Fath, aku curik gambo adik ko..;) hehe maap
"Kak Chiah, macam mana orang tu boleh main keyboard (piano). Dia nampakke?" Sambil jarinya ditunding kepada sepasang pasangan orang kelainan upaya (buta) di pinggir jalan sebuah tapak bazar ramadhan.
"Dia tak nampak, dia buta. Tapi, dia penyabar. Dia rajin belajar walaupun dia tak nampak. Sebab tu dia boleh main macam tu." Terang si kakak dengan penuh kasih sayang.
"Oh, sebab dia rajin dan penyabar ea." gumam si kecil sambil matanya terus memerhatikan pasangan istimewa itu menyusun not-not lagu.
Setibanya dirumah, kami tiga bersahabat berehat di ruang kamar yang penuh nostalgia sambil memerhatikan keriangan kanak-kanak yang bermain bola di padang dari balik tabir balkoni kamar. Tiba-tiba si kecil itu merapatiku, mengikut gaya ku duduk. Aku tertawa sendiri melihat gelagatnya.
"Kamila tak penat ke?tadi kan kita dah jalan jauh."tanyaku sambil mengusap rambutnya yang berjuntai ditiup angin petang.
"Kamila tak penat pun. Tadi Kamila dah rehat di bawah. Mama cakap orang Islam kena kuat walaupun kita berpuasa. Sebab puasa buat kita sihat." Lembut suaranya menjawab soalanku.
Kata-katanya sahaja buat diri ini tersenyum sendiri. Begitu sifat keluarga ini, mendidik dan membimbing, bukan hanya mengajar. Pertama kali aku singgah ke teratak ini. Aku telah jatuh cinta dengan sikap keluarganya. Banyak mengajar dan membimbing. Mendidik anak dengan kefahaman bukan dengan leteran atau makian yang membuatkan anak-anak semakin liar. Si kecil ini juga mudah serasi dengan kami walaupun telah lama aku tidak singgah ke teratak ini setelah tamat persekolahan.
Kamila memandang wajahku, riak wajahnya seperti ingin bertanya sesuatu.
"Ye, kenapa Kamila?" tanyaku mesra.
"Akak tengok tak tadi orang buta yang main keyboard piano dekat bazar ramadhan tadi.?"
"haah, tengok. Hebatkan die boleh main walaupun tak nampak."
Aku cuba menarik minatnya untuk terus bertanya. Aku tahu minatnya bermain kyboard piano. Sejak dari kecil, dia telah dihantar untuk belajar piano ketika itu aku dan kakaknya masih bersekolah. Keakraban kami membuatkan aku selalu mengikutnya pulang ke rumah pada hujung minggu.(maklumla umah aku jauh =,=) So, secara tak langsung aku juga selalu mengikut mamanya untuk mengambil kamila dari kelas muziknya. Muzik kan dapat membentuk otak kanak-kanak :)
Kamila meneruskan bicara
"Akak rasa macam mana pak cik tu boleh main keyboard tapi mata dia tak nampak."
"Sebab hati dia bersih." aku menjawab sambil tersenyum.
"macam mana tu?"
"Macam ni, pak cik tu mata dia tak nampak. Dia tak pernah tengok benda-benda tak elok kat dunia ni. Hati dia bersih. Ilmu kan suka pada hati yang bersih. Sebab tu pak cik tu hebat." jelasku mengharapkan si kecil ini faham.
"Oh, ilmu itu kan nur, ilmu memang suka hati yang bersih kan." Dia mengangguk tanda faham akan penjelasanku. Bicaranya disambung.
"Kak Chiah cakap, pak cik tu rajin dan penyabar. Akak plak cakap hati die bersih. Maknanya, nak berjaya kita kena belajar rajin-rajin, kena sabar dan kena jaga hati kita. Baru ilmu yang belajar tu kita mudah faham dan dapat berkat Allah. Kan akak?" Kamila membuat kesimpulan atas kefahamannya.
