kalamullah

Thursday, April 7, 2011

..::di mana DIA dihatimu?::..

Tika diberi kelapangan untuk mencari bait-bait ilmu dengan menggunakan kepantasan teknologi yang diilhamkan Ilahi...hati terkesima tatkala terbaca sebuah karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi..kata-kata yang cukup mendalam maknanya..lantas dicopy untuk dikongsi disini..moga kita semua beroleh manfaat selepas membacanya =) 
 
Semasa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.
Ketika Saidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata, "Jangan takut, ALLAH bersama kita."
Itulah kehebatan Rasulullah, ALLAH sentiasa di hatinya.

Ketika di ambang maut?
Sewaktu Da'thur, seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah s.a.w. lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, "Siapakah akan menyelamatkan kamu daripadaku?"
Jawab Rasulullah penuh yakin, "ALLAH."
Mendengar jawapan itu, gementarlah Da'thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah... sentiasa ada DIA di hati baginda.

Ketika tiada siapa mengetahui?
Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. "Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?"
"Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja."
"Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya," desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji.
"Kalau begitu, di mana ALLAH?" ujar budak itu.
Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisiALLAH. Jelas ada DIA di hatinya.

Ketika kamu tiada jawatan?
Satu ketika yang lain, Saidina Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh Khalifah Umar. Keesokannya, Saidina Khalid tetap ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas sedikit pun perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat.
Ketika ditanya mengapa, Saidina Khalid menjawab, "Aku berjuang bukan kerana Umar." Ya, Saidina Khalid berjuang kerana ALLAH. Ada DIA di hatinya.

Lalu, di mana Dia dihati kita?
Melihat anekdot-anekdot itu, aku terkesima lalu bertanya kepada diri, di manakah DIA dalam hatiku?
Apakah ALLAH sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta membujuk hatiku yang rawan?
ALLAH ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selain-NYA yang ada di situ, maka cinta ALLAH akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di hatiku!
Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku, kata mereka (dan aku amat yakin dengan kata itu);
"Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."
Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku?
Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA?
Bila bertembung antara kehendak-NYA dengan kehendakku, kehendak siapa yang aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegakah aku membenci juga kerana-NYA?
Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam-MU?
Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?
Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, ya ALLAH.
Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri
Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, "Apakah engkau takutkan ALLAH?"
Dia menangis dan menjawab, "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak..."
Maksudnya, jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan ALLAH pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebih lagilah aku yang hina dan berdosa ini.
Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.
Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?"
Aku hanya mampu menjawab, "Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA."
Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.
Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua.

Dan kita akan terus mengemis kasih...

Saturday, March 5, 2011

Wanita Pertama Menghuni Syurga

Rasulullah s.a.w pernah memberitahu puteri kesayangannya Fatimah, bahawa beliau bukanlah wanita pertama yang akan masuk ke syurga. Hal itu sangat membuatkan Fatimah berasa dukacita dan cemburu lalu beliau pun bertanya kepada Rasulullah apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Rasulullah s.a.w memberitahu kepada puterinya itu supaya beliau pergi ke rumah wanita itu dan melihat sendiri amalan wanita tersebut.


Lalu, Fatimah pun bersiap-siap untuk pergi ke rumah wanita yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yang bernama Siti Muti'ah itu, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana suami wanita tersebut tiada di rumah dan beliau tidak mendapat keizinan daripada suaminya untuk membenarkan tetamu masuk.


Maka, Fatimah pulang kembali ke rumahnya dan akan datang semula ke rumah tersebut pada keesokan harinya. Pada hari berikutnya, Fatimah datang kembali dengan membawa dua orang puteranya, Hassan dan Hussin. Malang lagi menimpa Fatimah kerana Siti Muti'ah tidak membenarkan Fatimah masuk ke rumahnya kerana beliau hanya meminta izin dari suaminya supaya Fatimah seorang sahaja yang boleh masuk ke rumahnya manakala Hassan dan Hussin tidak boleh masuk tanpa kebenaran suaminya. Sekali lagi Fatimah pulang dengan perasaan hampa kerana tidak dapat melihat amalan wanita tersebut.


