapat 'CGPA' bagus, bolehla kite berehat di syurga Allah. Kat sane baru tempat rehat kite insyaAllah.

p/s: apa yang ditulis juga untuk perigatan n motivasi kepada diri sendiri. Andai diri ini tak mampu lakukan apa yang diri ini tuliskan atau khabarkan. Ingatkanlah diri ini. Benar, bila kita di timpa sesuatu dugaan kadangkala kita sendiri terlupa apa yang telah kita khabarkan pada orang lain. So, khabarkan semula kepada saya agar saya juga boleh menjadi kuat seperti anda. :)