kalamullah

Friday, March 22, 2013

Abang ceraikan sayang =,(

"Aku ceraikan kamu......dengan talak satu."
"Abang ceraikan awak, nur.... dengan talak satu."

berdesup kata-kata ini melintas masuk ke hati..terasa bagaikan bergetar jantung..melihat si isteri yang mengalirkan air mata. Ya, memang si isteri yang memohon untuk bercerai kerana tidak tahan dengan perilaku si suami. Tetapi hati isteri mana yang tidak bergetar tatkala dilafazkan lafaz cerai dengan mudah oleh si suami. Hati isteri, walau telah disakiti, tetapi masih ada sekelumit sayang untuk seseorang yang pernah membahagiakannya walau mungkin hanya seketika.

Situasi yang berbeza..
si isteri mnuntut fasakh di mahkamah. Si suami hadir dengan baju banduan bewarna oren kemerahan dan gari di tangan sambil ditemani seorang pegawai polis yang ditugaskan untuk mengawalnya.
Perbicaraan bermula....
Tuan Hakim bertanya, "adakah awak tau isteri awak telah menfailkan tuntutan fasakh daripada awak?"
 Si suami menjawab, " Ya, saya tau Yang Arif."
 "Adakah awak bersetuju dengan permohonan ini?" Si suami tunduk seribu bicara, diam, sepi, kelihatan air jernih mengalir dipipi. Terdengar sayup-sayup suaranya beristighfar untuk menenangkan diri. Dipandang wajah isterinya di sebelah, pandangannya sayu, penuh seribu erti. Kemudian si suami menjawab, "Ya, saya setuju Yang Arif."
 "Atas alasan apa awak bersetuju dengan permohonan isteri awak?"
 "Saya telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10tahun atas kesalahan saya. Saya telah insaf sekarang tetapi saya akan meninggalkan isteri saya dalam tempoh yang lama. Oleh sebab itu saya melepaskan isteri saya walaupun saya masih sayangkan dia." Si suami menjawab dengan tersekat-sekat, menahan sebak dihati. Setelah keadaan si suami tenang, Tuan Hakim membenarkan si suami untuk melafazkan 'lafaz' tersebut. Sekali lagi si suami terdiam. Sesekali dia cuba menyebut "abang....." diam kembali. Suaranya bagai tersekat di kerongkong suara, air matanya kembali mengalir. Si isteri juga sesekali kelihatan menyeka air matanya. Mungkin teringatkan kebahagian yang pernah mereka kecapi bersama suatu masa dahulu. Akhirnya, lafaz itu kembali dituturkan, masih tersekat-sekat tetapi jelas dipancaindera si isteri dan juga aku sebagai pemerhati. Dikucup dahi si isteri, sayup suaranya mengucapkan, "abang mintak maaf, nur." Allah hurabbi..(betapa berat hati seorang suami yang setia melepaskan si isteri tercinta) 

menjadi pemerhati didalam kamar perbicaraan juga di dewan Mahkamah Syariah setiap kali perbicaraan kes selama sebulan membuatkan aku mula berfikir..merancang masa depan. (err mcm sebelum ni xpernah rancang =,=)

Aku cuba meneliti kes-kes yang telah difailkan oleh Plaintif atau Pemohon. Antara sebab penceraian ini dipohon adalah tidak persefahaman, tidak tahan dengan sikap suami yang baran (sering dipukul), si suami yang tidak patuh pada agama walaupun setelah bertahun-tahun ditegur sepanjang hidup bersama, suami yang tidak bertanggungjawab (tidak bekerja). Aku juga sempat menyertai perbicaraan kes cerai yang telah dipohon oleh si suami atas alasan anak-anak si isteri(isteri yang dulunya janda) tidak menyukainya. Setelah aku meniliti kembali kes nya, juga berdasarkan soalan-salan yang diajukan oleh Tuan Hakim, rupanya Si Suami telah berkahwin semula dengan jandanya(isteri lama yang telah diceraikannya dahulu).
Hurm...terlalu banyak alasannya..terlalu banyak asbabnya. Ku cuba mengira usia perkahwinan pasangan-pasangan ini, ada yang telah menjangkau hampir 22 tahun usia perkahwinan dan mempunyai beberapa orang anak, ada juga yang hanya berusia dalam lingkungan dua hingga tiga bulan dan usia pasangan muda ini ada yang lebih muda umurnya daripadaku. Apakah sebabnya yang utama? Jawapan common "Dah xde jodoh, nak buat mcm mna dah." hurm..adakah jawapan sebegini boleh diterima?