Pada hari yang ketiga barulah Fatimah diizinkan masuk ke dalam rumah Siti Muti'ah. Pada pandangan Fatimah setelah pertemuannya dengan Siti Muti'ah, tiada apa-apa yang istimewa pada wanita tersebut yang melayakkan beliau menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Sedang asyik Fatimah berbual dengan Siti Muti'ah, tiba-tiba Siti Muti'ah bangun dari duduknya dan segera bersiap-siap membuatkan Fatimah kehairanan. Rupa-rupanya wanita tersebut menyiapkan dirinya untuk menyambut kepulangan suaminya.


Sewaktu menyambut kepulangan suaminya, Siti Muti'ah menyediakan air dan menghidangkan sedikit makanan untuk suaminya. Beliau juga dilihat menyediakan sebuah tongkat yang akan digunakan oleh suaminya bagi menghukum Siti Muti'ah sekiranya didapati beliau melakukan kesalahan sepanjang pemergian suaminya. Siti Muti'ah juga memakai pakaian yang menarik untuk menghiburkan suaminya.


Setelah melihat adegan itu, Fatimah pulang dengan perasaan yang cukup kagum dan terharu dengan layanan yang sangat istimewa yang diberikan oleh Siti Muti'ah terhadap suaminya. Fatimah terus mendapatkan ayahandanya Rasulullah s.a.w dan menceritakan tentang peristiwa yang dilihatnya di rumah Siti Muti'ah. Dengan penuh rasa rendah diri, Fatimah memberitahu kepada Rasulullah bahawa sememangnya Siti Muti'ah sememangnya layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga kerana ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya itu. Wallahu'alam


p/s: http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1762-wanita-pertama-menghuni-syurga.html

Friday, March 4, 2011

"ibu dan ayah"

waktu sedang menginjak..dari saat ke minit...fajar seolah2 sedang bersedia untuk menghadirkan diri...1/3 malam menanti...menanti hamba2 yang ingin bersujud dan menagih keampunan pada Yang Maha Hebat...namun suasana di blok 1B sunyi sepi...mungkin para penghuninya sedang dibuai mimpi indah...mungkin juga ada yang sedang dibuai arus kemodenan teknolgi...sehingga terlupa malam yang diciptakan adalah untuk berehat...1/3 malam adalah waktu yang terbaik untuk bersamaNya..itulah realitinya dunia pada hari ini...kemudahan yang ada disalah gunakan...

tika dalam perjalanan ke kelas mlm tadi...suasana tenang..menelusuri laluan celahan blok teratai dan delima..akhirnya mendaki bukit berhampiran kolej perindu dan Alhamdulillah.. sampai di Cempaka...walaupun terlewat setengah sampai di kelas gara2 menunggu bas rapid yg lmbat pada mulanya sehinggalah Allah menganugerahkan ilham untuk berusaha menggunakan kaki sendiri berjalan ke kelas..

Mujurlah lecturer nye sporting..memahami masalah yang berlaku...kemudian kelas diteruskan seperti biasa dan akhirnya tamat pada jam 9.30mlm..penat memanjat tangga untuk smpai ke kelas di tingkat 3 belum pun hilang sepenuhya...masih bersemangat untuk belajar...tiba-tiba dihentikan...inilah padahnya tiba lewat ke kelas...=(...perkara yang xpatut diulang...muhasabah untuk diri sendiri..bukan salah bas yang lambat...tapi diri sendiri yang mengharapkan bantuan orang tika mana masih mampu berusaha sendiri...