"Yes, sangat betul. Brilliant girl." pujiku.
Kamila tersenyum bangga setelah mendapat jawapan yang memuaskan hatinya.
Aku tersenyum sendiri, peristiwa itu membuatkan aku sering terfikir. Memuji kehebatan Allah menganugerahkan minda yang cerdas kepada Kamila. Pemikirannya kadangkala melangkaui pemikiran rakan seusianya malah mungkin juga diriku. Melihatkan si kecil ini membuat perhatian kemudian berfikir merungkai soalan mencari kepastian dan menghubungkan dengan kebesaran Allah membuatkan aku termalu sendiri.
Kita yang dewasa ini kadangkala melihat sesuatu yang berlaku itu hanya diatas permukaannya. Ibarat sebuah lakonan dihadapan mata. tanpa sedikitkan kita cuba memikirkan dan mengaitkan dengan kebesaran Allah. Contohnya, kita melihat sesuatu ujian yang menimpa kita sebagai satu bebanan. Sekaligus menyalahkan takdir itu yang telah menyebabkan hidup kita susah. Tanpa sedikitpun memikirkan itu adalah nikmat daripada Allah untuk kita muhasabah diri. Contoh yang lebih dekat, anda sekadar memuji enaknya cokodok durian air tangan cik Leha dan mempromosikannya kepada kawan-kawan fesbuk anda sehingga perniagaan cokodok duriannya semakin maju. Perbuatan anda mulia tetapi lebih mulia sekiranya dalam pemikiran anda diselitkan dengan hubung kait dengan kebesaran Allah. Seperti, "Subhanallah, hebatnya kuasa Allah memberikan anugerah kepada kak Leha kepakaran untuk membuat cekodok durian. Walaupun Kak Leha hidupnya susah, tetapi dengan kepakaran anugerah Allah itu dia mampu untuk menyara anak-anaknya. Hebat Allah itu, tidak membiarkan hambanya tanpa ada sebarang keistimewaan."(err sesuai ke contoh ni..=,=)
Begitulah maksud yang ingin disampaikan. Jangan biarkan pemerhatian atau pemikiran itu sekadar pada 'surfacenya' sahaja. Lebih indah apabila kita dapat memuji kehebatan dan kekuasaan Allah itu. Sekaligus dapat meningkatkan keimanan dan keyakinan kita kepadaNya. Memetik petikan lagu daripada kumpulan nasyid Mirwana:
Berjalan bermusafirlah...
Melihat kebesaran Tuhan yang
diciptakan untuk Mereka yang berfikir
dan bersyukur Di atas nikmat dan kurniaNya....
Didalam AlQuran sendiri terdapat banyak ayat yang menyuruh kita berfikir agar kita dapat melihat kebesaran Allah.
Salah satunya:
"kemudian makanlah dari segala macam buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan bagimu. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyumbahkan bagi manusia. Sungguh pada demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang berfikir."
(An-Nahl:69)
Kesimpulannya, jika anda punya sifat yang suka termenung atau suka melepak sambil melihat gelagat orang lain, apa salahnya kita memerhatikan sambil berfikir mengaitkan dengan kebesaran Allah. :) sambil-sambil itu pun boleh jgak berzikir. Bolehla beli tasbih digital daripada saya (err terpromote, tapi ini bukan niat asal. Tapi kalau yang membaca sedang mencari, apa salahnya oder melalui fesbuk sy. =D ).
Alhamdulillah.. bijak menggunakan peluang untuk mmpromote barang ^^ hebatnya kuasa Allah dalam memberi ilham pada manusia kan :)
ReplyDeleteerrr..itu bukan niat asal sy kak..huhu..tp alhamdulillah..at last Allah ilhamkan..sy pun terrrrpromot ehehe..
ReplyDeletehaha.. xpe, smoga dimudahkan urusan :D sy support awk ^^
ReplyDelete