Aku berpeluang untung menyertai Sulh (mediation bagi Mahkamah sivil). Memerhatikan pasangan yang telah menfailkan untuk berjumpa Pegawai Sulh bagi membincangkan masalah mereka sebelum menfailkan kes di Mahkamah. Ada yang masing-masing bertekak mempertahankan keputusan sendiri sehinggalah ditenangkan oleh Pegawai Sulh, ada juga yang tenang dan hubungan kembali baik setelah mendapat nasihat daripada Pegawai Sulh.

Antara kes yang difailkan diMahkamah Rendah Syariah,
Kes MAL:

  • tuntutan fasakh
  •  permohonan cerai
  • permohonan cerai taklik (suami melanggar taklik yang telah dibacakan olehnya ketika akad nikah dihadapan isteri seperti yang tertera dibelakang surat nikah atau taklik yang telah disebut oleh suami. cth: kalau awak keluar rumah, akan jatuh talak pada awak. )
  •  pengesahan lafaz cerai (suami telah melafazkan cerai di luar mahkamah, atau kata-kata yang plaintif yakini boleh menyebabkan jatuhnya talak).
  • pengesahan janda 
  • permohonan wali hakim/wali raja
Manakala, kes Jenayah Syariah pula antaranya seperti:

  •  Poligami tanpa kebenaran
  • Bernikah tanpa kebenaran
  • Lewat daftar nikah
(sedikit perkongsian ilmu)

Pelbagai kerenah dunia, pelbagai keadaan dan situasi manusia. Selesai prosiding, Tuan Hakim bertanya, "Macam mana naqibah? berapa drama awak dah tengok harini. Jangan takut nak berkahwin." Aku tersenyum "err, andai aku tiada iman dan agama, pasti jawapannya, Ya, aku takut untuk berkahwin apabila melihat situasi-situasi begini. Fobia dengan pengalaman sendiri sebagai anak dalam keluarga yang sebegitu." monolog hati ini. "Jangan risau, masih ramai lagi yang terbaik, cari ustaz ea." Sambung Tuan Hakim sambil tersenyum sebelum berlalu pergi. ^____^ 

 err..USTAZ?? saya bukan ustazah, macam mana nak cari ustaz. Saya jurusan undang-undang CIVIL bukan Syariah. heh, aku tergelak sendiri (berjalan seorang diri di tepi sungai sambil tersenyum sorang-sorang). Come on, maksud USTAZ Tuan Syeikh (panggilan untuk Hakim Mahkamah Syariah) itu adalah seorang lelaki yang beragama. Lelaki yang beragama pasti tahu apa amanahnya, tahu tanggungjawabnya pada agama, keluarga dan masyarakat, tahu hukum-hakamnya dalam Islam, tahu membentuk keluarga yang sakinah, dan sudah pasti dia tahu untuk setia. =) Tidak semestinya USTAZ itu hanya title untuk orang yang belajar dalam jurusan agama sahaja, jurusan lain pun boleh, sains, matematik, perubatan dan many more. Tetapi yang penting, hatinya itu ustaz, yang meletakkan redha Allah itu adalah tujuan utama. Yang sentiasa mendalami ilmu agama, yang sentiasa berpegang pada agama (penerangan dari hati sendiri =,=)
Oh, kalau begitu, aku juga boleh jadi seorang ustazah. Tidak kisah jurusan apa yang aku belajar sekarang (kan semua tu ilmu Allah) yang penting aku beragama. Islam adalah agama yang agung. Dan redha Allah adalah matlamatku. ^___^. 
Mestilah boleh, USTAZ juga perlukan USTAZAH disisi, barula mudah nak membentuk keluarga sakinah.

err..krik..krik..krik..ini bukan post yang membuatkan hati berbunga untuk berkahwin di usia muda (xdela muda sgt dh sbnonye =,=).