tika kaki melangkah untuk pulang...kelihatan sebuah majlis sedang berlangsung di dataran babylon...jumlah pesertanya tidak terlalu ramai....tiba2..mata ini terarah pada susuk tubuh seorang yang dikenali...Alhamdulillah Allah mempertemukan kami di sini..inilah insan2 yang memberiku ilmu2 sehingga aku berjaya menjejakkan kaki di sini...masing2 bertanya khabar...bercerita tentang pengalaman dan diri masing2...sungguh gembira dan terharu dapat bertemu mereka...beberapa minit pertemuan...akhirnya salam perpisahan dihulur...mohon agar dipertemukan lagi pada esok hari...dan kami mula melangkah pulang...dan tika itu...dalam majlis yang berlangsug...para peserta rata2nya pendidik duduk bersantai di atas tangga...menghadap pemandangan yang tenang...hiburan sedang dimainkan...membuatkan masing2 terhibur...seseorang sedang mengalunkan lagu...masing2 tersenyum tanda terhibur...mungkin hiburan setelah penat bekerja dan berkursus atau ia hanya aktiviti selingan dalam majlis ilmu tersebut...hati ini menjadi sebak...kemudian kaki ini terus melangkah pulang...singgah di dataran cendekia kerana menurut arahan perut yang berkeroncong...mee goreng basah menjadi pilihan...di situ juga punya majlis yang sedang berlangsung...ramai yang cuba menunjukkan bakat yang terpendam..mengalunkan suara yang nyaring...ingin bertanding sesama sendiri...dan tika itu..seorang lelaki di atas pentas...menyanyikan lagu
membuai jiwa yang penuh cinta manusia...lelaki itu lagaknya seperti umurnya baya ayahku...dan tadi seorang perempuan sebaya ibuku....hati ini semakin pilu...lantas terus melangkah pulang ke bilik...xsanggup lagi ku lihat semua ini...sedih pilu sarat dihati...fikirkanlah..."ibu dan ayah"

Tuesday, March 1, 2011

kasih sayangMU

ku menatap dalam gelap
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya namaMu Ya Allah

esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

KAU tempatku meminta
KAU beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakanMu
saat kau limpahkan kurniaMu
dalam sunyi aku bersujud....


mutiara jernih sering mengiringi bait kata lagu ini...lagu yang penuh ketenangan...sering membuat hatiku terbuai dengan kasih sayang Allah...kesibukan harian kadangkala membuatkan aku lalai padaNya..kecintaan dunia membuatkan aku lupa...

Ya Allah ampunilah dosa2ku...dosa yang seringkali aku lakukan...
Ya Ilahi...aku terpaksa menolak kebahagian daripada hambaMu..kerana aku dan dia lebih memerlukan kebahagian dariMu...Ya Allah...aku terpaksa menyakitkan hati hambaMu..kerana aku dan dia amat memerlukan redhaMu dan kasih sayangMu..Ya Illahi..dengarkanlah rintihan daripada hambaMu yang daif ini..Aminn Ya Rabbal'alamin

Wednesday, January 12, 2011

..Muhammad rindukan aku...

Dengan namaNya yang maha pengasih lagi maha penyayang..serta selawat dan pujian keatas kekasihNya junjungan besar nabi Muhammad s.a.w..


sekali lagi tinta ini berbicara...tatkala mata cuba utk dilelapkan..titik waktu berganjak ke jam 12 mlm..hati berbicara sendirian...cuba menyusun aktiviti keesokan hari...satu demi satu diletakkan pada waktu yg sesuai..setelah semuanya hampir selesai..keluhan kecil terhambur.."penatnye esok"..lantas hati kecil mula memujuk...bndingkan diri dan aktiviti dgn Rasulullah dan para sahabat..siapakah yg lebih penat?fikiran mula menerawang.mengingat kembali sirah2 yang telah dibaca...akal mula mengintai dari celahan kisah yang tersimpan di kotak memori..punya satu kisah yang menyentuh hatiku..


