kalamullah

Saturday, October 29, 2011

PEREMPUAN...JANGAN JADI PENGECUT!!

Wahai Perempuan...

JANGAN JADI PENGECUT untuk labuhkan tudungmu hingga menutup dada...
JANGAN JADI PENGECUT untuk labuhkan lengan bajumu hingga ke pangkal tangan...
JANGAN JADI PENGECUT untuk melabuhkan seluar atau kainmu hingga ke pangkal kaki..
JANGAN JADI PENGECUT untuk menyarung kakimu dengan kain penutup yang sebaiknya...
JANGAN JADI PENGECUT untuk melonggarkan pakaianmu...
JANGAN JADI PENGECUT untuk memakai pakaian yang tidak jarang...
JANGAN JADI PENGECUT untuk tidak memakai wangi-wangian yang keterlaluan..
JANGAN JADI PENGECUT untuk menyembunyikan perhiasanmu...
  
KERANA...

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anakmu serta wanita-wanita yang beriman agar melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). Cara itu lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik-baik). Maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha mengasihani."
< Al-Ahzab:59 >

KERANA...

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
" Dua jenis manusia penghuni Neraka yang aku tidak melihatnya. Golongan orang yang memegang cemeti menggerakkan seperti ekor lembu memukul manusia, dan golongan perempuan yang memakai pakaian tetapi bertelanjang yang menarik pandangan lelaki serta memalingkan pandangan kepada lelaki, kepalanya (rambutnya) seperti bonggol unta Khurasan, mereka tidak akan masul syurga dan tidak mencium bau semerbaknya dan sesungguhnya bau syurga itu sejauh perjalanan demikian."
(Hadith Riwayat Muslim: no. 2128)

KERANA...

Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma' pernah hadir ke rumah Rasulullah s.a.w dengan pakaian nipis sehingga nampak kulitnya, Rasulullah s.a.w berpaling dan bersabda:
" wahai Asma', sesungguhnya seorang wanita apabila sudah baligh, dia tidak patut meperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini."(Baginda menunjukkan pada muka dan kedua-dua tapak tangannya)
 < Hadith Riwayat Abu Daud >

KERANA...

Dari Abu Musa Al-Asy'ari r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
" Siapapun wanita yang memakai wangi-wangian, lalu ia melalui kaum lelaki agar mendapat baunya, maka ia adalah penzina."
(Hadith Riwayat An-Nasai, Abu Daud dan AtTirmizi )

KERANA...

"Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan"
( An-Nur:13 )

AYUH PEREMPUAN...


JANGAN JADI PENGECUT UNTUK MENJAGA AURATMU... 
JANGAN JADI PENGECUT UNTUK MELINDUNGI MARUAHMU...
JANGAN JADI PENGECUT UNTUK BERUBAH MENGIKUT SYARIATNYA...

KERANA...

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa..."
< Ali-Imran, 3:133 >

KERANA...

aku juga perempuan lemah dan tidak sempurna sepertimu...aku juga sentiasa mengharapkan keampunan dari Yang Esa..aku juga mengharapkan seorang insan untuk membimbingku...dan aku inginkan kita bersama-sama menikmati SyurgaNya nanti..insyaAllah..

No comments:

Post a Comment

comment yang dihargai