Secara tuntasnya, kita, tidak kira lelaki atau perempuan, tidak kira sudah punya calon atau belum punya, harus sentiasa bersiap siaga, menyiapkan diri dengan ilmu duniawi dan ukhrawi, kerana sudah pasti kita akan punya jodoh suatu ketika nanti (insyaAllah). Kata orang-orang tua, perkahwinan ibarat sebuah bahtera, nakhodanya adalah si suami, dan isinya adalah anak dan isteri. Sentiasa perlu dikemudi diatas lautan dunia yang luas. Terkadang airnya tenang dan mendamaikan, tetapi jangan lupa badai ombak juga seringkali mengganas. Tanpa ilmu dan iman pasti nakhoda itu akan gagal mengawal bahteranya. Walaupun kadangkala nakhoda hampir kebuntuan, pembantunya perlu datang memberi semangat. Menggunakan iman dan ilmunya, nakhoda itu dapat kembali bangkit mengemudi bahtera bersama-sama si pembantu menyelamatkan seisi bahtera daripada karam ditengah lautan. Terus mengemudi bahtera sehingga ke syurga. (aduh, bahagianya..)

Secara teori, segalanya memang mudah, belum lagi secara praktikalnya, hanya yang telah membina bahtera memahaminya =,=. Yang pasti, segala yang berlaku (cerai dan sebagainya) jangan hanya ditundingkan kepada sebelah pihak, sebaliknya kedua-dua pihak memainkan peranan yang penting. Andai keputusan 'ini' perlu dibuat, pastikan ianya adalah yang terakhir. Fikirkan sidia yang pernah membahagiakan anda, dan juga anak-anak anda (berdasarkan pengalaman menjadi seorang anak..sangat perit untuk ditelan =) ) Andai hanya itu penyelesaiannya, teruskanlah dan mintalah petunjuk daripadaNya.

p/s: terima kasih kepada pihak Mahkamah Rendah Syariah .... yang menerima saya untuk menjalani Latihan Industri (praktikal) selama sebulan. Secara jujurnya, saya hadir dengan 'zero' kosong, hanya berbekalkan sedikit ilmu syariah yang dipelajari ketika di tingkatan 4 dahulu. Alhamdulillah, warga Mahkamah yang telah mencurahkan segala ilmu Allah ini kepada saya. Terima Kasih Tuan Syeikh and the geng. Anda semua ibarat sebuah keluarga kepada saya. Rapat dan akrab walaupun hanya sebulan bersama. Pertama kali saya hadir, anda sering mempersoalkan, kenapa saya memohon disini sedangkan saya jurusan undang-undang sivil. Berbeza dengan apa  yang saya pelajari di kampus =) Mungkin kami (saya dan seorang kawan) batch pertama yang memohon di Syariah. Jawapan saya tetap sama "Saya punya misi yang besar, saya disini untuk mencari jalan untuk saya lalui untuk menyelesaikan misi saya. Alhamdulillah, saya sudah jumpa jalannya, cuma saya masih mencari kekuatan untuk menyelesaikannya." Syukur Ya Ilahi. Terima Kasih Syeikh Nizam, Syeikh Nawawi, Puan Azrina, Kak Na, Kak Maria, Kak Mas, Abg Zan, Abg Zul dan Mak Jang (cleaner)



No comments:

Post a Comment

comment yang dihargai