Pernah ketika Rasulullah S.A.W berada didalam suatu majlis bersama para sahabat. Tanpa disedari, bergenang air mata Baginda s.a.w


Para sahabat gelisah tatkala menyedari tumpahnya air mata kekasih Allah itu, lantas Saidina Abu Bakar bertanyakan sebabnya kepada Rasulullah, jawapan Baginda amat menyentuh hati kecilku.."AKU AMAT MERINDUI SAHABATKU DI AKHIR ZAMAN (yang disebut sebagai ikhwannya)."


Setelah itu, timbul perasaan iri hati dalam kalangan sahabat sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya, " Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, " Tidak Abu Bakar, Kamu semua adalah sahabatku. IKHWANKU ITU ADALAH MEREKA YANG BELUM PERNAH MELIHATKU, TETAPI MEREKA BERIMAN DAN MENCINTAIKU, AKU SANGAT RINDU UNTUK BERTEMU MEREKA."


Astaghfirullahal'azim...lantas bibirku mengucapkan zikir padaNya..berselawat ke atas Baginda..bergenang titis mutiara di tubir mata tatkala mengenangkan pengorbanan Rasulullah...aku umatnya yang mengaku beriman dengannya, mencintainya tetapi adakah aku sentiasa merinduinya??sedangkan Rasulullah sentiasa merindui umatnya yang belum pernah bersua sehinggakan kelopak mata yang indah itu bergenang...subhanallah..apakah yang telah aku lakukan yang dapat membuktikan aku mencintainya??merinduinya sepenuh hatiku??ku raup wajah ku..ku pohon ampun daripadaNya..Ya Ilahi..ampunkanlah dosa2ku..hindarilah aku daripada tipu daya syaitan dan fitnah dunia...hindarilah aku daripada maksiat..tabahkan hatiku menempuh ujian ini..YA Allah..aku juga merindui kekasihMu..kuatkanlah cintaku padaMu dan aku amat berharap agar aku layak untuk bertemu dengan kekasihMu, Rasulullah s.a.w..aminn ya rabbal a'lamin...


dan pada malam itu, mata yang redup melengkapkan rehat malamnya dengan titisan mutiara suci yang melalui alur mata dan akhirnya tumpah ke pipi...hati terasa tenang dan damai..sarat dengan cinta dan rindu pada kekasihNya..




ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD

Thursday, December 9, 2010

MERANCANG: tradisi ORANG BERTAQWA


Tahun 1431 Hijriyyah telah meninggalkan kita. 1432 Hijriyyah pula mendatang di hadapan kita. Bersyukurlah kerana Allah masih tidak putus memberikan kita rezeki nyawa, nikmat Iman, dan kurnia Islam, Alhamdulillah.
Cuba tanyakan soalan ini kepada diri anda semua,"berapakah umur aku?"
Sudah pasti anda mampu menjawabnya. 18 tahun? 19 tahun? 20, 21, 23 tahun? Atau 30 tahun?
Dan berapa kalikah sudah kita lalui Sambutan Tahun Baru atau Sambutan Maal Hijrah? 5 kali? 10 kali? 15 kali?
Lazimnya, setiap kali sambutan Maal Hijrah, manusia biasa akan memperbaharui azam barunya untuk tahun tersebut. Atau sekurang-kurangnya berfikir untuk memperbaiki kelemahan lalu. Atau paling kurang pun, merasakan bahawa kualiti dirinya sudah meningkat sedikit berbanding tahun yang sebelumnya.
Cuba bayangkan, kalau benarlah setiap tahun kita berjaya memperbaharui azam kita, memperbaiki kualiti diri kita, meningkatkan nilai hidup kita, dan memperelok masyarakat sekitar kita, maka pada tahun ini, sudah berapa banyakkah kualiti diri kita yang berjaya ditingkatkan? Sudah berapa jauhkah kita memperbaiki nilai hidup kita? Sudah berapa elokkah masyarakat kita? Tanyakan kepada diri anda sendiri.
Bagaimana pula realitinya? Adakah kualiti diri kita kini 5 kali lebih baik daripada diri kita 5 tahun lalu? Tidak dinafikan, sedangkan iman pun ada naik dan turunnya seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW,
الاءيمان يزيد و ينقص
Namun, ia bukanlah alasan untuk kita tidak maju ke hadapan.
Merancang, Tradisi Orang Bertaqwa
Ramai di kalangan kita mengaku bahawa dialah penuntut ilmu yang hebat. Ada pula mengatakan dialah pejuang Islam yang mantap. Ada juga yang 'berangan-angan' menjadi orang yang mampu mengubah dunia pada suatu hari nanti, tetapi lupa pada sunnatullah. Sunnatullah apa? Sunnatullah bahawa, kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun. Kata kuncinya adalah, PERANCANGAN!
Allah berfirman di dalam surah Al-Hasyr, ayat ke-18,
"Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada ALlah, dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang hendak diperbuatnya untuk hari esok (Hari Akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."
Ya, kata kuncinya, merancang! Kalau nak tengok kehebatan seorang manusia itu, kita lihat sejauh manakah perancangannya. Dan menjadi tradisi orang bertaqwa, untuk merancang untuk Hari Akhirat, perancangan paling jauh! Maka, dalam Islam kita diajar menjadi orang yang paling hebat, kerana perancangan kita adalah yang paling jauh.
Namun, selalunya akan timbul salah faham terhadap konsep 'Akhirat'. Ramai yang gagal menemui jalan untuk merancang ke Akhirat. Jawapannya mudah sahaja, kita bayangkan sahaja jika kita hendak ke Kuala Lumpur dari Seremban. Matlamat kita adalah Kuala Lumpur, tetapi lojik akal mengatakan, kita perlu menempuh Highway PLUS Seremban-KL terlebih dahulu. Begitu juga Akhirat. Bukankah dunia itu 'Highway' Akhirat?
الدنيا مزرعة الأخرة
"Dunia itu ladang Akhirat"
Membina Azam, Sunnah Yang Selalu Diabaikan
"Alah, azam aku tahun biasa-biasa je lah..."
"Takda apa-apa azam pun, life goes on..."
"Isy, apa azam-azam ni! Banyak sangat azamnya, nanti tak buat jugak..."
Saya berasa kecewa apabila mendengar ucapan-ucapan sedemikian terbit dari mulut seorang Muslim. Jika anda salah seorang dari mereka ini, cuba tanyakan soalan ini kepada diri anda sendiri. "Apakah yang anda tahun tentang sunnah Rasulullah?"
Jawapan yang selalu keluar dari mulut ramai dalam kalangan kita adalah, menyimpan janggut, bersugi, memakai jubah, memakai kopiah, memakai celak, bahkan ada yang terus mengatakan, "poligami!"
Marilah kita renungi satu Hadith yang mahsyur, ketika Ummat Islam Madinah sedang bersiap sedia menggali parit untuk menghadapi Perang Khandak, Rasulullah SAW bersabda,
"Akan pasti dibuka kota konstantinopel itu. Maka sebaik-baik raja, itulah rajanya, dan sebaik-baik tentera, itulah tenteranya" (al-Hadith Ahmad bin Hanbal)
Tidak semena-mena, dalam ketegangan waktu perang, di bawah panas terik padang pasir, dengan kepenatan menggali parit, Rasulullah saw bersabda sedemikian.
Saya bayangkan, kalaulah kita ada di waktu itu, kita akan katakan dalam bahasa kita, "Apa kejadahnya ni?" Ya lah, cuba bayangkan, Ummat Islam ketika itu hanya berapa kerat sahaja berbanding Kaum Musyrikin Mekah, kelihatan seperti itu hanya omongan kosong sahaja, tetapi lihatlah, bagaimana Rasulullah SAW mengajar Ummat Islam agar 'think big'!
Dan, dengan Rahmat Allah dan kemuliaan kata-kata Rasulullah SAW, perkara itu terjadi! Bukan di zaman Rasulullah, bukan pula di zaman Saydina Abu Bakr, atau Zaydina Umar, atau Saydina Uthman. Bukan juga di zaman Saydina Ali, tetapi 800 tahun selepas itu, ketika pemerintahan Khalifah ke-7 Kerajaan Turki Uthmaniyyah, Sultan Muhammad Al-Fatih!
Dan juga, Spethen R. Covey di dalam bukunya berjudul '7 Habits Of Higly Effective People'MENIRU konsep Sunnah Rasulullah ini, di dalam habitnya yang kedua, 'Begin with the End in Mind'. =)
Pangkal Penentu Penghujung
Setelah mempunyai visi dan matlamat yang jelas, atau dengan kata lainnya kita dah tahu 'penghujung', barulah kita dapat memulakan langkah baru. Matlamat akhir kita akan menentukan permulaan kita. Namun, begitu juga sebaliknya, langkah pertama kita, akan menentukan bagaimana keadaan penghujung kita. Langkah pertama akan menentukan momentum kita untuk bergerak.
Kesilapan ramai dalam kalangan kita adalah, setelah merancang matlamat dan visi, mereka gagal memulakan 'langkah pertama'. Antara sebab yang popular adalah, malu tak bertempat, tidak ada keyakinan diri, segan, malas, tak tahu macam mana nak mula, dan tiada semangat. Have a vision, share the vision.
Memetik satu kata hikmah,
من لم يكن في بدايته محركة, لم يكن في نهايته مشرقة
Siapa yang di permulaannya tidak bergerak, penghujungnya tidak akan bernyala(atau bercahaya/cerah/hebat)
Kata kuncinya adalah, GERAK!
Maka lepas ini, moga-moga tiada lagi kata-kata "tak mampulah" atau "seganlah" atau "isy, malaslah" keluar dari mulut seorang Muslim, kerana ia melanggar dan menyalahi Sunnah Rasulullah SAW.
Kalau ada lagi yang berfikiran begini, ingat pula kata-kata Imam Junid,
من طلب شيء بجدّ و صدق الاّ نال كله فاءن لم ينال كله ينال بعضه
"Barangsiapa yang menuntut (mencari) sesuatu dengan sungguh-sungguh dan benar, melainkan dia akan dapat semuanya (yang dia mahu). Kalau tak dapat semuanya pun, dia akan dapat sebahagiannya."
Maka kalau niat anda ikhlas kerana Allah, dan perkara yang anda mahukan itu benar dan halal,sertakan sekali dengan kesungguhan, insyaAllah, jika anda tidak dapat kesemuanya, anda akan dapat juga sebahagiannya. Yakinlah. Kan untung begitu?
Sekian dahulu ucapan Maal Hijrah saya untuk tahun 1432. Semoga kita semua mendapat keampunan bagi dosa-dosa kita pada tahun lalu, dan terhindar dari dosa pada tahun mendatang.
Semoga juga kita beroleh pahala dan keredhaan di atas segala alam kita pada tahun lalu, dan diberi petunjuk dan keberkatan di atas segala amal perbuatan kita pada tahun mendatang.
Ingatlah, saya juga tidak terlepas dari gejala-gejala negatif yang saya sebutkan di atas. Semoga sama-sama kita mendapat manfaat insyaAllah.
Salam Maal Hijrah!


p/s:dipetik dari www.iluvislam.com

Saturday, October 16, 2010

sky juice=air kosong=air masak=air mati

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.



Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari. Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:

Tekanan darah tinggi - 30 hari
Gastrik - 10 hari
Diabetes - 30 hari
Sembelit - 10 hari
Kanser - 180 hari
Tibi - 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

sumber: www.iluvislam.com